Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, September 15, 2012

Zon panas Beit Hanoun


Rencana dan gambar SITI AINIZA KAMSARI



PEMANDANGAN dari persimpangan yang mana jalan kiri menuju ke Israel manakala kanan merupakan jalan masuk ke Beit Hanoun.
SAAT berkira-kira hendak melepaskan letih dan lelah selepas berpanas dan bersesak-sesak menyampaikan bantuan pek Ramadan kepada penduduk miskin di Beit Lahiye, semua anggota misi bagai tersentak apabila diberitahu bahawa destinasi seterusnya untuk kami 'kunjungi' ialah Beit Hanoun.
"Syahidlah kita! Syahidlah kita!" keluh jurugambar sambilan TV3, Roslan Zainal Abidin yang turut sama membuat liputan misi Aqsasyarif di Gaza baru-baru ini.
Manakan tidak, sudahlah tekak kering kerana berpuasa, bertambah kering apabila mengenangkan Beit Hanoun, yang merupakan sebuah lagi kawasan 'panas' yang bila-bila masa sahaja boleh disergah oleh tentera Zionis Israel.
Walaupun Beit Lahiye berada lebih hampir dengan sempadan Israel, tetapi Beit Hanoun merupakan jalan darat utama dan pertama bagi pihak Israel menceroboh masuk ke Gaza.
Iaitu terletak kira-kira enam kilometer dari Sderot, sebuah pekan terdekat di Israel.
Dari aspek sejarah Beit Hanoun mengambil sempena nama seorang raja yang pernah memerintah Palestin, iaitu Hanoun yang berjaya mengalah dan mengusir keluar kaum Syria pada abad kelapan Sebelum Masihi.
Pahlawan Islam terkenal, Salahuddin Al Ayyubi pula berjaya mengalahkan tentera Salib di medan tempur Bukit Umm Nasser, di bahagian barat Beit Hanoun. Sehingga kini Masjid Umm Al Nasser (Masjid Ibu Kepada Segala Kemenangan) yang dibina sempena kemenangan itu masih terdapat di Beit Hanoun.
Namun dunia sama sekali tidak akan melupakan kekejaman Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Beit Hanoun pada November 2006.
Seramai 19 orang mati dan 40 lagi cedera apabila Beit Hanoun diceroboh dan mangsa diserang atas alasan sebagai membalas tembakan roket Hamas yang menghala ke Israel.
Sebulan selepas itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Paderi Anglican terkenal, Archbishop Desmond Tutu ke Beit Hanoun bagi menyiasat kejadian ini.
Namun Israel langsung tidak memberikan kerjasama dengan tidak membenarkan Tutu memasuki Gaza melalui Tel Aviv.
Sehinggalah pada tahun 2008, baharulah Israel membenarkan Tutu masuk untuk ke Bein Hanoun.
Maka ini memberikan jawapan mengapa sehingga hari ini Tutu, adalah antara aktivis terkenal dunia yang lantang dan kuat menentang penjajahan Israel.
Salah seorang anggota Misi yang juga merupakan Pegawai Operasi Aqsasyarif Johor, Rofazlin Jusoh berkata pengalaman berada di Beit Hanoun tidak akan beliau lupakan terutama apabila mengingatkan kata-kata yang terdapat pada sebuah pintu gerbang dengan membawakan mesej yang cukup bermakna dan cukup jelas.
