Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, August 21, 2012

Edaran Set Iftar di Kem-kem Pelarian di Gaza

Di Gaza terdapat 9 kem-kem pelarian yang sunguh padat. Meraka adalah dari kawasan Palestin yang diduduki rejim Israel dan dirampas tanah dan kediaman mereka. Mereka dipaksa keluar rumah dan kampung dan dipaksa tinggal di Gaza.

Set Iftar yang bernilai RM50 setiap satu boleh di makan sekitar 4 orang atau satu kelaurga kecil. Set iftar Ramadhan dilancarkan Aqsa Syarif bermula awal Ramadhan dan tajaan diterima orang ramai dari Malaysia dan dari laur negara.

Melalui bekalan secara berpusat, makanan set Ramadhan disediakan Islamic Soc of Jabalia di Food Bank Centre. Makanan nasi ala arab dengan siap minuman turut diedarkan di rumah-rumah keluarga miskin di kem-kem pelarian di seluruh Gaza.

Dengan kenderaan badan-badan kemanusian, beberapa NGO mengedarkan set makanan rumah ke rumah bagi membolehkan keluarga menikmati buka puasa yang agak beik.

Tahniah Rakyat Malaysia.





















No comments:

Post a Comment