Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, November 15, 2012

“A2G EMERGENCY RELIEF - Selamatkan Kanak-kanak Gaza dari Israel Pembunuh..!”


Aqsa Syarif bertindak tangkas selepas mendapat makluman dari 'local partner' di Gaza mengenai serangan bertubi-tubi tentera zalim zionis Israel ke atas Gaza sehingga menyebabkan kematian / syahid menghampiri 20 orang dan kecederaan menghampiri 160 orang. Antara tindakan segera ialah melanarkan kempen khas
“A2G EMERGENCY RELIEF - Selamatkan Kanak-kanak Gaza dari Israel Pembunuh..!”

Tabung khas kecemasan di atas diwujudkan setelah wakil Aqsa Syarif di Gaza, Eng AbdelRahem Shehab dari Jabalia menghantar kertas cadangan khas bagi menangani musibah yang sedang menimpa rakyat Gaza disebabkan serangan rejim Israel. Antara bantuan segera yang diperlukan adalah:   
a) Makanan asas
b) Ubat 
c) Pakaian sejuk dan selimut
d) Pembiayaan rawatan di hospital Mesir bagi yang  cedera parah
e) Pembiayaan kos baik pulih rumah-rumah yang musnah 

Aqsa Syarif mensasarkan sejumlah RM1juta untuk diperolehi dari para penderma dan penyumbang dikalangan rakyat Malaysia, agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun sesiapa jua yag prihatin terhadap penderitaan rakyat Gaza.

Pada awal pagi ini, pihak ibu pejabat Aqsa Syarif yang juga membuka bilik gerakan kecemasan bagi membantu rakyat Gaza telah menerima pelbagai berita sedih dan gembira.

Berita sedih ialah semakin ramai bilangan rakyat dan kanak-kanak yang terkorban oleh serangan biadab dan tidak berhati perut tentera zionis yang disasarkan antara lain di rumah kediaman dan masjid.

Berikut maklumat di terima dari wakil Aqsa Syarif di Gaza;

16 shahid till now (half of the dead people from the children, elders...).
150 injured
80 houses destroyed  totally and partials
a lot of headquarter of Government destroyed
2 mosque partially damage

Berita gembira yang diterima ialah para sukarelawan kemanusiaan mewakili Aqsa Syarif sudah mulai mengedarkan barang-barang makanan kepada penduduk yang terjejas teruk dengan serangan biadap zionis. Penduduk Gaza terpaksa berlindung di rumah masing-masing kerana bahaya peluru dan bom yang digugurkan oleh tentera Israel tanpa mengira masa dan tempat.

Para wakil Aqsa Syarif mengadai nyawa pergi ke rumah-rumah mangsa dan menyampaikan bantuan. Berikut adalah maklumat dari wakil Aqsa Syarif di Gaza yang melaporkan gerak kerja bantuan:
Our team are working very hard... since u approve the proposal.
I instructed the team of work and the supplier... they are working under the fire... Now they are distributing the food package in Bait Lahia "in very complex and high risky conditions"... I call them every time and inform them that u are MUJAHIDIN now... because the Mujahidin are protect us on the boarder.. and u protect the needy people and service them inside there houses.

Aqsa Syarif yang sememang memiliki bebeapa 'local partners' yang merupakan badan-badan kemanusiaan dan NGO sentiasa berhubung dan menghantar bantuan. Mereka sudah mengenali Aqsa Syarif dan sedia berkhidmat apabila Aqsa Syarif menghantar bantuan-bantuan ke Gaza.

Rakyat Malaysia kini tidak lagi bimbang akan bentuk sumbangan yang mereka berikan. Melalui hubungan yang sedia wujud, sumbangan rakyat Malaysia yang disalorkan melalui Aqsa Syarif akan segera dihantar dan sampai kerumah-rumah dan tangan yang sememang sangat-sangat memerlukan di Palestin.