"Pintu gerbang tersebut memberitahu kita bahawa Beit Hanoun merupakan sempadan yang memisahkan antara negara haram, Israel dengan negara halal, Palestin!
"Sememangnya ia satu kenyataan dan kebenaran yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun dan negara haram tidak sepatutnya wujud di muka bumi ini" katanya.
Akhirnya anggota rombongan sampai di penghujung jalan yang terletak hanya 500 meter sahaja dari Israel.
Pada pandangan mata, lokasi tersebut tidak ada apa yang istimewanya. Tidak ada sebarang batu tanda atau papan tanda, kecuali dijadikan tempat longgokan dan pembuangan sampah yang besar oleh penduduk Gaza.
Beberapa ekor anjing dan keldai liar kelihatan berkeliaran dan menguis sampah di situ.
Benar bukan satu pemandangan yang menarik untuk dinikmati.
"Ia sebagai tanda hanya sampah sahaja yang layak untuk diberi kepada Israel," kata Rofazlin.
Jika berani ke hadapan maka anda bersedia untuk berhadapan dengan anggota tentera Israel yang berjaga dan berkawal di sebuah pintu sempadan Israel-Beit Hanoun.
Tetapi di pintu sempadan itulah, lazimnya menjadi lokasi penting untuk membawa masuk mana-mana penduduk Gaza yang ditahan oleh Israel. Di pintu masuk itulah juga tahanan Palestin dibebaskan.
Dapat dilihat dengan jelas struktur bagai ular putih yang melingkar iaitu binaan tembok tinggi bercat putih yang panjang melingkari bagi memisahkan antara Israel dan Gaza.
Tetapi jika anda menghala pandangan ke ruang udara Israel pula, terdapat belon-belon bersaiz besar yang di dalamnya terdapat kamera canggih yang didakwa oleh Israel untuk tujuan keselamatan.
Sebenarnya ia untuk memerhati dan mengawasi setiap gerak geri penduduk Gaza yang dikatakan dapat menangkap imej dan gambar sehingga ke selatan Gaza.
Ini termasuklah pergerakan anggota Misi Aqsa2Syarif8 yang sedang berada di sempadan Israel!
"Saya juga difahamkan masih terdapat penduduk jati Palestin yang masih menetap di Ashqelon, berdekatan dengan sempadan ini yang kebanyakan mereka sebelum ini merupakan para petani yang mengusahakan pelbagai jenis pokok buah-buahan dan tanaman lain," katanya.
Malangnya kini kerajaan Israel mengharamkan mereka dari melakukan sebarang aktiviti pertanian di tanah mereka sendiri.
Alasannya, Israel tidak mahu tanaman tersebut walaupun serendah mana pokok itu bakal membesar akan membolehkan para pejuang Palestin menyelinap atau menyorok di celah-celah pokok tersebut untuk menyerang kedudukan Israel.
"Memang alasan tidak masuk akal tetapi peraturan seperti ini benar-benar menyusahkan para petani Palestin yang menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.
"Ada tanah yang luas tetapi tidak boleh diusahakan sebagai sumber pendapatan. Wajarkah?" kata Rofazlin.
Disebabkan rasa kurang senang untuk berada lebih lama di sempadan Israel itu, lalu anggota rombongan mahu segera kembali ke Bandar Gaza.

