Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, July 19, 2012

Aqsa Syarif Menerima Tetamu Imam Muda al-hafiz dari Palestin Ramadhan ini

Hubungan Akrab Aqsa Syarif dan beberapa NGO di Gaza telah memungkin Aqsa Syarif menerima kunjungan empat (4) orang Imam yang hafiz Qur'an dan lunak suaranya bagi bersama-sama mengimamkan bersolat tarawikh di masjid-masjid di seluruh Malaysia yang akan diurus oleh Pengurus-pengurus Aqsa Syarif Negeri dan Ketua-ketua Daerah. 

Di dalam kemelut cengkaman zionis yahudi, rakyat Palestin tetap tabah menjalani tarbiyah dan pengajian Al-Qur'an dan akhirnya mereka berjaya menghasilkan para Hufaz atu menjadi penghafaz Al-Qur'an. Mereka akan berada di sini Insya Allah untuk mengimami solat Tarawikh. Di samping itu mereka akan berkongsi menganai pengalaman hidup sebagai anak-anak mujahid yang mempertahankan bumi Palestin untuk terus dijajah oleh Zionis Israel. 

Berikut adalah 4 orang yang akan mendarat di KLIA pada 1 Ramadhan 1433 dan akan disambut oleh aktivis Aqsa Syarif dan media-media utama di Malaysia;




No.
Name
Passport Number
1
Raed M. I. Abu-Shaban
2916202
2
Taha Y. I. Sulaiman
3037620
3
Mo’min F. A. Hawas
2691021
4
Mohammed Y. I. Sulaiman
2452032





Apakah Objektif Projek Membawa Imam Muda Gaza ke Malaysia ?

Misi membawa Imam Muda Gaza ke pada masyarakat Malaysia oleh Aqsa Syarif mempunyai beberapa objektif sebagaimana dalam kertas kerja projek:-
1. Agar masyarakat merasai dekatnya mereka dengan rakyat Palestin melalui kehadiran Imam-imam muda Gaza di Malaysia yang mengimamkan Solat Tarawih.
2. Memantapkan kempen kesedaran Palestin dan meningkatkan dan meluaskan kutipan untuk taung  dan  Projek Ramadhan di Palestin oleh Aqsa Syarif.
3. Aqsa Syarif reaching out – media, agensi-agensi kerajaan, NGOs, masjid dan individu-individu strategik.
4. Pendedahan imam-imam muda mengenai akrivis Palestin di Malaysia dan kehidupan di Malaysia. 






Projek: Solat Tarawikh bersama Imam Muda Al-Hafiz dari Gaza, Palestin yang diusahakan oleh oleh Aqsa Syarif  dan Pertubuhan Ikram Malaysia adalah salah satu dari siri kempen penerangan isu-isu terkini Palestin dan mendekatkan rakyat Malaysia dengan perjuangan di Palestin. Empat (4) orang imam muda
tahfiz akan berada di Malaysia mu
lai 1 Ramadhan sehingga  4 Syawal dan akan dibawa oleh wakil-wakil Aqsa Syarif ke seluruh Malaysia. Mereka akan menjadi imam solat tarawih di masjid-masjid yang telah dan akan ditentukan di setiap daerah di Malaysia. Sekitar 50 Daerah telah dikenal
pasti dan 100 masjid akan dikunjungi oleh imam-imam muda hafiz dari Gaza itu.
Imam-imam muda yang dilahirkan dan berasal dari Gaza itu berumur dari 23 – 26 tahun dan mereka adalah graduan dari Pengajian Islam dan hafiz al-Qur’an.

Aqsa Syarif juga sedang menjalankan kutipan dana untuk projek-projek yang sedang dan akan dijalankan di Palestin yang diuruskan Aqsa Syarif. Aqsa Syarif menawarkan orang ramai dan pemimpin-pemimpin persatuan dan organisasi untuk mengadakan ceramah2/tazkiran Palestin di setiap masjid, surau, pejabat dan sekolah-sekolah, dengan memanggil wakil-wakil Aqsa Syarif seluruh negara bersama imam-imam muda hafiz dari Gaza itu pada waktu solat Tarawih mahupun pada siang hari sepanjang Ramadhan.
Kehadiran para imam muda tahfiz di Malaysia secara langsung juga mendedahkan mereka dengan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia ketika menyambut bulan Ramadhan dan usaha-usaha rakyat Malaysia membantu perjuangan pembebasan Palestin. 

Aqsa Syarif yang mempunyai pejabat operasi di Gaza kini telah bekerjasama dengan 7 pertubuhan NGO dan 3
agensi awam di Palestin. Lebih 20 projek bantuan kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan sosio-ekonomi sedang giat dilaksanakan melalui sumbangan rakyat Malaysia. Pada Ramadhan tahun lalu Aqsa Syari
f telah menghantar 11 sukarelawan dan meng
agihkan sejumlah RM1.5j dalam bentuk projek bantuan kemanusiaan. Dua misi kemanusiaan akan dihantar Aqsa Syarif Ramadhan tahun ini dan orang ramai dijemput menyumbang bagi membiayai 13 projek-projek yang telah dikenalpasti termasuk 2000 hidangan berbuka puasa di Gaza dan di Masjidil Aqsa, 1500 pek bungkusan makanan untuk keluarga miskin, 1500 set bag dan uniform sekolah, 250 set sumbangan pesakit di Hospital dan lain-lain.

Aqsa Syarif mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi media yang membantu menyebarluaskan maklumat menganai Palestin kepada masyarakat Malaysia.


Jika orang ramai berminat untuk menjemput mereka ke Masjid tuan/puan sila hubungi Pengurus-pengurus Aqsa Syarif negeri atau hubungi Ibu Pejabat. Juga boleh hubungi Ust Qamr : 0196822445; Nor Syazli : 0123614874 atau Dr Mohd Zin di 013-4352539. Semoga Ramadhan kali ini kita lalui dengan penuh ketakwaan dan keinsfan.

Jom bersama mereka di masjid-masjid yang akan disusun di seluruh Malaysia Insya Allah.

No comments:

Post a Comment