21 April 2012 (Sabtu), Mesyuarat Board of Trustee (BoT) Aqsa Syarif yang dipengerusikan pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah meluluskan cadangan projek The Malaysian-Palestinian Industrial Village (MyPIV) di Gaza, Palestin.
Berdasarkan reputasi agensi kemanusiaan di Gaza yang bekerjasama dengan Aqsa Syarif di dalam beberapa projek yang cemerlang seperti projek Kilang Roti, Ternakan Lembu, Kilang Keji, Ternakan Ikan dan lain-lain (lihat di SINI), Aqsa Syarif yakin bahawa projek MyPIV akan dpat dijalankan dengan jayanya Insya Allah. Cadangan projek bernilai USD1.15 juta (RM3.5juta) dicadangkan bagi mengatasi masalah yang sangat kritikal di Gaza selepas sekatan oleh Israel dan serangan bersenjata Israel ke atas Gaza yang memusnahkan banyak klang-klang dan industri berbagai saiz dan jenis yang menyebabkan kehilangan lebih 75,000 pekerjaan dan kekurangan barangan keperluan di Gaza. Dari sejumlah 3,900 kilang, 3,500 telah tidak berfungsi.
Projek MyPIV menggunakan pendekatan komprehensif yang akan ditempatkan di sekeping tanah berkeluasan 5000 meter persegi. Beberapa industri akan dibangunkan merangkumi pelbagai jenis pembuatan seperti bengkel kayu, bengkel aluminium, bengkel besi, bengkel rotan/buluh, bengkel elektronik, bengkel aplikasi perisian, bengkel jahitan, pusat latihan dan pengurusan dan lain-lain.
Selain itu, tanam-tanaman kontan berupa sayur-sayuran penting untuk keperluan rakyat Gaza yang masih disekat juga akan diwujudkan.
Objektif utama projek MyPIV adalah;
Cadangan pembangunan industri dengan pendekatan komuniti tersebut akan berupaya menawarkan pekerjaan kepada golongan laki-laki dan wanita di samping sebagai tempat latihan dan pembangunan upaya tenaga di Gaza yang ketika ini sangat-sangat diperlukan.
Selain itu, tanam-tanaman kontan berupa sayur-sayuran penting untuk keperluan rakyat Gaza yang masih disekat juga akan diwujudkan.
Objektif utama projek MyPIV adalah;
Sumber kewangan dari Malaysia sedang dan akan dijana melalui sumbangan orang ramai dan penajaan khusus dari orang-orang perseorangan, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat korporat mahupun agensi-agensi kerajaan yang sudah dikenalpasti. Sehingga kini Aqsa Syarif telah mengenalpasti lebih 25 persatuan-persatuan yang dijangka dapat membantu menjayakan projek ini melalui aktiviti pengemblingan tenaga mengadakan kempen dan kutipan dana.
Aqsa Syarif sebagai koordinator projek di peringkat Malaysia akan menyalurkan sumbangan dana secara berperingkat termasuk latihan-latihan yang akan dijalankan oleh beberapa ahli pakar / pelatih dari Malaysia.
Dokumen persetujuan akan ditandatangi oleh kedua-dua pihak Malaysia dan Palestin pada lawatan perwakilan dari Malaysia yang akan mengunjungi Gaza beberapa minggu lagi, iaitu di dalam Misi IKRAM-AQSA2Gaza (A2G4) yang akan berlepas dari Kuala Lumpur menuju Gaza pada 15 Mei 2012 (lihat di SINI).
Semoga Allah memeprmudahkan usaha murni bagi membangun semula sektor penting di Gaza yang kini sangat-sangat diperlukan bagi membangun semula aspek sosio-ekonomi di Gaza setelah cuba dimusnahkan oleh rejim zalim zionis Israel.
****************************
Rujukan Mengenai Kemusnahan Gaza Selepas Serangan Biadab Zionis Israel:
Lihat di SINI: Kemusnahan perindustrian di Gaza oleh Israel.
Lihat di SINI: Kilang Keju yang musnah dalam serangan Israel 2008/09... perlu dibangunkan semula.
Lihat di SINI: Kemusnahan di Gasa oleh Israel http://journeytogaza.blogspot.com/2010/04/dont-say-cheese-in-gaza.html
Lihat di SINI: 3800 kilang dan bengkel dimusnahkan Israel di Gaza.
Lihat di SINI: Kilang musnah, pekerjaan hilang .. oleh serangan Israel di Gaza.
Lihat di SINI: Kilang musnah diserang Israel.
No comments:
Post a Comment