Diceduk dari: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120914/re_10/Zon-panas-Beit-Hanoun


Kekejaman zionis jadi tugu Gaza


(Di petik dari Utusan On-line 14 Sept 2012)

Rencana dan gambar SITI AINIZA KAMSARI


GAZA memang diketahui umum merupakan wilayah Islam yang sering menjadi mangsa serangan dan tekanan rejim Zionis Israel dalam usaha mereka untuk menakluk dan menguasai seluruh negara Palestin.
Tetapi seperkara yang anda perlu tahu perkataan atau nama Gaza itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Hebrew, bahasa Yahudi kuno - iaitu Azaz yang bermakna kuat.
Ada juga yang mengatakan Gaza berasal dari perkataan Mesir purba iaitu Ghazzat atau Bandar Anugerah.
Manakala bangsa Arab pula mendakwa perkataan Gaza itu merujuk kepada Ghazzat Hashim, iaitu penghormatan kepada keturunan nenek moyang Nabi Muhammad SAW yang dipercayai kubur mereka terdapat di Bandar Gaza. Bukan sekadar sukar mempercayai bahawa nama Gaza itu ada kaitan dengan bahasa Yahudi, namun menjejakkan kaki ke bumi Gaza baru-baru ini juga boleh diibaratkan seperti bermimpi. Sebaik melepasi pintu sempadan Mesir-Rafah dan keluar dari Kompleks Kastam dan Imigresen Palestin, saya ‘disambut’ oleh satu pemandangan objek ngeri yang membuatkan jantung bagai tersentak dan perut menjadi kecut.
Realiti Gaza yang sebelum ini hanya diikuti melalui media kini terbentang di depan mata.
Dihalang pagar kawat besi, kelihatan sebuah bangunan dua tingkat yang tinggal terbiar dengan tiang-tiang dan dindingnya dipenuhi kesan-kesan tembakan hingga meninggalkan lubang kecil dan besar di sana-sini.
Ia lambang kesengsaraan Gaza. Bukti kerakusan dan keganasan tentera rejim Israel terhadap penduduknya. Bangunan usang itu kini seolah-olah menjadi tugu yang cukup simbolik bagi menyambut kehadiran tetamu yang buat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Gaza.
Dari Rafah yang terletak di sempadan Mesir menuju ke Bandar Gaza yang jaraknya 30 kilometer dengan kereta pasti menyebabkan hati dipagut rasa sayu. Kesan kekejaman zionis terhadap satu-satunya wilayah yang diperintah sendiri oleh rakyat Palestin jelas kelihatan di sana sini!
Debu-debu Gaza yang berterbangan sepanjang perjalanan bukan sahaja mengaburkan pandangan, namun turut menyukarkan lagi sistem pernafasan.
Ia menambahkan lagi suasana suram pada apa sahaja yang kelihatan pada pandangan mata. Baik struktur bangunan, tumbuhan malah apa juga. Semuanya kelabu kekuningan tebal disalut debu.
Ia seperti debu tebal yang menyaluti setiap ranting dan helai daun pokok-pokok zaitun yang ladangnya merupakan pemandangan biasa di Rafah.
Tambahan pula Gaza kini sedang berada di musim panas iaitu dari bulan Julai hingga Ogos. Suhunya boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius. Namun cuaca yang panas itu tidak menghalang 40 anggota sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsasyarif Malaysia untuk misi bantuan kemanusiaan di Gaza sempena Ramadan 1433 Hijrah yang lalu.
Dikenali sebagai Aqsa2Syarif8, misi itu diketuai aktivis kemanusiaan terkenal, iaitu bekas Pengerusi Aqsasyarif, Profesor Madya Hasanuddin Mohd. Yunus.
Sebagaimana yang diketahui umum beliau sendiri pernah mengalami pengalaman yang cukup pahit apabila diseksa oleh tentera Israel ketika mengikuti misi Flotila Kebebasan melalui jalan laut.
Ini apabila kapal Mavi Marmara yang dinaiki, yang turut mengangkut pelbagai jenis bantuan untuk penduduk Gaza diserang oleh tentera komando laut elit Israel. Walaupun pernah berhadapan dengan pengalaman getir melalui misi Flotila, misi ini adalah lebih berat berbanding misi-misi Aqsasyarif sebelum ini yang telah memasuki Gaza sebanyak tujuh kali.
Misi kali ini membawa jumlah bantuan yang lebih besar, iaitu bernilai RM2.5 juta. Sebelum ini sebanyak RM4 juta telah disalurkan dan ini menjadikan keseluruhan RM6.5 juta telah diserahkan kepada penduduk Gaza yang dikumpulkan oleh Aqsasyarif. Kedatangan ke Gaza kali ini pula bagi menyempurnakan agihan bantuan daripada rakyat Malaysia bagi membolehkan penduduk Gaza menyambut Aidilfitri lebih meriah sebagaimana umat Islam yang lain.
Untuk tujuan misi seperti itu, anggotanya sudah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi apa juga kekurangan dan kepayahan sepanjang berada di Gaza. Sekalipun makan tidak kenyang atau tidur tidak lena dengan suasana pasca perang di Gaza, tetapi kehadiran anggota misi ini diketahui penduduk Gaza, lalu tanpa disangka kami dilayan umpama tetamu kerajaan Palestin sejak hari pertama lagi.
Hilang segala keletihan berpuasa selama hampir 16 jam dan perjalanan jauh untuk sampai ke Gaza.
Ketibaan anggota rombongan disambut dengan penuh persaudaraan dan diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Timbalan Speaker Parlimen Palestin, Dr. Ahmad Bahar dan para pegawai kerajaan yang lain di bangunan Parlimen mereka.
“Bagi saya, kesanggupan anda semua untuk meninggalkan tanah air dalam jarak yang sangat jauh ini, lebih-lebih lagi sudi untuk menjalani ibadat puasa dalam suasana yang pasti tidak sama dan tidak selesa.
“Malah yang lebih mengharukan kami, anda mengorbankan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tercinta semata-mata untuk menjayakan misi ini di sini dan semua ini amat kami hargai. Saya sangat terharu atas pengorbanan anda semua," kata Dr. Ahmad.