Teruskan menyumbang ke tabung A2G Emergency Relief 4 Gaza: AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904  


KENYATAAN MEDIA AQSA SYARIF BERHAD



Khamis, 15 November 12 

RAKYAT GAZA SAMBUT MUHARRAM DENGAN BOM ISRAEL LAKNATULLAH 

1. Lazimnya, dunia akan menyambut Tahun Baru penuh kegembiraan dengan percikan bunga api dan azam baru masing-masing. 

2. Semalam di Gaza, rakyatnya diberi sambutan tahun baru Hijrah 1434 dengan bom dan peluru berpandu Israel laklnatullah. Telah gugur syahid komander Briged al-Qassam, Ahmed Ja’bari dan anaknya ketika sedang memandu kereta setelah dibedil peluru berpandu Israel. Seperti biasa pihak Zionis mempertahankan tindakan biadap kebinatangan mereka dengan hujah memelihara keselamatan rakyat mereka dari serangan ‘pengganas’ Palestin. Serangan tersebut diikuti pula dengan sokongan oleh negara-negara yang tidak berprinsip, khususnya Amerika. 

3. Jurucakap pertahanan Israel mengakui bahawa Ahmed Ja’bari adalah sasaran operasi mereka kali ini dan beberapa lagi pemimpin HAMAS, termasuk PM Ismail Haniyeh. Setakat ini 55 serangan udara Israel telah dilancarkan dalam operasi yang mereka gelar “Pillar/Column of Defence” atau “Pillar of Cloud”. Mereka juga sedang merancang operasi darat dalam masa terdekat, sebagai usaha memusnahkan kekuatan Palestin di Gaza. 

4. Serangan kali ini bermula dari pembunuhan seorang anak Palestin 13 tahun yang sedang 
bermain bola di Khan Younis oleh askar Yahudi yang mencerobohi masuk sempadan Gaza. 
Sehingga kenyataan media ini ditulis, 15 penduduk Gaza telah syahid, termasuk kanak-kanak berumur diantara 11 bulan hingga 13 tahun. 50 orang mengalami kecederaan dan ramai mendapat kecacatan kekal. 30 buah rumah dan bangunan telah musnah. 

5. Tanpa berselindung, pemimpin Israel telah menyatakan hasrat mereka untuk menghapus 
lenyapkan rakyat Palestin dari muka bumi Palestine. Mereka menghukum rakyat awam. Mereka sengaja mensasarkan kanak-kanak untuk mempastikan tiada generasi pengganti pejuang Palestin. 

Sebagai NGO yang khusus mengikuti perkembangan di Palestine, Aqsa Syarif: 

1. Menyokong dan memuji tindakan tegas Presiden Mesir Dr. Morsi mengusir keluar duta Israel dari Mesir dan memanggil pulang dutanya di Tel Aviv. 
2. Mendesak OIC dan PBB mengambil tindakan ke atas rejim Zionis yang membunuh orang 
awam, dan melakukan sesuatu terhadap kesejahteraan rakyat Palestine di Gaza. 
3. Mengutuk Presiden Amerika Obama dengan kenyataan berat sebelah mengiktiraf tindakan Israel melakukan serangan bersenjata ke atas Gaza sebagai mempertahan diri, sebaliknya  beliau telah mengutuk Gaza kerana melancarkan roket ke selatan Israel. 
4. Memohon laknat ke atas regim Israel kerana menjadikan serangan ini sebagai satu usaha 
politik melonjakkan sokongan menjelang pilihanraya Januari 2013. 

Sebagai NGO yang aktiviti utamanya menyalur bantuan kepada rakyat Palestin, Aqsa Syarif: 

1. Akan menggerakkan kempen “A2G EMERGENCY RELIEF - Selamatkan Kanak-kanak Gaza”  untuk membantu meringankan beban rakyat Palestine yang berada dalam darurat. Aqsa Syarif mensasarkan kutipan sumbangan RM1juta dalam masa beberapa minggu ini untuk di hantar segera ke Palestine. 

