Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, August 25, 2012

Hari-hari terakhir imam muda Palestin al-hafiz sebelum berlepas pulang ke Gaza

Pada hari raya ke-3, kesemua tujuh imam-imam muda al-hafiz telah dikumpulkan semula di lembah kelang setelah mereka masing-masing berkhidmat menjadi imam-imam tarawih keseluruh negara. Di penghujung Ramadhan, imam Taha dan imam Muhammad berkhidmat di Kelantan dan seterusnya berhari raya di Kota Bahru. Imam Mu'min dan imam Yusof pula menghabiskan hujung Ramadhan di Pulau Pinang dan Kedah dan seterusnya berhari raya di Sungai Petani, Kedah. Manakala imam Ibrahim dan imam Osama berkhidmat di sekitar Lembah Kelang dan imam Raed  di Melaka. Ketiga-tiga mereka kemudiannya dibawa ke Johor berhari raya di selatan tanah air.


 

Aktiviti imam Yusof di Penang


Imam Raed bergambar kenangan dengan jamaah masjid

Imam Taha score goal ?  ... futsal di Kelantan

Imam Muhammad mengelecik bola di perlawanan futsal di Kota Bahru Kelantan

Imam Muhammad mengelecik bola di perlawanan futsal di Kota Bahru Kelantan
Perlawanan futsal team Gaza melawan team Malaysia di Kota Bahru Kelantan

MHI-TV3 telah mengundang dua imam bersama pengerusi penyelaras projek Imam Muda Palestin iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar bagi berkongsi kisah dan pengalaman para imam menjalani Ramadhan dan Syawal di Malaysia.
Imam Osama dijamu air kelapa muda fresh - H Raya pertama di Pt Sameon Ayer Hitam Johor

Ahli BoT - Dr Ir Selamat Aliman (Perak) yang kebetulan berhari raya di Johor turut meraikan imam-imam

Pengalaman berhari raya di kampung pendalaman di Johor

Para imam muda juga berkesempatan melawat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur seperti di Masjid As-Syakirin KLCC, pusat membeli belah Low Yat, taman tasik dan beberapa tempat menarik di sekitar lembah kelang.

Para imam juga mendapat jemputan makan malam di rumah Prof Dr Alauddin (Bendahari Pertubuhan Ikram Malaysia) yang juga merupakan suami kepada Dr Fauziah Hassan (Ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif).

Para imam juga berpeluang makan tengah hari di rumah Dr Ahmad Zainuddin (CEO Koperasi Islah Malaysia Berhad dan juga Imam Masjid Mat Saman Kajang).

Do'a sebelum makan di rumah Prof Allaudin

Gambar kenang-kenangan dengan Prof Alaudin, Dr Fauziah & Keluarga

Juadah makan malam makanan arab disediakan keluarga Dr Fauziah/Prof Alaudin

Imam Taha bergambar kenang-kenangan dengan Dr Ahmad Zainuddin

Gambar kenang-kenangan  bersama keluarga selepas lunch di rumah Dr Ahmad Zainudin

Dr Ahmad Zainudin melayan para imam di rumahnya

Imam Osama: "I learn from you  ... we must not mubazir ok..."

Imam Muhammad juga ... mula makan licin...

Di rumah penginapan Homestay milik Ir Nik Pa di Kajang - sedang berbincang 
urusan perjalanan balik ke Cairo & Gaza

Sambil menunggu di luar pagar Kedutaan Palestin ... Tazkirah dan pesanan-pesanan terakhir terus diberikan oleh Dr Mohd Zin kepada anak-anak Imam Muda tersebut .... ditepi longkang...

Sambil menunggu di luar pagar Kedutaan Palestin ... Tazkirah dan pesanan-pesanan terakhir terus diberikan oleh Dr Mohd Zin kepada anak-anak Imam Muda tersebut .... ditepi longkang...

Di pagar luar kedutaan Mesir ... mendapatkan Visa memasuki Mesir sebelum ke pintu Rafah

Di pagar luar kedutaan Mesir ... mendapatkan Visa memasuki Mesir sebelum ke pintu Rafah


Posing istimewa di tepi tasik ..... dikawasan rumah-rumah kedutaan di Ampang.


Posing istimewa di tepi tasik ..... dikawasan rumah-rumah kedutaan di Ampang.

Posing istimewa di tepi tasik ..... dikawasan rumah-rumah kedutaan di Ampang.






No comments:

Post a Comment