Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, July 3, 2012

A4P: Ceramah Terbuka dan Derma Untuk Palestin

Pada Sabtu 30 Jun 2012, bersempena progearm Arts for Palestin di dataran Muzium Melaka, satu sesi ceramah Palestin terbuka telah di adakan sekitar 45 minit. Dua penceramah membentangkan pengalaman msing-masing di dalam konvoi yang mereka sertai dan menyeru orang ramai untuk tampil memahami isu palestin dan membantu perjuangan pembebasan Palestin.

Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (BoT Aqsa Syarif) menekankan isu Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat. Ia perlu di lihat sebagai suatu usaha membendung kezaliman oleh rejim zionis Israel dari terus bermaharaja lela. Dr Zin memetik kata-kata aktivis UK, George Galloway yang menyatakan bahawa ketidak stabilan dunia hari ini dari segi krisis keselamatan dan peperangan adalah disebabkan dan berpunca dari ketidakamanan di Palestin yang dilakukan Israel dan ditaja oleh USA dan beberapa negara barat.

Bagi umat Islam, Dr Zin mengajak agar merasi kewajipan untuk membebaskan Baitul Maqdis dari terus dijajah oleh rejim Israel.
En Zairi Suboh (Jawatankuasa Aqsa Syarif Melaka) yang turut memberikan ceramah dari pentas khas di dataran tempat A4P dijalankan menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan denga apa jua cara kerana rakyat palestin yang sedang ditindas rejim Israel sedang memeralukan bantuan luar disebabkan serangan oleh rejim zionis pada 2008/09. Melalui usaha Aqsa Syarif, beberapa projek hasil sumbangan rakyat Malaysia telah dan sedang dijalankan di Palestin. Orang ramai diseru untuk terus membantu usaha dan perjuangan ini.



Semasa ceamah dijalankan tabung-tabung sumbangan terus menjadi tumpuan orang ramai yang lalu lalang diperkarangan Museum. 

No comments:

Post a Comment