Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, March 17, 2013

A2G15-AM : To Ensure Good Governance in NGO (Aqsa Syarif) Practices


Dapatkan info terkini berkenaan Misi Aqsa2Gaza 15: Misi Audit.
KLIK pautan-pautan di bawah untuk keterangan lanjut.

1. Projek Air Bersih: http://goo.gl/LoKLf
2. Masjid An-Noor El-Muhammady: http://goo.gl/8AzB5
3. Hospital Al-Wafa Gaza: http://goo.gl/SLjVD
4. Khadijah School: http://goo.gl/1JHIN
5. Sek As Solah : http://goo.gl/oKW58
6. Mengunjungi Sek As Solah Gaza: http://goo.gl/oKW58
7. Darul Qur'an Al Karim Wa Sunnah: DI SINI
8. UCAS GAZA : http://goo.gl/QwK4m
9. University Al-Aqsa : http://goo.gl/heilU
10. IUG Gaza : http://goo.gl/vpuyK
11. Serahan Tajaan Anak2 Yatim :http://goo.gl/qtKr2
12. Islamic Soc Beithlahya : http://goo.gl/tg2oy
13. Afnan Wa Aghsan: http://goo.gl/70eIa
14. Projek Lembu ke 2: http://goo.gl/Fk6NQ
15. Islamic Soc Jabalia: http://goo.gl/IokqL
16. Ternakan Ikan: http://goo.gl/WcJck
17. Kilang Roti AQSA : http://goo.gl/B8gFp
18. Emaar di Khanyounis : http://goo.gl/5rtMV
19. Sesi Khas Penerima2 Micro Credit: http://goo.gl/v0lK1
20. Gedung Farmasi: http://goo.gl/fml5p
21. Kedai Perabut: http://goo.gl/EeeZt
22. Kedai Jahitan: http://goo.gl/yN3uW
23. Pusat Jahitan EMAAR: http://goo.gl/0gnqN
24. Salam Society Gaza: http://goo.gl/bO3qy
25. Menyerahkan Tajaan Yatim: http://goo.gl/XoRsz
26. Ziarah Anak Yatim Tajaan AQSA: http://goo.gl/st6Vu
27. Dar Qur'an Wa Sunnah Rafah:http://goo.gl/oYjTL
28. Bertemu Imam-imam Muda Gaza: http://goo.gl/Xdxib
29. Rumah Yang Dibaik pulih: http://goo.gl/BCfmj
30. Multaqa Rahma: http://goo.gl/CEMt3
31. Bengkel OKU: http://goo.gl/m73ln
32. Hospital Kanak-kanak Kanser Rantissi: http://goo.gl/dz6NW
33. Solat Subuh bersama PM Palestin : http://goo.gl/TQE5v
34. Ziarah tapak rumah keluarga al-Dalu: http://goo.gl/pJrf4
35. Menziarahi Rumah As Syahid Sheikh Ahmad Yassin: http://goo.gl/mrbb2
36. Melawat Ladang Ternakan, Sayur-sayuran dan Buah-buahan: http://goo.gl/8UTyR

37. Melawat Hospital Yaffa di Deir-Al-Balah: Klik di Sini.

Update bantuan-bantuan dan projek-projek Aqsa Syarif sila lihat DI SINI.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang menyumbang,
teruskan sumbangan anda demi pembebasan Palestin! Derma Palestin atas nama AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904. Penderma antarabangsa gunakan TT & swift code Maybank ialah MBBEMYK


Lawatan susulan untuk beberapa projek di Al-Aqsa University, Gaza.

Lawatan dan mesyuarat pertama projek pembinaan Masjid An-Noor.

Lawatan & Audit di Emaar Association, Khanyounis Gaza.

Lawatan & Audit di Islamic Soc Jabalia, Gaza.

Lawatan & Audit di Salam Society, Gaza.

Wednesday, March 6, 2013

Deligasi A2G15-AM Melawat beberapa cadangan projek-projek baru

Nota: Entry ini di dalam pembinaan dan belum dilengkapkan (Harap Maaf)

1. Masjid An Noor El Muhamady
2. Penyempurnaan Pembinaan Masjid di University Al-Aqsa
3. Penyempurnaan Pembinaan Kompleks Dewan-dewan Kuliah di University Al-Aqsa.

A2G15 AM: Lawatan Hospital Al-Wafa Gaza












Hospital Al-Wafa terletak diluar bandaraya Gaza, iaitu bersempadan dengan belah timur jalur Gaza dengan tanah yang ditakluki rejim zionis Israel. Ditubuhkan oleh badan kemanusiaan, namun hospital ini mempunyai tanggungjawab yang besar kerana peranan yang telah dan sedang dimainkan bagi membantu pelbagai jenis pesakit samaada yang cedera atau sakit disebabkan serangan zionis, kemalangan mahupun ditimpa penyakit.

