Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, May 13, 2012

Gaza Bukan Hanya Tempat Pejuang Bersenjata


Jika kita memahami pejuang itu adalah hanya mereka yang mengangkat senjata mempertahankan hak dan maruah bangsa, Gaza sebenarnya bukan tempat pejuang sedemikian sahaja. Memang dimaklumi bahawa di Gaza adalah tempat pahlawan-pahlawan tentera al-Qassam, iaitu tentera Hamas yang dilatih dan terlatih untuk berdepan dengan rejim zionis yang kejam dan serakah serta tidak berhati perut. Kewujudan unit tentera al-Qassam adalah sangat penting demi menjaga bukan sahaja marwah rakyat Palestin, malah untuk mempertahankan sebarang serangan tentera zionis terhadap rakyat di Gaza. Kehebatan tentera al-Qassam sudah diketahui musuh mahupun kawan. Walaupun mereka dinafi sebarang sumber untuk dibawa masuk ke Gaza, tetapi kepintaran dan 'determination' yang mereka miliki, Israel begitu gerun dengan kekuatan dan kepakaran al-Qassam. 

Bayangkan sahaja Gilad Shalet (tentera Israel) yang ditawan dan baru-baru ini dibebaskan dengan diganti dengan lebih 1000 tahan Palestin keluar dari penajara-penjara Israel. Kes tersebut menggambarkan kepintaran luar biasa tentera al-Qassam dan pentadbirannya sehingga serangan 2006 ke atas Gaza yang begitu dahsyat pun tidak dapat mengesan di mana Gilad disembunyikan.
Kekemasan al-Qassam dan kerajaan Gaza, juga tidak memungkinkan pengunjung-pengunjung di dalam pelbagai misi ke Gaza menemui mereka. Mereka begitu kemas dan hebat di dalam mengatur perancangan dan strategi serta menjaga kerahsiaan agar tidak mudah mereka menjadi sasaran tembakan zionis. Sebaliknya yang lazim kita temui di Gaza adalah anggota polis dan pengawal keselamatan yang penuh berdisiplin dan berkhidmat dengan penuh kasih sayang memabntu rakyat serta anggota misi kemanusiaan ke Gaza.



Artikel ini cuba menyingkap rahsia kekuatan Palestin di Gaza. Bukan semata-mata kekuatan 'pahlawan' militerinya tetapi lebih jauh dari itu.

Sehingga kini seluruh semenanjung Gaza walaupun digelar Israel sebagi wilayah yang diduduki Israel, tetapi hari ini boleh dikatakan Gaza adalah bebas dari ketumbukan tentera secara fizikal. Ya, Gaza memang dikepung dari setiap penjuru utara, timor, barat (laut Mediterranean) dan udara, namun di dalam Gaza, rakyatnya bebas bergerak dan beraktiviti. Tiada tentera dan polis Israel di dalamnya dan mereka tidak ditahan atau diperiksa identiti sebagaimana yang berlaku di Tebing Barat Palestin. 
Gaza bukan hanya tempat pejuang dengan ertikata pejuang tentera, tetapi Gaza adalah seluruhnya dihuni oleh PEJUANG yang jahir di dalam pelbagai rupa. Pengalaman Aqsa Syarif di Gaza sememang menemui pelbai jenis PEJUANG. Pejuang Kemanusiaan yang hebat, berdidikasi, berkepakaran dan berketerampilan.
Di antara individu yang kami telah temui ialah Eng AbdelRahim Shehab (Pengerusi) & Dr Mahmoud Hirtani (timbalan Pengerusi) Islamic Society of Jabalia; Dr Anwar Ibrahem & Br Anwar Mosa (Emaar Association); Br Saber Alen (Khatwa Association) dan lain-lain. Mereka itu adalah pejuang-pejuang kemanusiaan yang hidupnya dicurahkan untuk membantu dan membangun semula masyarakat ditempat masing-masing dari pelbagai sektor termasuk makanan, pendidikan dan ekonomi. Mereka adalah pejuang sejati yang mendahulukan orang lain berbanding dirinya sendiri, (Lihat beberapa projek mereka di SINI).


Gaza juga sebenarnya adalah tempat alim ulama' yang gigih mendidik masyarakatnya untuk kembali mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Terbukti dipenglihatan kami, bahawa kehidupan Islam adalah yang terbaik kami pernah temui adalah di bumi Gaza. Ramai di antara kami pernah ke beberapa negara Islam termasuk ke tanah Saudi dan beberapa negara arab dan Islam, tetapi kami dapat rasai suatu yang istimewa praktik keislamannya di semenanjung Gaza.

