Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, August 15, 2012

Lebih Banyak Lagi Dana Diperlukan Untuk Palestin

Di mana jua, dikesempatan apa juga, teruskan menjana dana untuk pembelaan rakyat Palestin. Di Gaza sahaja, setelah kepungan rejim zionis 2006 yang mempunyai niat jahat untuk melumpuhkan kerajaan Hamas dan rakyatnya, telah menyebabkan ekonomi Paestin lumpuh dengan penganguran mencecah 60% dan hampir 80% rakyat jatuh miskin. Bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan suri rumah juga menjadi genting di Gaza.




Serangan 2008/09 oleh tentera dan pemimpin zalim yahudi zionis bertambah dahsyat lagi keadaan di Gaza. Zionis ingin meranapkan sama sekali kerajaan dan penduduk Palestin. Infrastruktur, kilang-kilang pembuatan, kilang makanan, ternakan dan kediaman musnah. Lebih 5000 tercerda dan lebih 3000 yang hilang upaya termasuk gilang anggota kaki, tangan dan penglihatan.

Kini sudah 3 tahun serangan berlalu, Gaza masih sukar untuk hidup normal. Kepungan masih dikenakan terhadap Gaza dan pelbagai keperluan 1.7 juta penduduk masih memerlukan bantuan luar. Ya Bantuan dari ngo-ngo luar negara termasuk Aqsa Syarif. Oleh itu, aktivis Aqsa Syarif tidak harus berpuas hati dengan sedikit pencapaian walaupun sudah 8 misi kemanusiaan dikirimkan dan lebih RM5 juta sudah disalurkan.







Gaza sebenarnya memerlukan lebih jauh dari angka tersebut. Oleh itu ayuh lipatgandakan usaha untuk terus menjana dana dengan apa juag kesempatan ketika bersama rakan, saudara mara mahupun di dalam pasar dan tempat awam.




No comments:

Post a Comment