25 Ogos 2012, jam 3.15am dengan penerbangan Kuwait Airways .... Para anak-anak muda imam al-hafiz Palestin dari Gaza memulakan penerbangan kembali ke tanah air mereka.
Mereka tiba di KLIA untuk daftar masuk seawal 12.00 tengah malam dan meelpasi imegresen 1 jam sebelum penerbangan. Di pintu masuk penerbangan antarabangsa mereka bersalaman dan berpelukan dengan para aktivis yang mengiringi dan menghantar kepulangan mereka. Majoritinya adalah anak-anak muda aktivis Aqsa Syarif. Turut hadir ialah wakil ahli pemegang amanah Aqsa Syarif, PM Dr Mohd Zin Kandar dan CEO Koperasi Islah Malaysia Berhad, Dr Ahmad Zainuddin Abdullah.
Dr Mohd Zin memberi ucapan ringkas dan kemudian dengan berpegangan tangan membentuk satu bulatan, imam Taha membacakan do'a perpisahan.
Suasana sayu dan syahdu menyelubungi majlis perpisahan di awal pagi yang hening. beberapa orang imam memeluk erat sahabat-sahabat mereka yang menghantar dan menitiskan air mata. Program imam-imam muda Palestin mengimami solat tarawih di seluruh Malaysia anjuran Aqsa Syarif dengan kerjasama Ikram adalah suatu program yang unik dan menjadi memori kepada bukan sahaja para imam-imam muda tersebut, tetapi para ahli jamaah masjid-masjid yang diziarahi di seluruh negara.
Sejumlah hampir 200 masjid dan surau diziarahi imam-imam untuk mengimami solat tarawih sepanjang ramadhan. Puluhan surau diziarai untuk meingimami qiyamulail dan solat zuhur serta tazkirah Palestin.
Tidak kurang pula institusi pendidikan yang diziarahi mereka seperti rangkaian sekolah-sekolah Muslih-Ikram, SMKA Johor, Inst Perguruan Gangi, Pusat Dakwan Kota Kinabalu, dan banyak lagi di seluruh negara. Para imam muda sememang membawa bersama mereka semangat muda dan sukakan menziarahi rakan-rakan muda mereka di Malaysia.
Imam-imam muda juga sesekali di bawa mendapatkan pemeriksaan kesihatan di awal kehadiran mereka di Malaysia. Di antaranya ialah pemeriksaan kesihatan dan pakar di Hospital An Nur Bangi.
Para imam juga berkesempatan melawat pejabat Musleh-Ikram, salah sebuah agensi pertubuhan Ikram yang memberi fokus kepada pembangunan dan pengurusan sekolah-sekolah Islam di Malaysia. Para imam sempat berbincang dengan Pengarah Eksekutif Musleh akan kemungkinan khidmat mereka diperlukan bagi membangun modul-modul Qur'an (hafazan dan bacaan berlagu), kem tahfiz, kem bahasa arab dan sebagainya.
Imam-imam muda juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik di tanah air di waktu siang dan lapang. Di antaranya mereka berpeluang melawat KL Tower, Zoo Negara, Taman Negara, Pusat membeli belah, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya dan wilayah seperti Wilayah Iskandar di Johor, taman-taman dan sebagainya.
Pendaratan di Airport Cairo pada 11.30pagi waktu Mesir disambut oleh Wakil Khas Presiden Ikram di Mesir (Ustaz Abdul Haris Bain) dan ahli-ahli kelab Ikram Mesir (KIM) sebelum mereka terus di bawa dnegan kenderaan khas menuju Al-Arish dan kemudian ke Pintu Rafah bagi memasuki Gaza menemui keluarga masing-masing.
No comments:
Post a Comment