2. Telah menetapkan sumbangan permulaan RM300 ribu dari Tabung Palestine yang sedia ada untuk dikirim dengan serta merta. Kelab Ikram Malaysia dan Aqsa Syarif Mesir juga sudah berada dalam keadaan siap-sedia untuk melaksanakan apa juga yang perlu. 

3. Aqsa Syarif menyeru syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk sama-sama menyalurkan CSR mereka kepada masyarakat sejagat  

4. Aqsa Syarif menyeru semua rakyat Malaysia bersedia membuat sumbangan mereka melalui akaun-akaun AQSA SYATRIF BERHAD seperti berikut:  
Maybank Islamic: 5515 7500 4299  
Bank Islam: 12 092 01 003490 4 

Antara bantuan segera yang diperlukan adalah: 
a) Makanan asas 
b) Ubat  
c) Pakaian sejuk dan selimut 
d) Pembiayaan rawatan di hospital Mesir bagi yang  cedera parah 
e) Pembiayaan kos baik pulih rumah-rumah yang musnah 

5. Mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama turun menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Gaza, seperti berikut :
• Tempat : Masjid Tabung Haji , bergerak ke Kedutaan Amerika
• Tarikh : 16 November 2012 (Jumaat)
• Waktu : Selepas Solat Jumaat

-MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA-

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
PengerusiAqsa Syarif Berhad




Keganasan Zionis Menjelang Awal Muharram


Awal Muharram 1434. Hari bermulanya tahun baru Hijrah. Namun hari ini bukannya hari ceria. Kita dikejutkan dengan berita serangan mendadak regim Zionis ke atas Gaza. Lagi. Yang disasarkan ialah Ahmad al-Jabari, Komandan Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera Hamas. Keretanya telah dibom daripada pesawat terbang sambil beliau dan pembantunya bergerak di Kota Gaza.
  

Namun bukan beliau sahaja yang menjadi sasaran. Sehingga kini serangan ke atas seluruh Gaza dari utara ke selatan berlaku bertubi-tubi, baik oleh pesawat terbang maupun daripada kapal perang yang berlabuh di Laut Mediterranean. Mereka menembak dari jauh. Sehingga kini seramai sebelas orang Palestin telah syahid, termasuk seorang bayi berusia 11 bulan dan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun. Lebih seratus orang dilaporkan cedera, ramai yang parah, selain daripada kerosakan terhadap bangunan dan kemudahan awam.

Regim Zionis belum menunjukkan rasa puas. Tanda-tanda nyatakan menampakkan mereka mahu terus membelasah, meningkatkan lagi keganasan ke atas orang awam. Pesawat udara Zionis dikhabarkan menaburkan risalah di Utara Gaza memaklumkan mereka akan turuti pula dengan serangan darat dalam masa singkat.

Jurucakap Presiden Amerika sekali lagi mengulang-ulangi bahawa tindakan regim Zionis tersebut suatu yang berpatutan, bahawa mereka hanya "mempertahankan diri" daripada serangan roket pejuang Palestin. Namun apakah yang diharapkan daripada Rumah Putih yang memang sudah dibelenggu puak Zionis yang menguasai tapak-tapak kuasa di Washington? Beranikah Presiden Amerika berkata sebaliknya, Obama atau tidak?
  

Namun hakikatnya, bagi yang meneliti peristiwa-peristiwa terakhir yang membawa kepada kejadian kelmarin, nyatalah bahawa yang dizalimilah yang akan dilakarkan sebagai pesalah oleh media Barat. Rentetan apa yang berlaku, bermula pada 8 November apabila tentera Zionis menceroboh memasuki Gaza hampir dengan Khan Younis, membunuh Ahmad Abu Dhakka, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun, yang sedang bermain bola [1].
 
