Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, July 3, 2012

Abang Beca Melaka Sokong Perjuangan Palestin


Kemah program A4P sememang berada dilaluan para abang-abang beca mengambil dan menurunkan pelancung-pelancung yang pergerak dari menara merah jam di tepi pantai sungai melaka ke atas bukit di mana dataran dan kota A'Farmosa terletak.


Beberapa pengayuh beca yang mewakili salah satu persatuan telah mengunjungi gerai Aqa Syarif dan menyatakan sokongan dan berhasrat untuk memberi kerjasama pada masa hadapan. 

Beberapa rakan mereka kemudiannya datang mendapatkan mafla dan sticker untuk di letakkan di beca roda tiga masing-masing.

Perjuangan membantu rakyat palestin untuk membebaskan bumi umat Islam dan masjidil Aqsa tidak mengenal latar belakang dan lapisan masyarakat di Malaysia. Masing-masing mempunyai hasrat untuk membantu dan menyubang tenaga dan wang ringgit. Allahu Akbar..!


Berita sebelum ini bertajuk  "Arts for Palestine" di Melaka 29 Jun - 1 Julai 2012 lihat di sini

No comments:

Post a Comment