Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, October 27, 2013

Festival Konvo UTM2013 : Aqsa Syarif Diberi Acara Pentas & Gerai Pameran Palestin

Festa Konvo UTM 2013 (Fesko2013) yang berlangsung di dataran kawat UTM Skudai berlangsung beberapa hari mulai 24 Okt 2013.
Aqsa Syarif Sekretariat Negeri Johor telah diberi gerai percuma untuk mengadakan pameran dan dan kutipan derma kemanusiaan Palestin. Selain itu juga, Aqsa Syarif diberikan kepercayaan untuk mengadakan acara di pentas utama pada 25 Oktober 2013.

Diketuai oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Johor Prof Madya Ir Dr Faizul Amri, beberapa aktiviti pentas di adakan iaitu;
1. Persembahan Nasyid Palestin yang dijayakan oleh pelajar-pelajar Sek Men Islam Hidayah JB.
2. Pentomin / Flash Mob mengesahkan Air Mata Palestin yang dijayakan oleh gandingan aktivis Aqsa Syarif Johor dan Kelab Scrambler Johor.
3. Forum Air Mata Palestin yang ahli Panelnya terdiri dari anak Muda Palestin iaitu Mohamed Said Darwis dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, PM Dr Mohd Zin Kandar.

Para aktivis Aqsa Syarif yang terdiri dari sukarelawan kampus UTM dan negeri Johor turut berganding bahu mengadakan kempen penerangan dan kutipan derma Palestin di sepanjang Festa Konvokesyen tahun ini.

Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada semua penyumbang dan pengunjung Gerai Aqsa Syarif.

Free.... Free... Palestin...!

Gambar-gamabr oleh Jailani Mohd Yusof (https://www.facebook.com/puterayusoff/media_set?set=a.711525732208371&type=1)




































No comments:

Post a Comment