Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, July 3, 2012

Arts for Palestine dianjurkan di Dataran Pahlawan di Perkarangan Museum Melaka

Sabtu, 30 Jun 2012, Satu program ulung Arts for Palestin (A4P) telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama dan dokongan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Program dijalankan di perkarangan museim-museum Malaka iaitu di laluan sebuk para pelancung dalam dan luar negara diadakan selama tiga hari iaitu pada 29 Jun - 1 Julai 2012.

Program di jalankan dengan bebeapa aktiviti seperti pameran hasil-hasil seni para sukarelawan dari Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) yang diketuai pensyarahnya  En Badrul Hisham dan Politejnik Merlimau serta kolej-kolej komuniti di Kuantan. Hasil-hasil lukisan yang merupakan ekspresi seni para pelajar dan staf Politeknik telah dipamerkan dan dijual di dalam program ini. 

Pameran dan jualan produk-produk Aqsa Syarif juga turut diadakan dan menjadi tumpuan para pengunjung. Di anatra yang popular ialah jualan korma Aqsa Syarif, jualan mafla dan stickers AQSA.

Artis tempatan turut mengadakan demonstrasi lukisan dan sebahagian dari jualan beliau telah disumbangkan ketabung Palestin.

Peraduan mewarna juga diadakan dipentas utama  dan pada sebelah petang, ceramah Palestin terbuka telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan En Zairi Subuh, iaitu kedua-duanya merupakan sukaraelawan Aqsa Syarif yang baru kembali dari misi mereka ke Gaza pada bulan Mei yang lalu.

Pada awal program, bebeapa media tempatan dan nasional hadir membuat liputan dan media mengadakan temubual dengan Pengarah Muzium dan Pengarah Projek A4P, saudara Badrulhisham.



Sdr Tamer (Palestinian) bermesra dengan anak-anak yang hadir

Anak-anak menyertai pertandingan mewarna

Anak-anak menyertai pertandingan mewarna


Anak-anak menyertai pertandingan mewarna


Beberapa hasil karya seni yang dipamerkan


Artist tempatan mengdakan demonstrasi seni lukis


Pengarah PERZIM ditemubual media

Sebahagian dari hasil seni yang dipamerkan dan dijual


Hasil seni ekspresi Palestin


Berita sebelum ini bertajuk  "Arts for Palestine" di Melaka 29 Jun - 1 Julai 2012 lihat di sini

No comments:

Post a Comment