Dua hari kemudian pejuang-pejuang Palestin menyerang patrol tentera Zionis yang mengepung Gaza, dan pihak regim merespon dengan menyerang perjiranan awam di Gaza, membunuh 4 orang awam termasuk 2 orang kanak-kanak yang juga sedang bermain bola. Seolah-olah remaja-remaja yang bermain bola merupakan ancaman yang serius kepada keselamatan negara Zionis itu. Seterusnya berlakulah saling balas-membalas serangan di antara kedua belah pihak.
  
Walau bagaimanapun dalam 24 jam sebelum peristiwa terakhir ini, telah berlaku pengenduran keganasan daripada kedua-dua belah pihak, berikutan usaha-usaha gencatan senjata yang diaturkan oleh Mesir. Namun pihak Zionis sengaja menghancurkan suasana sepi tersebut dengan serangan ke atas al-Jabari dan yang lain secara besar-besaran.
  
  
Ini menimbulkan pertanyaan, apakah yang dikehendaki oleh pihak regim pendudukan haram tersebut dengan meningkatkan kembali keganasan ini? Jawapannya mudah sahaja. Pihak Zionis akan mengadakan pilihanraya tidak lama lagi. Perdana Menteri Netanyahu ingin sekali untuk menunjukkan "kejantanannya" di kalangan puak-puak sayap kanan yang gila-perang, bahawa hanya dialah yang mampu memberikan "keselamatan" kepada bangsa Yahudi tersebut.
  
Pembantaian di Gaza telah pernah menjadi strategi pilihanraya sebelum ini. Dalam tahun 2008-2009 gandingan Tzipi Livini dan Ehud Barak serta Olmert membunuh 1,400 warga awam Palestin di Gaza sebelum pilihanraya juga [2]. Namun Netanyahu lupa, mereka kecundang dalam pilihanraya tersebut. Mungkin perkiraannya kali ini, 1,400 belum cukup, malah perlukan lebih nyawa Palestin. 3,000? 5,000? Apapun, nyata nyawa orang Palestin terlalu murah untuk dipertaruhkan bagi kepentingan peribadi beliau agar dapat terus kekal sebagai Perdana Menteri!


Satu lagi perspektif yang merisaukan regim Zionis tersebut ialah suasana "normal" yang sebelum ini wujud di Gaza telah mengundang dokongan negara-negara Islam yang bersimpati, terutamanya setelah berlakunya perubahan pemerintahan di Mesir. Sekatan di Rafah sudah hampir tidak berkuatkuasa lagi, dan pemimpin-pemimpin Hamas dari Gaza bebas keluar masuk untuk berhubung dengan dunia luar secara bersemuka peribadi. Lebih menggawatkan, Amir Qatar pula telah "berani" untuk datang bertandang sendiri ke Gaza baru-baru ini, membawa bersamanya ratusan juta dolar bantuan pembangunan. Sekiranya ini dibiarkan tentunya Gaza akan berkembang maju, serta bebas daripada orbit Pihak Berkuasa Palestin di bawah Abu Mazen (Mahmud Abbas) yang lebih mesra-Zionis.

Pertimbangan-pertimbangan lain termasuk menguji "kesetiaan" Presiden Obama yang baru dipilih semula untuk penggal kedua, dan tidak perlu pula untuk risau dipilih lagi. Apakah beliau akan bertindak lebih bebas menurut kata hati kecil (conscience)nya kali ini? Atau apakah mereka mahu menolak Presiden Mursi, yang berasal dari Ikhwan Muslimin, di Mesir ke suatu sudut, mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai banyak ruang bergerak secara realistik, memandangkan permasalahan ekonomi dan politik yang gawat di Mesir?
  
Setakat ini cuma Mesir dikhabarkan sudah mengambil tindakan bagi pihak Palestin. Presiden Mursi telahpun memanggil pulang Dutanya ke Tel Aviv ekoran krisis tersebut. Sidang Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dikatakan telah dipanggil, tetapi ada laporan juga mengatakan ia dibatalkan. Apapun, pastinya Amerika akan segera memveto sebarang tekanan ke atas sekutunya yang tersesar tersebut.


