Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, June 28, 2012

Bendera Simbol Sokongan Warga UTM & Rakyat Malaysia Di Bawa Ke Gaza




Dr Mohd Zin membentangkan bendera di satu majlis di Jabalia, bersama beliau ialah Pengurus AQSA d'GAZA (Kanan) dan Pengerusi Islamic Soc. of Jabalia (kiri)


Pada Pesta Konvokesyen UTM pada Awal Mei 2012 yang lalu aktivis Aqsa Syarif UTM telah mengadakan pameran, jualan, kempen dan kutipan dana untuk membantu Palestin.

Salah satu inisiatif para aktivis ialah menurunkan tandatangan dan kata-kata khusus untuk rakyat Palestin oleh para pengunjung yang hadir di tapak pesta Konvo UTM di atas beberapa helai kain putih yang membentuk warna dan corak bendera Palestin.

Aktivis juga menyediakan sebuah bekas untuk para pengunjung mengirim ekspressi "Love for Palestine", iaitu suatu origami kertas kecil berbentuk hati yang dituliskan di dalamnya kata-kata sokongan, semangat dan simpati dari rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.


... turut kelihatan Dr Tahir (Ahi BoT AQSA)

Majlis merai kan konvoi A2G4: Syaddurihal ilal Quds, di Gaza

Dr Mohd Zin menyerahkan "Love for Palestine" kepada ibu-ibu yang suami dan anak mereka di Penjara Israel. Menandakan sokongan dan simpati rakyat Malaysia kepada mereka.

"Love for Palestine"

From people of Malaysia ... "Love for Palestine"

Seorang anak yang dipisahkan dari bapanya ... Misi Malaysia membawa salam dalam bentuk "Love for Palestine" dan ... 




..... Coklat Aqsa Syarif untuk mereka.


Kesemua hasil kreatif tersebut telah diserahkan oleh aktivis UTM kepada ahli Board of Trustee Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar. 

Ketika misi kemanusiaan A2G4: Syaddurihal ilal Quds pada akhir Mei lalu, Dr Mohd Zin telah membawa bendera dan butiran-butiran "Love for Palestin" ke Gaza dan diserahkan kepada rakyat Gaza melalui beberapa acara khas. Di antaranya ialah diberikan kepada ibu-ibu dan anak-anak Palestin yang mana suami-suami dan ayah mereka dipenjara di dalam tanahan Israel di dalam satu majlis yang diadakan di Kementerian Hal Ehwal Tahanan.

Juga dipersembahkan di dalam majlis mera'ikan dan penyerahan bantuan makanan dan hadiah-hadiah kepada keluarga miskin di Jabalia, Utara Gaza.

Tahniah Aktivis Aqsa Syarif UTM Skudai Johor ..! Tahniah Rakyat Malaysia...!

Monday, June 25, 2012

"Arts for Palestine" di Melaka 29 Jun - 1 Julai 2012


Suatu pameran dan jualan hasil-hasil seni pelbagai bentuk seperti lukisan dan gambar foto bertemakan "Arts for Palestine" akan di adakan dari 29 Jun - 1 Julai 2012 di Dataran Memorial Kemerdekaan Bandar Hilir Melaka.

Selain dari pameran dan jualan hasil seni lukisan dan gambar-gambar Palestin yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dan rakyat Gaza, pelbagai aktiviti berkaitan Palestin turut diadakan seperti pameran, ceramah dan peraduan mewarna oleh anak-anak tadika dari sekitar bandaraya Melaka dan demonstrasi menghasilkan lukisan-lukisan menarik.

Usaha ini digerakkan oleh pensyarah beberapa Politeknik seluruh Malaysia dengan kerjasama PERZIM, Politeknik Melaka, Politeknik Negeri Sembilan, Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Aqsa Syarif.

Orang ramai dan badan-badan korporat dijemput untuk datang beramai-ramai bagi menyaksikan dan membeli hasil-hasil seni bagi hisan rumah dan pejabat-pejabat di samping membantu menjana dana untuk Palestin. Aqsa Syarif sedang merancang misi "Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif" pada bulan Ramadhan nanti dan segala hasil jualan dan sumbangan akan disalorkan bagi membantu rakyat Palestin menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri.

