Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, August 22, 2012

Rakyat Malaysia Bela Nasib Rakyat Palestin Bina Rumah Keluarga Dhoif


Rakyat Palestin yang pada umumnya adalah pembela kepada seluruh ummat, memeprtahankan bumi Palestin - bumi umat Islam seluruh dunia khusunya Masjidil Aqsa yang dimuliakan yang kini masih dipertahankan perlu di bela dan dibantu.


Dengan keganasan rejim zionis yahudi yang telah berpanjangan semenjak sebelum 1948, puluhan ribu rakyat Plestin yang keadaannya teramat dhoif dan miskin dalam jangkamasa yang panjang dan berjenerasi. Mereka tidak ada peluang untuk memperbaiki nasib dan kehidupan. Mereka sering tidak dapat memenuhi keperuan asas termasuk makanan dan tempat tinggal.

Misi-misi Aqsa Syarif ke Gaza semenjak 2010 sehingga yang terkini A2G7, suatu keputusan drastik terpaksa di buat iaitu dengan berusaha membantu mereka yang teramat memerlukan di Gaza. Fasa pertama, sebanyak 40 rumah yang terlalu amat dhoif telah diziarahi dengan bantuan badan kemanusiaan tempatan As-Salam Society yang diketuai Sheikh Yaakub Ismail Sulaiman.

Sebuah rumah telah berjaya disempurnakan dibaiki dnegan kos RM15,000 sahaja dan kini beberapa rumah lagi di dalam pembinaan. Bersempena A2G8, kempen tajaan sedang dilakukan dan berterusan. Seuah kampung di Kajang, iaitu Kg Muhammad Saman telah menaja pembinaan semula sebuah rumah dan serahan sumbangan telah dilaksanakan bersempena majlis perpisahan imam-imam muda al-hafiz gaza yang diadakan di Kuala Lumpun pada 21 Ogos 2012.

Ahli BoT AQSA yang turut di dalam misi A2G8 di Gaza iaitu Tn Hj Mohd Yusof Suratman telah menandatangani MoU bagi pihak Aqsa Syarif dan Sheikh Yaakub Ismail Sulaiman.

Peserta misi A2G8 (Ogos 2012), terkejut melihat keadaan rumah ketika
melawat rumah yang dhofif yang perlukan bantuan pembinaan semula







Ketua Kg Hj Mat Saman Menyerahkan Sumbangan RM15,000 untuk 1 pembinaan rumah dan 
RM8,000 untuk tabung pembinaan Pusat Kesihatan di Gaza kepada 
Pengerusi AQSA, PM Dr Hafidzi Mohd Noor

Peserta misi A2G7 (Jun 2012), kelihatan Dr Othman Mohd Zin (AQSA Kelantan) 
melawat rumah yang dhofif yang perlukan bantuan pembinaan semula

Peserta misi A2G7 (Jun 2012),  melawat 
rumah yang dhofif yang perlukan bantuan pembinaan semula


Peserta misi A2G7 (Jun 2012),  melawat 
rumah yang dhofif yang perlukan bantuan pembinaan semula


Peserta misi A2G7 (Jun 2012), kelihatan Dr Othman Mohd Zin (AQSA Kelantan) 
melawat rumah yang dhofif yang perlukan bantuan pembinaan semula


Peserta misi A2G7 (Jun 2012),  melawat 
rumah yang dhofif yang perlukan bantuan pembinaan semula


Rakyat Malaysia masih ditawarkan untuk infaq dan menderma untuk projek ini dan akan disalurkan dari masa ke semasa. Sila masukkan ke akaun tabung baik pulih rumah dhoif di Gaza AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904 dan hubungi Ibu Pejabat untuk catatan projek. No. Telefon: 03-8733 4636; No Fax: 03-8734 9636;Email: admin@aqsasyarif.org.my; Laman Web: www.aqsasyarif.org.my

No comments:

Post a Comment