Apapun, tekanan ke atas regim Zionis hendaklah diteruskan dan ditingkatkan, supaya mereka tidak berbuat sesuka hati mereka sahaja ke atas Gaza. Pencinta-pencinta keadilan dan kedamaian di mana sahaja berada haruslah lakukan apa yang perlu untuk pastikan ini berlaku. Isu ini bukannya "isu mereka (orang Palestin)" sahaja. Kempen-kempen hendaklah dipertingkatkan di merata dunia, termasuk di tanahair kita di Malaysia ini. Kerajaan hendaklah didesak untuk mengambil tindakan bermakna, menyatakan keprihatinan kita terhadap krisis ini dan kesannya terhadap penduduk Gaza.
  
Pendustaan maklumat dalam media dan minda masyarakat hendaklah segera dibersihkan. Setiap orang daripada mana jua sudut, latarbelakang dan perspektif politik harus mainkan peranan masing-masing. Perkara ini menjadi lebih penting bagi umat Islam, yang memang sepatutnya tahu apakah kebenaran, keadilan dan hakikat di Palestin dan di al-Quds. Mesej ini hendaklah nyata kepada dunia, dan sampai kepada regim Zionis dan pendokongnya di Rumah Putih.
  
Ainullotfi al-Fikri
Skudai
1 Muharram 1434H 
  
  
Rujukan:
[1] Wawancara Aljazeera dengan Ali Abunimah (Electronic Intifadah), http://www.youtube.com/watch?v=1vUUgCptqpw&feature=g-high-u.
[2] Ahmad Moor, "Israeli elections .. and death in Gaza", Mondoweiss, The War of Ideas in the Middle East, 14 November 2012, http://mondoweiss.net/2012/11/israeli-elections-and-death-in-gaza.html.

Monday, November 5, 2012

Gaza DiSerang Lagi & Ramai Syahid





Berita baru diterima dari sahabat di Gaza ... "So bad akhie attack in every where" ... Sama-sama kita do'akan Allah melindungi saudara-saudara kita di Gaza. Pemimpin utama tentera Hamas di Gaza ditakdirkan Allah telah Syahid di dalam mempertahankan bumi ummat Islam. Beliau di bom dari udara oleh roket Israel ketika berada di dalam kenderaan di Gaza City. Syurga milik as Syahid Ahmed al-Jabari Insya Allah.
Ketika kami berhubung melalui FB tiba-tiba talian terputus kemudian sahabat di Gaza mengatakan bahawa Israel akan memutuskan hubungan internet. Lantas kami bertambah cemas dan menghubungi dengan telefon. Kini kita di Malaysia masih dapat mengikuti perkembangan dan berita menganai apa yang berlaku di Gaza. Kami juga dapat berbincang bagaimana bantuan kemanusiaan kami akan dapat salorkan.

Selepas Aqsa Syarif berjaya beebrapa kali ke Gaza, mulai 21 Oktober 2010 ketika Global land Convoy ke 5, Alhamdulillah kami sentiasa mengikuti perkembangan dan mempunyai wakil di Gaza bagi menguruskan projek-projek bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan oleh badan-badan kemanusiaan di Gaza.

Dengan serangan terkini 1 Muharam 1434 ini, Aqsa Syarif segera berbincang dengan wakil kami di Gaza dan kamis edang menyusun misi bantuan segera bagi memastikan rakyat Gaza disantuni. Kertas ekrja sudah diperolehi melalui e.mail dari wakil AQSA di Gaza dan bantuan akan disalorkan hari ini atau esok Insya Allah.