Maklumat lanjut sila hubungi En Badrul : 017-2444133.




















Saturday, June 23, 2012

Lampu Solar Sumbangan Rakyat Malaysia Menceriakan Keluarga di Gaza

Alhamdulillah rakyat Malaysia telah memberi kepercayaan kepada Aqsa Syarif untuk menyampaikan lebih 1,000 unit lampu berkuasa solar kepada rakyat Palestin. 

DI dalam misi kemanusiaan A2G7: Miles of Smiles yang diketuai Ir Dr Selamat Aliman (Ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif), peserta misi telah diamanahkan membawa lampu-lampu berkuasa solar tersebut.

Misi bantuan seterusnya pada bulan Ramadhan. Pastikan peluang anda membantu Palestin tidak terlepas dalam bentuk yang akan dimaklumkan tidak berama lagi.

Friday, June 22, 2012

Sukarelawan A2G4 Meninjau Inisiatif Membangun Semula Luar Bandar Semenanjung Gaza

Ketika misi Aqsa Syarif A2G4 pada akhir Mei yang lalu, Sukarelawan Aqsa Syarif berkesempatan melawat di kawasan luar bandar di bahagian utara semenanjug Gaza iaitu di daerah Jabalia dan Beithlahya. Beberapa jenis aktiviti pertanian sudah mula dijalankan oleh para petani selepas dua tahun diganggu dan dimusnahkan oleh tentera Israel yang menyerang Gaza pada akhir 2008/2009 dan menyebabkan hampir keseluruhan industri pertanian di Utara Semeanjung Gaza hampir lumpuh.

Di antara aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan para petani ialah ternakan lembu, ternakan kambing, tanaman rumput untuk makanan lembu dan tanaman pertanian seperti sayur-sayuran, buah limau, buah lemon dan zaitun. Dengan beberapa bantuan luar negara, kini beberapa projek pertanian untuk membolehkan rakyat Gaza memperolehi keperluan makanan asas yang dihasilkan dari bumi Gaza sendiri. Lebih-lebih lagi di dalam keadaan Gaza yang masih dikepung oleh rejim Israel, Gaza perlu membangunkan dan menghasilkan bahan-bahan makanan dan keperluan asas.
Aqsa Syarif telah melibatkan usaha di dalam ternakan lembu dan akan berusaha untuk beberapa projek pertanian Insya Allah bagi membantu Gaza terus berupaya menyediakan kecukupan keperluan makanan Insya Allah.

Islamic Soc. of Jabalia (ISJ) iaitu Pengurus Projek Lembu Tenusu yang ditaja rakyat Malaysia telah menyewa sebidang tanah untuk menanam rumput bagi makanan lembu.

Di tapak ternakan Lembu Tenusu rumput diproses dengan mesin pengisar bagi makanan lembu. Pendekatan ini telah menjimatkan kos makanan dengan signifikan - satu inisiatif yang inovetif.

Pengerusi ISJ, Eng AbdelRahim menerangkan ternakan kambing di sebuah ladang di Gaza

Anak-anak di pendalaman Gaza, ... membantu ayah memelihara ternakan kambing.
Dr Mohd Zin meninjau ternakan kambing di Gaza

Dr Mohd Tahir mencuba menunggang kuda di ladang ternakan

Dr Mohd Zin mencuba menunggang kuda di ladang ternakan

Dr Mohd Tahir dan Ust. Haris bersama pengusaha ternakan di ladang ternakan

Eng AbdelRahim Shehab, Pengerusi ISJ menerangkan hasil pertanian yang mula berhasil. Di belakang beliau ialah Sheikh Yakub Sulaiman - Pengarah As-Salam Society.

Eng AbdelRahem Shehab (Pengerusi ISJ) menunjukkan butiran buah zaitun yang mula membesar.

