KOD PROJEK: 00201
NAMA PROJEK: MICRO CREDIT QARDHUL-HASAN PROJECT
PERTUBUHAN PELAKSANA: EMAAR FOR DEVELOPMENT & REHABILITATIONS
PROJEK MULA: OGOS 2011
JUMLAH SUDAH DISALURKAN: RM357,300.00.
Aktivis Aqsa Syarif di dalam misi A2G4 telah mengambil peluang melawat Emaar di Khanyounis. Peutupan pintu Rafah pada 24hb Mei dan kegaglan peserta misi merentasi sempadan untuk balik melalui Cairo telah dimanfaatkan dengan membuat lawatan kedua dan bermesyuarat di Pejabat Emaar serta melawat bebeapa premis perniagaan yang telah berjaya mendapatkan bantuan kewangan melalui projek Micro Credit yang dijalankan oleh Aqsa Syarif haril dari bantuan oerng ramai di Malaysia.
Emaar dipilih kerana cadangan projek yang dikemukan begitu bersesuaian dan sesuai dengan satu dari empat fokus Aqsa Syarif ketika ini iaitu pembangunan sosio-ekonomi penduduk Gaza selepas dimusnahkan oleh serangan zionis Israel.
Dr Mohd Zin dan Dr Tahir telah meminta dibawa melawat beberapa premis dan kami sempat melawat empat (4) usahawan selain dud (2) pada hari sebelumnya. Kedai-kedai yang kami lawati ialah;
a. Kedai Pakaian Dewasa,
b. Kedai Telefon Bimbit & Minyak Wangi,
c. Pusat Tuition & Speech Therapy,
d. Kedai Gunting Rambut
e. Kedai Jahit dan Pakaina keluarga.
f. Kedai Runcit.
Melalui projek pembiayaan Qardhul Hasan (pembiayaan tanpa keuntungan), Emaar mempunyai sistem yang baik dari pelbagai segi termasuk senarai usahawan-usahawan yang ingin membangun semula perniagaan atau baru memulakan perniagaan, mengumpul maklumat-maklumat pemohon berserta latar belakang, mengadakan temuduga dan semakan dengan pelbagai pihak termasuk ketua komuniti serta sistem pemantauan yang kemas.

Dr Mohd Zin dan Dr Tahir telah diberikan senarai penuh nama penerima skim iaitu sejumlah 32 penerima skim Micro-Credit. membuat semakan senarai nama serta profil semua penerima serta prestasi perniagaan dan progres pembayaran balik pembiayaan kepada Emaar.
Dr Mohd Zin dan Dr Tahir kemudiannya dibawa melawat secara rambang beberapa premis perniagaan dan secara langsung menemuramah para pemilik kedai dan pelanggan yang sedang berurusan dipremis yang mengambil skim pembiayaan Micro Credit tersebut.

Turut hadir di dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengurus Aqsa Syarif Gaza iaitu Brother Abdul Latif, Pengerusi Lembaga Emaar iaitu Dr Anwar Dr. Anwar Elabadseh , Pengurus Emaar iaitu Brother Anwar Ibraheem Musa dan beberapa staf Emar.
Pada keseluruhannya Aqsa Syarif berpuas hati dengan projek Micro Credit yang dijalankan di Gaza ini adan Aqsa Syarif mengharaf dan berdo'a agar ianya merupakan projek iconic yang berjaya mencapai objektif. Tahniah rakyat Malaysia sekali lagi.
# [Sila lihat entry selepas ini untuk meneliti jenis-jenis perniagaan yang dijalankan melalui skim Micro Credit AQSA-EMAAR].
# Latar belakang projek, sila ke link http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/xxx.html
# Latar belakang projek, sila ke link http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/xxx.html
No comments:
Post a Comment