Fokus bantuan ialah bagi mengedarkan mekanan kepada 1000 penduduk yang terjejas dengan serangan langsung dari tentera zalim zionis. Kedua ialah untuk memberikan bantuan perubatan kepada penduduk yang dicedeakan oleh serangan senjata tentera zionis.

Kezaliman rejim zionis yang kejam lagi tidak berhati perut itu bukan sahaja membunuh pemimpin dan pegawai Hamas yang sah dipilih oleh rakyat Palestin, juga telah membunuh kanak-kanak dan orang awam serta memusnahkan hartabenda dan tempat kediaman.

________
Permulaan serangan adalah pembunuhan kanak-kanak Hameed di Khanyounis yang dibunuh Israel: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=yCN20S67gDQ#!

Ceramah Palestin di Beijing


Pengalaman menarik. Tak sangka dapat bertamu pelajar-pelajar Malaysia di Beijing. Memang tak pernah jumpa mereka. Ketika saya di Datong menghadiri persidangan dan bengkel Solar Decathlon China 2013 saya mendapat message PIC pelajar di Beijing, langsung berhubung dengan sms. On the way back dari SDChina di Datong, bermalam di Beijin
g, selepas solat Asar di Masjid Qianmen, sempat beli sehelai dua oleh-oleh untuk anak, terus rombongan kami check-in hotel DaysInn Forbidden City, Beijing. Rakan-rakan menyambung shopping, namun dua pelajar dah tunggu di lobby hotel dan terus bergegas ke surau asrama Beijing Foreign Studies University. Anak-anak dah menunggu ... nak dengar pengalaman menyertai misi-misi ke Palestin / Gaza dan aktiviti bantuan Aqsa Syarif di Palestin. Alhamdulillah hampir dua jam bersembang secara santai dan beberapa soalan diajukan para pelajar laki-laki dan perempuan. Mereka semua belajar bahasa China. Bertuah mereka dapat kuasai sekurang-kurang 3 bahasa. 

Mereka pula aktif dengan aktiviti ko-kurrikulum, menambah kemahiran insaniah dan melengkapkan diri dalam dakwah dan tarbiyah. Tahniah kepada para murabbi yang membimbing mereka. Tahniah anak-anak ku yang ku sayangi. Hampir saya membatalkan flight balik ke KL. Kerana rasa tak puas berkenalan dan bermuayasah dengan antum semua. Semoga bertemu dilain kesempatan.
Balik di rumah anak-anak excited bila dengar abah jumpa para 'film maker' dan 'pelakun-pelakun' kegemaran remaja Malaysia dan seluruh dunia. Nak tahu ... MEREKA ADALAH PRODUCER DAN PELAKO FILM PENDEK TOMATO 1.0 & TOMATO 2.0, JUGA FILEM YANG SEDANG MELETUP - THE CRIMINAL.
Allahu Akbar Walillahilhamd.


ini link yang anal-anak saya berikan. Jom tonton...




Saturday, October 13, 2012

Rakyat Malaysia Menaja Majlis Berbuka Puasa di Masjidil Aqsa Melalui Aqsa Syarif

Alhamdulillah sejumlah 1000 pack juadah berbuka puasa dengan nilai RM50.00 setiap pack telah berjaya ditaja oleh rakyat Malaysia melalui sumbangan dan tajaan khas berbuka puasa di Masjdil Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis.









Aqsa Syarif di dalam program "Ramadhan bersama Aqsa Syarif di Palestin" telah mendapat kerjasama yang sangat memberangsangkan oleh rakyat Malaysia melalui aktivis-aktivis Aqsa Syarif yang bertungkus lumus menjana dana dan membuat kutipan. Kutipan telah di lakukan di seluruh Malaysia melalui masjid-masjid, surau-surau, pejabat-pejabat dan termasuk di pasar-pasar dan bazar ramadhan. Para pelajar di luar negara seperti di England, Rusia, Mesir dan Jepun turut menjalankan aktiviti kutipan derma dan tajaan Ramadhan 1433.

