Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, August 22, 2012

Projek Kilang Roti Ke-2 Rakyat Malaysia di Gaza

Selepas kejayaan cemerlang projek kilang roti pertama Malaysian-Palestinian Friendship Bakery di pinggir Gaza City yang diuruskan oleh Islamic Soc of Jabalia yang dipengerusikan Eng AbdelRahem Shehab, bersempena misi A2G8 Ramadhan 1433, kilang roti ke-2 telah dimetrai perjanjiannya untuk pembinaan. Kali ini ialah di antara Aqsa Syarif dengan Emaar Association di Khanyounis. Pn Hjh Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir (Pengurus Operasi AQSA) mewakili Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia, makala Dr Anwar (Chairman Emaar) mewakili rakyat Palestin. Projek ini dijangka dapat disempurnakan dan mula beroperasi pertengahan tahun 2013.

Projek kilang roti kedua yang bernilai sekitar RM600,000 adalah hasil pegemblingan dan sumbangan rakyat Malaysia dari seluruh dunia. Usaha bukan sahaja di jalankan di Malaysia untuk menjana dana, aktivis Aqsa Syarif di luar negara termasuk UK, Korea, Australia dan Jepun turut mengembling tenaga menjalankan kempen penjanaan dana untuk projek ini.

Roti adalah merupakan makanan utama penduduk Gaza dan kilang pertama yang diusahakan Aqsa Syarif telah berjaya menghasil sekitar 6,000 keping roti sehari. Kilang berkenaan telah dapat memenuhi keperluan pelbagai lapisan rakyat Gaza samada bagi mereka yang mampu membalinya ataupun diperikan percuma kepada para fakir miskin yang telah disenaraikan.

Maklumat lanjut projek Kilang Roti Pertama dan lain-lain projek sila lawati http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/xxx.html







No comments:

Post a Comment