Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, July 3, 2012

Politeknik Port Dickson Anjur Expresi Gaza 2012 : Arts for Freedom – Towards The Freedom of Aqsa Mosque, Palestine


6 - 8 hb Julai 2012 : Kompleks Belia & Sukan Paroi NS

Aqsa Syarif merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberi ruang untuk bersama terlibat di dalam penganjuran program ‘Expresi Gaza 2012 – Arts for Freedom – Towards The Freedom of Aqsa Mosque’, Palestine. 
Program ini diilhamkan dan dianjurkan oleh Unit Senibina Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan. Sesungguhnya apa yang diusahakan oleh Unit Senibina Politeknik Port Dickson dan seluruh warga Politeknik adalah suatu yang mulia, terpuji dan unik. 

Pada hari Isnin 2 hb. Julai 2012 telah berlangsung sidang media di Politeknik tersebut dan pengarah Politeknik Port Dickson sendiri iaitu Yang berbahagia Majar (K) Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim dengan dibantu pengarah Ekspresi Gaza 2012, Yang Bhg. Dr Isham Shah Hassan (Pensyarah Senibina di Politeknik PD) telah membuat sidang media tersebut. Turut hadir ialah ahli pemegang amanah Aqsa Syarif, Yg. Bhg Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar. 

Program yang julung kali ini akan di adakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi Negeri sembilan. Pelbagai aktiviti yang menjurus kepada 3 tujuan utama telah dijelaskan oleh Pengarah Politiknik iaitu;
1. Menggalakkan kreativiti melalui matlamat transformasi di dalam pendidikan.
2. Menyebarkan kesedaran Palestin,
3. Mengumpu dana untuk membantu rakyat Palestin.

Tuan Pengarah juga berbangga dengan inisiatif unit Senibina yang mempunyai inisiatif murni menganjurkan program ini. Prorgam ini juga akan cuba dikembangkan untuk dilaksanakan oleh politaknikpoliteknik seluruh Malaysia.

Pelbagai acara akan dijalankan bersempena Expresi Gaza 2012 ini dan pihak Politeknik telah membuat persiapan yang pelbagai termasuk pengumpulan sumbangan-sumbangan dalam bentuk pakaian, makanan, permainan kanak-kanak dan sebagainya untuk dijual di dalam program tersebut.

Bagi pihak Aqsa syarif, pelbagai bantuan dan kerjsama akan diberikan dan Program Expresi Gaza 2012 menjadi wahana untuk mereka yang memiliki jiwa seni mengekspresi kecintaan dan pembelaannya ke atas rakyat Palestin dan Baitul Maqdis dan simbol-simbol sejarah dan agama yang sudah sekian lama terjajah dan terancam oleh tangan-tangan jahat dan rakus rejim anti kemanusiaan Zionis Israel.

Melalui penghasilan produk-produk seni, kalangan penggiat seni bolih menyatakan solidariti mereka bersama rakyat Palestin. Produk seni yang mereka hasilkan juga bolih menjadi medium untuk membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai bentuk kezaliman dan penindasan yang dideritai oleh rakyat Palestin sejak 65 tahun yang lalu. Hasil-hasil seni ini bukan sahaja dapat menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat, bahkan bolih dimiliki dan dipamerkan di ruang tamu atau di pejabat oleh peminat seni dan penderma, sekaligus menyambung usaha membina kesedaran dan kepekaan terhadap isu perjuangan pembebasan Palestin kepada segmen masyarakat yang lebih besar.
Semestinya produk seni yang mengalir dari jiwa keindahan penggiat seni ini menjadi saksi pengorbanan dan sumbangan mereka terhadap perjuangan Palestin.
Aqsa Syarif setakat ini amat serius dalam menggembeling sumbangan kepada rakyat Palestin sesuai dengan moto kami “Memperkasa Ummah Membebaskan Al-Aqsa”. Setakat ini hamper RM4 juta sumbangan rakyat Malaysia telah disalurkan kepada rakyat Palestin dalam bentuk;
a. Bantuan makanan, pakaian dan keparluan kecemasan rakyat Palestin, fakir miskin dan anak-anak yatim / syuhada’. Di anatranya seperti pakaian msim sejuk, bantun bag dan pakaian sekolah anak-anak dan ramadhan food pack.
b. Batuan Penajaan anak-anak yatim dan keluarga miskin secara bulanan. -  Kini lebih 1500 anak-anak yatim dan kelaurga miskin sudah sedang ditaja rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif.
d. Projek-projek membangun semula Gaza di dalam beberapa projek.
Sehingga kini Aqsa Syarif telah bekerjasama dengan 7 NGO di Palestin, Dua NGO di Beirut dan 4 agensi swasta dan kerajaan di dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang menyentuh empat sektor yang kritikal semenjak sekatan (blockade) terhadap gaza dan Serangan Israel yag dahsyart ke atas gaza pada 2008/09, iaitu sektor;
a. Makanan,
b. Kesihatan,
c. Pendidikan,
d. Sosio-ekonomi.