Dari segi akidah, mereka benar-benar kuat berpegang dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah. Kehebatan akidah mereka sehingga tercerna dalam bentuk ibadah dan akhlak yang murni dari semua golongan remaja, wanita mahupun orang dewasa. Akidah tersebut juga telah mendorong kepada amal jihad yang luar biasa dikalangan pemuda-pemuda mereka. 


Dari segi akhlak dan ibadah mereka, begitu subur dan dapat dilihat di mana-mana di Gaza; di pasar, di pejabat, di hospital, di sekolah dan di masjid-masjid. Kami terpegn dengan kehadiran solat subuh yang memenuhi masjid dari segenap lapisan sehingga ke peringkat kanak-kanak kecil. Jelas keseronokkan dan kemeriahan solat subuh di Gaza walaupun subuh pada jam 3.30 pagi ! pada Ramadhan tahun lalu.

Di dalam amalan, pakaian dan percakapan mereka kesemua menjurus kepada keinsafan dan kebesaran Allah. Kemurnian Islam dan pencapaian cita-cita besar untuk sama-sama bersolat di Masjid Al-Aqsa,  adalah do'a yang sentiasa diucapkan mereka yang menandakan kemurnian hasrat untuk sama-sama menjadi cita-cita ummah Islam seluruhnya. Malah harapan dan do'a untuk ke Masjidil Aqsa adalah menjadi perbualan dan ucapan apabila bertemu kami di Gaza.

Kesusahan hidup, ketidakcukupan keperluan seharian dan keperitan di sebabkan kepungan dan serangan zionis Israel, langsung tidak menjadi bahan di dalam percakapan rakyat di Gaza. Mereka redha dan mereka meneruskan kehidupan berlandaskan Islam. 

Kehidupan sedemikian yang tercerna di Gaza adalah hasil dari suatu proses pendidikan yang tersusun. Gaza sebenarnya adalah tempat para pendidik (Murabbi) yang telah mempu merialisasikan bahawa kejayaan menentang kekufuran zionis adalah dengan kekuatan aqidah, akhlak dan ibadah. Murabbi yang berupaya mendidik rakyatnya untuk thabat (tetap pendirian) di dalam perjuangan. Memastikan rakyatnya berilmu dengan ilmu berasaskan Al-Qur'an dan Al-Sunnah yang mewarnai kehidupan mereka sebagai rakyat pejuang. Mereka menjadikan masjid bukan sekadar bersolat, tetapi tempat mendidik seluruh jenerasi agar beriman dan saling berukhuwwah. Hal ini dinyatakan sendiri oleh ahli Parlimen Gaza, Dr Muhammad Shehab yang datang menziarahi Pertubuhan IKRAM Malaysia awal tahun 2012 (Lihat di SINI).


Jika dianggarkan 70% penduduk 1.7 juta itu adalah kanak-kanak, remaja dan pemuda, Gaza mempunyai 1.19 juta rakyat yang perlukan tempat belajar dipelbagai peringkat dari peringkat tadika, sekolah, kolej dan universiti. Bayangkan dengan sekatan yang dikenakan Israel yang menyebabkan halangan segala macam keperluan pendidikan untuk diimport dan dihalang pula para pemuda mendapatkan pembelajaran ke luar negara? Gaza sebenarnya sedang dipaksa untuk tidak boleh berkembang di dalam aspek intelektual dan pembangunan saintifik.
Namun bukan calang-calang rupanya cerdik pandai di Gaza. Mereka terus berusaha berbekal jatidiri dikalangan kelompok candikiawannya. Mereka terus membangunkan institisi-institusi pendidikan walaupun ada yang hanya berbumbungkan langit lepas. Merek mempertingkatkan kualidi dan prasarana institusi mereka sesuai dengan keupayaan dan peluang yang mereka miliki walaupun majoritinya hanya menerima imbuhan yang sangat sederhana. Mereka tidak terhenti dari mengeluarkan para jurutera, arkitek, akaunten, doktor, peguam dan pelbagai ahli-ahli ikhtisas dan pakar di bidang sains, teknologi dan kemanusiaan.

Gaza bukan sekadar tempat pejuang bersenjata. Gaza adalah 'medan pertempuran' pelbagai bidang yang diperlukan ummah untuk bangun mementang kekufuran jahiliah dan zionis.



No comments:

Post a Comment