Di salin dari: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120914/re_09/Kekejaman-zionis-jadi-tugu-Gaza


Monday, September 3, 2012

RM300,000 disalurkan untuk bantu anak-anak Palestin ke Sekolah

 Sukarelawan A2G8: Ini di antara set B2S Aqsa Syarif 
untuk diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar sekolah di Gaza



Hasil sumbangan rakyat Malaysia dan orang ramai ke tabung Palestin Aqsa Syarif dan hasil tajaan projek Back2School AQSA yang dilancarkan sepanjang Ramadhan oleh Aqsa Syarif, sejumlah RM300,000 telah berjaya disalurkan ke Palestin bersempena misi A2G8 & 9.

Sejumlah 2000 set keeprluan sekolah anak-anak Palestin khususnya yang miskin telah diagih-agihkan melalui 7 NGO yang menjadi rakan organisasi kemanusiaan di Gaza. Setiap set yang berniai RM150.00 mengandungi sebuah bag sekolah, satu set pakaian seragam sekolah dan buku serta alat tulis.

Ini adalah kali kedua Aqsa Syarif menjalankan kempen Back2School dan ia benar-benar bererti bagi anak-anak di Palestin. Kepungan dan serangan yang tidak henti dari rejim zionis yang zalim itu telah menyebabkan puluhan ribu ketua keluarga kehilangan mata pencarian. Membesar dan menyekolahkan anak-anak menjadi bertambah sukar. Melalui sumbangan rakat Malaysia yang disalorkan ke tabung Palestin Aqsa Syarif, sejumlah wang berjaya dimanfaatkan untuk memabntu kelaurga yang sangat-sangat memerlukan apabila datangnya sesi baru persekolahan ialtu 1 September 2012.

Para sukarelawan Aqsa Syarif yang menyertai misi kemanusiaan A2G8 & 9 Ramadhan dan Syawal baru-baru ini berpeluang menyampaikan sendiri bag-bag sekolah dan pakaian-pakaian seragam sekolah kepasa pelajar-pelajar berkenaan.

Aqsa Syarif mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan sama ada yang dilakukan melalui individu mahupun sekolah-sekolah yang menjadikan projek B2S sebagai projek "dari pelajar Malaysia kepada Pelajar Palestin". ALlahu Akbar...!

Sukarelawan A2G8: Ini di antara set B2S Aqsa Syarif 
untuk diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar sekolah di Gaza


Sukarelawan A2G8: Ini di antara set B2S Aqsa Syarif 
untuk diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar sekolah di Gaza



Peserta misi A2G8 : Ini di set B2S Aqsa Syarif 
di pusat pengumpulan di Gaza


Petugas di Islamic Soc of Jabalia sibuk menyediakan set B2S Aqsa Syarif 
di pusat pengumpulan di Gaza


Petugas di Islamic Soc of Jabalia sibuk menyediakan set B2S Aqsa Syarif 
di pusat pengumpulan di Gaza


Petugas di Islamic Soc of Jabalia sibuk menyediakan set B2S Aqsa Syarif 
di pusat pengumpulan di Gaza