Projek-projek yang dibangunkan oleh Aqsa Syarif bertujuan untuk memperkasa rakyat Palestin dalam menjana sosio-ekonomi lestari. Setakat ini projek Aqsa Syarif yang telah Berjaya dilaksanakan termasuklah Kilang Roti persahabatan Malaysia-Palestin di Gaza (bernilai RM630,000), Projek ternakan lembu dan projek akuakultur. Selain dari itu Aqsa Syarif juga membiayai projek mikro kredit (Qardhul hasan) untuk membantu rakyat Gaza menjana pendapatan secara mapan. Aqsa Syarif juga telah memberi komitmen untuk menjayakan projek perkampungan industry Malaysia-Palestin yang dianggar menelan belanja sebanyak RM3.5 juta yang telah ditandatangani pada Mei 2012 semasa konvoi Aqsa2Gaza4 (A2G4).
Satu lagi projek yang memberi penumpuan dan manfaat secara langsung kepada kaum wanita di Palestin yang digerakkan oleh wanita Malaysia melalui Aqsa Syarif di bawah jenama R2R (Rose to Rose) ialah membina pusat komuniti wanita. Sebanyak dua pusat komuniti akan dibangunkan setiap tahun. Sebuah darinya sudah disempurnakan penyaluran dana sejumlah RM300,000 untuk bandar Rafah iaitu Projek Darul Qur’an Wa Sunnah. Untuk waktu yang terdekat ini Aqsa Syarif dengan sukacita memaklumkan satu Majlis Makan Malam Amal akan diadakan pada 14 Julai di Menara TM, Kuala Lumpur dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM500,000. Aqsa Syarif yakin dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai kaum seperti yang dibuktikan oleh penganjuran program ‘Expresi Gaza 2012’, usaha membantu rakyat Palestin. 
Aqa Syarif juga ingin memaklumkan bahawa pada Ramadhan yang bakal menjelang pada 21 Julai 2012, Aqsa Syarif telah merancang dua misi kemanusiaan bertemakan “Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif” yang akan membawa bantuan-bantuan di dalam bentuk makanan dan keperluan rakyat di dalam menjalani ibadah Ramadhan dan persediaan sambutan Aidil Fitri dan sesi persekolahan baru iaitu pada September 2012. Sekitar RM2.3 juta akan dijana dari sumabngan rakyat Malaysia bagi disalorkan untuk beberapa program dan projek termasuk;
a. Iftar Ramadhan di 15 majid di kem-kem pelarian di gaza.
b. Iftar Ramadhan di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis.
c. Ramadhan Food Pack untuk 2000 keluarga.
d. Bag dan pakaian sekolah untuk 2000 pelajar meskin dan anak-anak yatim.
e. Juga tambahan sumbangan untuk projek-projek baru dan menaiktaraf projek-projek yang sedang dijalankan oleh ngo-ngo di Palestin.

Projek ‘Expresi Gaza 2012’ ini yang akan digemblingkan oleh warga Politeknik Port dickson dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan sekolah-sekolah di sekitar Port Dickson adalah suatu yang sangat unik dan perlu mendapat sanjungan.  Dalam kata lain ‘Expresi Gaza 2012’ bukan sahaja menjadi medan untuk membina kesedaran tetapi secara tidak langsung menggambarkan betapa mendalamnya perasaan para penuntut dan staf Politeknik / institusi pendidikan terhadap perjuangan pembebasan Palestin. Semuga ramai para pengunjung akan datang membanjiri Kompleks Sukan Paroi dan dapat menikmati hasil-hasil seni dan menyertai pelagai aktiviti yang dirancang termasuk persembahan nasyid, peraduan melukis dan mewarna, demonstrasi seni dan lain-lain yang sekaligus menyumbang kepada perjuangan membela rakyat Palestin.

Di akhir sidang media, wakil Aqsa Syarif dibawa melawat ke tempat urusetia program membuat persiapan dan tempat pengumpulan barangan berkaitan program Expresi Gaza 2012.


Dr Isham Shah menerangkan kepada Sdr Tamer dan Dr Zin ditempat pengumpulan 
barangan sumbangan dari staf Politeknik dan orang ramai untuk dijual di Expresi Gaza 2012



Berbincang ringkas mengenai Program Expresi Gaza 2012 dengan Cik Hjh. Azlin bt Ismail Effendi 
Ketua Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik P.Dickson di pejabatnya.


Dr Isham Shah turut membawa Dr Zin ke bengkel tempat membuat cenderahati untuk dijual 
di Expresi Gaza 2012. Pembuatan dengan menggunakan teknologi 'laser cutter' 


No comments:

Post a Comment