Eng AbdelRahem Shehab (Pengerusi ISJ) menerangkan projek-projek pertanian di Gaza

Salah sebuah organisasi dari negara-negara Gulf yang menaja projek pertanian

Hasil Tanaman Kontan di perkampungan di Beithlahya

Thursday, June 21, 2012

Delegasi Yayasan Al-Quds Antarabangsa Lawat Ibu Pejabat Ikram




SERI KEMBANGAN – Perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis di Palestin memerlukan usaha yang berterusan daripada umat Islam seluruh dunia. Lawatan delegasi daripada Yayasan Al-Quds Antarabangsa ke Malaysia, menunjukkan komitmen mereka meraih bantuan dan sokongan tersebut di peringkat kerajaan, pertubuhan mahupun rakyat.
Seramai 6 orang delegasi yang diketuai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Antarabangsa, Dr Mohamad Akram Adlouni tidak melepaskan peluang untuk melawat ibu pejabat Ikram, antara NGO yang terlibat dalam usaha penubuhan Yayasan Al-Quds Malaysia pada Selasa lalu. Mereka diraikan oleh Presiden Ikram, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang pernah menjadi Naib Pengerusi Penaja II bagi Yayasan Al-Quds Malaysia sejak 2010.
Turut hadir meraikan delegasi adalah Ust Wan Subki Wan Salleh (Naib Presiden Ikram), Hj Mohamad Yaakub Idris (Penolong Setiausaha Agung Ikram), Prof Dr Alauddin Mohd Ali (Bendahari Ikram), Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif), Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus (bekas Pengerusi Aqsa Syarif), dan Dr Fauziah Hassan (Ahli DPN Ikram).
Keesokannya, delegasi turut menerima sumbangan sebanyak USD30,000 (RM94,600) daripada Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) di ibu pejabat Ikram sebagai perintis dan tanda sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap perjuangan dan usaha murni Yayasan Al-Quds Antarabangsa yang dinaungi oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Sumbangan telah diserahkan secara rasmi oleh Pengerusi MyGMJ, Dr Mohd Tahir Abd Rahman kepada Mr Yassin Hammoud, Pengurus Besar Yayasan Al-Quds Antarabangsa (Palestin-Lubnan) disaksikan oleh Dr Hafidzi dan Setiausaha Agung Yayasan, Mr As'ad Harmoush serta para aktivis Aqsa Syarif Pusat. Mr Yassin melahirkan rasa syukur dan gembira atas sumbangan berterusan rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin. Beliau turut mendoakan supaya Baitul Maqdis dan Palestin akan dibebaskan suatu hari nanti, hasil sumbangan yang diberkati ini. 


Yayasan Al-Quds Antarabangsa adalah sebuah yayasan antarabangsa yang ditubuhkan bertujuan memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Lawatan rasmi yayasan ini ke Malaysia adalah bersempena dengan majlis pelancaran Yayasan Al-Quds Malaysia oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Hotel JW Marriott, Putrajaya pada Isnin lalu.

Yayasan Al-Quds Malaysia yang baru dilancarkan secara rasmi ini bertujuan untuk menyatukan semua usaha membebaskan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis, menggabungkan pelbagai parti politik dan NGO di Malaysia. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan ini adalah YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sementara Pengerusi Lembaga Pengarah yayasan dipengerusikan oleh YB Ust Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok. 
Antara matlamat penubuhan yayasan ini adalah untuk menghentikan proses pengyahudian Baitul Maqdis, membantu mengekalkan rakyat Palestin di sekitar Baitul Maqdis dan menyatukan umat Islam, dan menghantar mesej yang jelas kepada Israel bahawa Baitul Maqdis adalah milik seluruh umat Islam. Yayasan Al-Quds Malaysia adalah cawangan ke-11 bagi Yayasan Al-Quds Antarabangsa selepas Mesir, Afrika Selatan, Yaman, Lubnan, Syria dan beberapa negara lain termasuk Gaza.
Sumber: http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=664:delegasi-yayasan-al-quds-antarabangsa-lawat-ibu-pejabat-ikram&catid=54:utama&Itemid=52