Petugas di Islamic Soc of Jabalia sibuk menyediakan set B2S Aqsa Syarif 
di pusat pengumpulan di Gaza

Pengagihan 'Back2School' di Emaar Association, Khanyounis Gaza

Pengurus Operasi Aqsa Syarif, Hjh Sharifah Mahiza menyampaikan set B2S kepada 
ibu kanak-kanak miskin ini di Gaza

Pengagihan 'Back2School' di Emaar Association, Khanyounis Gaza

Pengagihan 'Back2School' di Emaar Association, Khanyounis Gaza

Pengagihan 'Back2School' di Emaar Association, Khanyounis Gaza

Pengagihan 'Back2School' di Emaar Association, Khanyounis Gaza


Pengagihan 'Back2School' di Emaar Association, Khanyounis Gaza

Keceriaan anak-anak Gaza menerima sumbangan bag sekolah dan uniform baru





SR Islam Hidayah JB taja 3 unit kilang roti kedua Gaza



Tahniah diucapkan kepada Guru Besar, murid-murid, semua warga dan ibu bapa Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru yang telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM15000 untuk penajaan 3 unit kecil kilang roti kedua di Gaza (1 unit = RM 5000). Difahamkan, kutipan sejumlah Rm12,400 telah berjaya dibuat dalam masa hanya 3 hari, iaitu bersempena pelancaran Hari Al-Quds peringkat sekolah pada minggu terakhir Ramadhan lepas manakala bakinya dibuat dalam minggu ini. Walaupun seluruh warga Sekolah Islam Hidayah sedang sibuk menjana dana untuk bangunan baru sekolah mereka, namun masih tidak dilupakan akan sahabat atau saudara mereka di Palestin. 







Majlis penyerahan sumbangan diadakan diperhimpunan mingguan sekolah dihadapan murid-murid dan guru-guru serta staf SRIH pada hari ini 3 Sept 2012. Sumbangan diserahkan oleh ketua murid SRIH, adik Muhammad Al-Faateh bin Mohd Zin kepada Pengurus Aqsa Syarif Negeri Johor, Dr Faizul Amri Adnan yang juga peserta misi A2G8.

SRIH sememangnya sering mengadakan program-program kesedaran dan penjanaan dana bagi menanamkan rasa prihatin kepada setiap pelajar akan kepentingan memahami isu Palestin dan menanamkan usaha agar pembebasan dan pembelaan terhadap Palestin dan Masjidil Aqsa menjadi sebahagian dari kefahaman para pelajar dan warganya sehingga Palestin dan Al-Aqsa dibebaskan.

Moga ianya menjadi ikutan kepada sekolah-sekolah lain dan agensi-agensi lain di seluruh negara. 



Sunday, September 2, 2012

Palestin Perlukan Lebih Banyak Dana Untuk Membangun Semula


Alhamdulillah, misi kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza Ramadhan & Syawal iaitu Aqsa to Gaza 8 & 9 telah selamat kembali ke tanah air dan berjaya menyempurnakan misi kemanusiaan Ramadhan bersama Aqsa Syarif di Palestin. Seramai 36 sukarelawan termasuk 3 wartawan telah berjaya mengagih-agihkan sumbangan hasil kutipan dari rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza yang sangat-sangat memerlukan (Lihat kenyataan media Aqsa Syarif bersempena kepulangan misi yang diterbitkan sebelum ini di blog ini: di SINI).  
Agihan juga dilakukan untuk projek-projek jangka sederhana dan panjang hasil tajaan persatuan-persatuan, kelab-kelab, kampung mahupun masjid yang menaja projek-projek tersebut. Beberapa MoU ditandatangani di antara peserta misi dengan pihak pertubuhan yang telah dipilih Aqsa Syarif untuk melaksanakan projek-projek yang telah dipersetujui.


