Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, August 15, 2012

Dr Faizul Amri dan para peserta misi akhirnya berjaya ke Gaza

Di dalam entry sebelum ini dinyatakan bahawa Dr Faizul Amri yang menjadi calun peserta A2G8 terhalang dari meneruskan misi disebabkan situasi di semenanjung Sinai Mesir yang bergolak. Namun Dr Faizul menerimanya dengan sabar lantas beliau meneruskan usaha-usaha kemanusiaan di Tanah Air. Lihat http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/08/misi-tetap-diteruskan-walaupun.html

Namun Alhamdulillah, setelah maklumat diterima dari Mesir dan Gaza pada awal pagi 14 Ogos 2012 oleh urusetia misi, ianya memberikan berita gembira dan anugerah besar kepada Dr Faizul dan 38 peserta yang lain.

Di dalam perjuangan ini, kita dididik untuk berbuat sesungguhnya sekemasnya, namun kita juga di didik untuk redha dengan apa juga ketentuan Allah SWT. Kita hanya manusia yang diamanahkan memikul tanggungjawab. Buatlah sebaik-baiknya dan seikhlas-ikhlasnya. Kepimpinan di dalam organisasi yang bertanggungjawab dan beramanah akan berusaha sedaya upaya dan sebaik-baiknya. Sunnah perjalanan junjungan Rasulullah SAW menjadi ikutan terbaik.

1 comment:

  1. Masya Allah...tetibe saya terigt cebisan kata2 dari slide akhi mus'ab...para dai'e kena siap sedia fizikal dan mental..teruskan usaha perjuangan..hasilnya, Allah sahaja yg menentukan..dan ketentuan Allah itu yg paling terbaik :)

    ReplyDelete