Hasil dari pengemblingan tenaga dan sokongan rakyat Malaysia khusunya, pada tahun ini sejumlah 1000 pack juadah berbuka puasa yang secara purata dinikmati oleh 4000 umat Islam di Baitul Maqdis telah berjaya dilaksanakan.

Oleh kerana pihak Aqsa Syarif belum lagi mempunyai rancangan untuk ke Masjidil Aqsa, sesuai dengan fatwa Sheikh Yusof Al-Quardhawi yang tidak membolehkan umat Islam di luar Palestin pergi ke Baitul Maqdis pada ketika ini disebabkan akan membantu industri pelancungan Israel dan sekali gus mereka menggunakan hasil tersebut untuk menekan rakyat Palestin, Aqsa Syarif menggunakan laluan di Gaza bagi menyalurkan sumbangan berbuka puasa tersebut. Melalui pejabat Aqsa Syarif di Gaza dan institusi badan kemanusiaan di Gaza, Aqsa Syarif berjaya menyalurkan sejumlah RM50,000.00 untuk tujuan di atas. Projek ini di salorkan kepada Az-Zakah Committee of Jerusalem di Baitul Maqdis.

Pada awal minggu lalu, ibu Pejabat Aqsa Syarif telah menerima laporan lengkap mengenai program iftar sumbangan rakyat Malaysia di Masjidil Aqsa. Berikut disertakan beberapa keping gambar untuk penelitian. Tahniah dan Insya ALlah Aqsa Syarif berhasrat meneruskan penajaan iftar di Masjidil Aqsa pada masa-masa akan datang.

Thursday, October 11, 2012

Retreat BoT AQSA: Memperkemas & Memperkasa organisasi

Alhamdulillah, kesemua ahli Board of Trustee (BoT) Aqsa Syarif (AQSA) berkampung di Kolej Komuniti Negeri Sembilan selama sehari pada 11 Okt 2012 bagi menjalankan retreat pentadbiran organisasi.


Pelbagai isu berkaitan organisasi, pentadbiran, skop AQSA dan pelaksanaan pelbagai aktiviti, program dan projek-projek AQSA disemak dan dibincang bagi tujuan mengemaskan perjalanan dan pelaksanaan.

Perjalanan dua setengah tahun AQSA disemak dan keseluruhan pencapaian AQSA sangat membanggkan sama ada di peringakat nasional mahupun antarabangsa melalui penglibatan aktif ahli-ahli BoT, pegawai-pegawai di ibu pejabat mahupun pengurus-pengurus dan ketua-ketua diperingkat negeri dan daerah serta para aktivis di pelbagai peringkat seperti di IPT dalam dan luar negara.

Melalui pengemblingan tenaga dan pemerkasaan ummah, kini lebih RM5juta telah disalurkan oleh AQSA kepada rakyat Palestin melaui pelbagai program dan projek  kemanusiaan. AQSA sudah dikenali dengan pendekatan mewujud dan membangunkan projek-projek penyediaan makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi di Palestin. Di antara yang menonjol ialah projek kilang roti, projek ternakan lembu, projek tajaan anak yatim dan mikro kredit. Pada tahun 2012, lebih banyak projek diteroka. Kini AQSA mempunyai lebih 30 projek dan program di Palestin khususnya di Gaza (Lihat di SINI).

Penghantaran misi-misi kemanusiaan ke Gaza juga menjadi perhatian media utama negara dan sering diterbitkan di dalam pelnagai segmen berita dan laporan khas sama ada di media TV mahupun akhbar serta majalah-majalah (Lihat di SINI).

Terima kasih kepada semua pihak dan khususnya para penderma, penaja dan penyumbang. Aqsa Syarif akan terus komited untuk "memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa" sehingga Palestin sebagai bumi ambiya' dan rakyatnya terbela dan dapat dibebaskan dri cengkaman rejim zionis yang zalim.