Contohnya penduduk masjid Mat Saman Kajang, surau berdekatan dan Kg berdekatan telah mengembling tenaga menaja pembinaan semula sebuah rumah di Palestin bernilai RM15,000 dan RM8,000 tajaan satu unit kecil kilang roti ke dua di Gaza. 
Ketua Kg Sg Merab Dalam Kajang menyampaikan 2 tajaan, baikpulih rumah (RM15,000) dan Kilan Roti ke 2 (RM8,000) kepada Pengerusi Aqsa Syarif

Timbalan Dekan Fakulti Bio-Perubatan menyerahkan borang-borang tajaan dari staf fakulti kepada PM Dr Mohd Zin (Ahli Pemegang Amanah AQSA)

Pengarah LHDN menyerahkan tajaan projek-projek di Gaza kepada Pengawai Eksekutif AQSA Johor, Ust Rofazlin Jusuh

Manakala Persatuan kakitangan LHDN Johor Bahru telah berjaya mengumpulkan wang secara berkumpulan dan menaja 3 unit kecil kilang roti kedua di Gaza dengan sumbangan RM15,000.


Aqsa Syarif telah berjaya mengurus dan menyelaras projek-projek jangka sederhana dan panjang di Gaza khususnya sebagai satu langkah proaktif untuk membantu membangun semula Gaza yang diserang dengan dahsyat oleh rejim zionis israel pada 2008/09 serta sekatan/kepungan yang dikenakan secara zalim oleh rejim Israel semenjak 2006. Sehingga kini lebih 30 projek dan program telah dijalankan di Gaza dengan nilai bantuan lebih RM4juta hasil sumbangan orang ramai yang diusahakan oleh para aktivis Aqsa Syarif. Sembilan badan pertubuhan kemanusiaan dan tiga agensi awam di Gaza menjadi organisasi / agensi pelaksana projek-projek tersebut.


Kini beberapa projek penerusan dan baru sedang rancak di rancang dan dilaksanakan. Sebahagian projek-projek tersebut memerlukan kerjasama pertubuhan-pertubuhan, kelab-kelab dan badan-badan korporat. Aqsa Syarif mempelawa sumbangan dalam bentuk tajaan projek-projek secara berpakej dan para penderma secara kolektif digalakkan menaja secara berfokus sebagaimana dilakukan dua pertubuhan di atas. Di antara projek-projek yang menjadai tumpuan utuk 6 - 1 tahun dari sekarang ialah penyempurnaan projek-projek:-


i. Kilang Roti kedua di Khanyounis: RM100,000 baru disalorkan dari nilai projek RM700,000.00; (RM600,000 masih diperlukan).
ii. Pusat Kesihatan RM100,000 baru di salurkan dari nilai projek RM1.3juta (RM1.2j masih diperlukan)
iii. Malaysian-Palestinian Village Industry (MyPVI): RM300,000 baru disalurkan berbanding nilai projek RM3.5j (RM3.2j masih diperlukan)
iv. Membina semula rumah keluarga miskin/dhoif: 11 rumah dari 40 yang disasarkan @RM15,000 satu (RM585,000 masih diperlukan).
v. Tambahan benih lembu tenusu: 5 benih @RM9000, disalurkan berbanding 30 ekor diperlukan (RM225,000 masih diperlukan).
vi. Pusat Komuniti Wanita: Peruntukan setaakat ini memadai. (Alhamdulillah).

Beberapa buah rumah berjaya dibaiki oleh As Salam Society hasil sumbangan rakyat Malaysia

MoU dan serahan RM100,000 untuk projek Pusat kesihatan di Gaza

Projek ternakan ikan sumbangan rakyat Malaysia yang kini menghasilkan ikan untuk diagih-agih kepada rakyat miskin

Projek ternakkan lembu tenusu yang berjaya dan menjadi bahan asas pembuatan keju di Gaza

Memahami situasi yang begitu mendesak di Palestin, maka para sukarelawan misi kemanusiaan A2G8 & 9 akan terus menyumbang tenaga, pemikiran dan masa bagi meneruskan misi memberikan penerangan mengenai pengalaman-pengalaman mereka akan keadaan dan situasi di Palestin di samping berusaha untuk terus menumpul dana bagi membantu menyempurnakan projek-projek yang telah dikenalpasti di atas.


