Dimaklumkan semua peserta Misi A2G8 selamat sampai ke Cairo melalui 3 penerbangan. Sebelas orang pelajar Mesir dari Kelab Ikram Mesir (KIM) juga sudah bergabung dengan misi ini.
Kumpulan pertama seramai 29 orang sebentar tadi (1 tgh waktu Cairo: 7 pm waktu Malaysia) sudah berada di imegresen Rafah. Mungkin mereka sudah masuk ke Gaza sekarang. Bersama mereka ada 65 peserta Misi MOS yg sama-sama memasuki Gaza. Alhamdulillah perjalanan mereka daripada Cairo ke Sempadan Rafah berjalan lancar walaupun melewati semenanjung Sinai yang sekarang berlaku getakan ketenteraan Tentera dan polis Mesir membasmi para penjenayah yang ramai di sana.
Kumpulan 1
Manakala kumpulan ke dua baru seramai 9 orang (bersama seorang wartawan utusan dan 2 krew TV3) telah bertolak ke Rafah jam 2 pm tadi. Kemungkinan mereka tidak sempat masuk ke Gaza petang ini dan terpaksa bermalam di bandar al-Arisyh. Awal pagi esok mereka akan masuk ke Gaza Insya Allah.
Alhamdulillah semuanya berjalan baik berkat 27 Ramadhan. Mereka akan keluar daripada Gaza pd 22 hb Ogos nanti dan tinggal sehari di Cairo sebelum pulang pada 23 ogos 2012.
Wassalam
Sent from my iPad
Abd Haris Bain
Wakil Presiden Ikram Malaysia di Mesir
No comments:
Post a Comment