Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, July 20, 2012

4 Imam Hafiz dari Gaza dalam penerbangan dari Cairo menuju KLIA

Empat Imam hafiz dari dari Gaza yang akan menjadi tetamu Aqsa Syarif dan Pertubuhan Ikram Malaysia sedang di dalam penerbangan dari Cairo menuju KLIA. Mereka di hantar oleh wakil Presiden  Ikram Malaysia di Mesir yang berbahagia Ust Abd Haris Bain dan aktivis Kelab Ikram Mesir.
Keempat-empat imam dari Gaza ketika menunggu penerbangan di lapangan terbang Cairo

Bersama-sama mereka di penerbangan ialah beberapa pelajar Malaysia yang juga di dalam perjalanan balik ke Malaysia untuk bercuti. Urusetia projek membawa Imam Gaza ke Malaysia dan Pengurus-pengurus negeri di seluruh Malaysia sedang menyusun untuk membawa imam-imam tersebut ke seluruh daerah-daerah di Malaysia untuk menjadi imam di masjid-masjid yang terpilih.

Orang ramai dipersilakan ke masjid-masjid di mana imam-imam tersebut akan mengimamkan solat tarawikh. Sila huungi ibu pejabat atau pengurus-pegurus negeri Aqsa Syarif dan ketua-ketua sekretariat daerah.


No comments:

Post a Comment