Keadaan di Gaza yang sekian lama dikepung dan diserang oleh zionis, hospital ini sangat mengharapkan bantuan dari luar negara untuk menampung pelbagai perbelanjaan samaada kos pembangunan mahupun pengurusan atau perubatan para pesak-pesakitnya.

Hospital ini menawarkan perkhidmatan perubatan, bimbingan kaunseling, rawatan berterusan dan program outreach (kelapangan) bagi memberikan bantuan terbaik kepada penduduk Gaza yang rata-rata tidak berkemampuan dari segi rawatan mahupun pengangkutan dan kos wad.

Aqsa Syarif menerima beberapa cadangan dan akan berusaha mengembling tenaga untuk membantu hospital ini melalui kerjasama dari oernag awam dan pelbagai pihak di Malaysia. Teruskan menyumbang ke tabung Aqsa Syarif ke akaun maybank sebagai tertera di atas.


Berita berkaitan di FB luar negara:http://www.facebook.com/activists.palestine/posts/418170251576906

A2G15 AM: Lawatan Ke Khadijah School Gaza






















Delegasi misi A2G15AM juga berkesempatan dibawa melawat Sekolah Islam Khadijah (Perempuan), yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Islam As Solah (laki-laki).

Di urus oleh NGO yang sama tetapi mempunyai pengurusan sekolah yang berasingan. Pelajar-pelajarnya juga adalah dikalangan anak-anak yatim yang terpilih serta menawarkan kurikilum yang juga komprehensif.

Kami dipersembahkan dengan nasid dan tarian Dabka iaitu tarian tradisi Palestin oleh kanak-kanak sekolah berkenaan serta dibawa melawat sekitar sekolah.

A2G15 AM: Mengunjungi Sek As Solah Gaza



















As Solah adalah sekolah anak-anak yatim yang ditubuhkan oleh NGO As Solah Association di Deir Balah Gaza.

Ia ditubuhkan sebagai usaha prihatin sekumpulan pemimpin masyarakat bagi menyantuni anak-anak yatim di Gaza. Sekolah Islam As Solah menawarkan silibus yang holistik (komprehensif) merangkumi akademik, deeniyah dan hafazan Qur'an.

Sekolah laki-laki ini menawarkan pendidikan peringkat rendah dan menengah dan menawarkan jurusan sains di peringkat menengah asas dengan penekanan juga di dalam kemahiran berbahasa Inggeris dan ICT.

Ketika deligasi A2G15 AM tiba diperkarangan sekolah pada awal pagi, para pelajar sedang mengadakan perhimpunan dan kami diberikan kesempatan untuk memberikan ucapan selepas beberapa persembahan dari para pelajar yang fasih berbahasa Inggeris.

Dr Mohd Zin yang diminta ketua misi untuk memberi ucapan memberikan sedikit semangat dan dorongan untuk cemerlang di dalam pelajaran dan di dalam membina jati diri agar berupaya menjadi tentera Allah bagi membebaskan Masjidil Aqsa. Ucapan Dr Zin di dalam bahasa Inggeris diterjemahkan salah seorang guru kebahasa arab bagi difahami oleh semua pelajar.

Terdapat beberapa cawangan sekolah seumpama ini dan sekolah AL-Solah ini mengumpulkan anak-anak yang cemerlang.


Selepas sesi bersama perhimpunan pelajar-pelajar, kami di bawa elawat ke beberapa makmal dan bilik darjah.

Berkesempatan bertemu dan berbual dengan pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah, As-Solah telah berkeupayaan menyediakan prasarana ya
ng kondusif di dalam membentuk pelajar-pelajar Yateem dengan keupayaan yang mengujakan. Beberapa pelajar begitu fasih berbahasa Inggeris, tambahan pula bila beliau membentangkan persembahan berhubung isu pembebasan Al-Aqsa, jelas menggambarkan fikrah yang dimiliki juga jelas dan penuh keyakinan.

Kami yakin bahawa masa hadapan Palestin begitu cerah dengan generasi yang hebat di dalam pelbagai aspek.

Namun begitu, beebrapa kemudahan asas dan tambahan bagi meningkatkan peluang pembelajaran yang lebih sempurna masih diperlukan disekolah ini. Di antaranya ialah keperluan komputer dan makmal sains. Perbincangan lanjut akan dilakukan bagi Aqsa Syarif membantu sekolah ini.

Orang ramai terus diseru untuk menghulurkan sumbangan melalui tabung Aqsa Syarif.