Penduduk Palestin telah sekian lama berjuang dan bersabar dengan apa jua tekanan, kezaliman dan pembunuhan yang dialkukan rejim Israel yang zalim. Namun penduduk Palestin tidak berganjak dan mengalah, malah mereka menjadikan kehidupan dan tubuh badan mereka dan keluarga mereka sebagai benteng-benteng bagi mempertahankan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa untuk terus dijajah. Menjadi tanggungjawab semua untuk memainkan peranan denagn apa juga upaya.


Aqsa Syarif melalui strategi kutipan dana untuk jangkamasa 6 bulan hingga 1 tahun ini akan menumpukan kepada usaha mendapatkan tajaan secara berkumpulan iaitu dari kelab-kelab, persatuan-persatuan, badan-badan korporat mahupun agensi-agensi kerajaan. Tajaan-tajaan projek sebagaimana dilakukan oleh persatuan staf LHDN dan Masjid Mat Saman di atas akan menjadi pendekatan bagi memastikan saluran bantuan kepada projek-projek di Palestin lebih berkesan. 


Projek-projek di atas adalah sejajar dengan empat fokus kritikal bantuan ke Gaza yang merangkumi sektor;

a. Makanan,
b. Kesihatan,
c. Pendidikan dan
d. Sosio Ekonomi.


Keempat-empat sektir di atas sangat kritikal untuk titangani di tahap ini dan Alhamdulillah Aqsa Syarif begitu konsistan mengenai perancangan dan pelaksanannya selain bantuan dalam bentuk kecemasan dan kebajikan rakyat yang memerlukan seperti bantuan iftar ramadhan, Back2School Projek, pakaian/selimut musim sejuk dan lain-lain yang sering dikirimkan bila diperlukan.

Projek-projek Aqsa Syarif keseluruhannya (semenjak 2010) sila lihat di SINI.



Sunday, August 26, 2012

Imam-imam Muda Palestin Kembali Semula Ke Medan Perjuangan Utama

Alhamdulillah, imam-imam muda yang telah menyempurnakan misi lebih sebulan di Malaysia, iaitu sebagai imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah Ramadhan khususnya di dalam isu pembebasan Masjidil Aqsa, kini telah kembali semula ke medan perjuangan utama mereka - di bumi Palestin, khususnya Gaza.

Bila di tanya kepada Imam Raed beberapa hari sebelum berlepas balik ke Palestin: "Adakah kamu bersedia tinggal di luar Palestin jika ditawarkan pekerjaan yang baik dan memperolehi pendapatan lebih lumayan ?"  Beliau menjawab: "Saya tidak akan tinggalkan bumi Palestin. Jika saya ada tawaran beekrja di luar Palestin pun hanya untuk sementara. Saya mesti kembali ke bumi yang penuh barakah, saya tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati keberkatan bumi Palestin, walaupun dalam kehidupan yang sukar".

Bila ditanya kepada mereka tentang perasaan dilahirkan dan menjadi rakyat Palestin yang kini begitu sukar untuk meneruskan kehidupan? Mereka menjawab: "Kami sangat bersyukur dan sangat bertuah menjadi anak Palestin kerana bumi Palestin disebut Allah dalam AL-Qur'an. Ini adalah bumi keberkatan, bumi perjuangan, bumi ambiya'.... Bumi ini memberikan peluang untuk meraih syahid dan keridhaanNya ... apa lagi yang lebih baik dari menjadi penghuni bumi yang dimuliakan Allah SWT ?" 
Sambung mereka lagi .... "Kami tahu & kami dengar ... ramai orang dari luar Palestin yang sukakan Palestin ... seperti orang-orang di Malaysia, ... kami menjemput kamu menjadi rakyat Palestin... Palestin adalah bumi umat Islam dan marilah berjuang untuk membebaskannya ... agar kita semua dapat bersembahyang dengan penuh kemuliaan di Masjidil Aqsa".

Kerinduan mereka untuk segera balik ke Palestin sememang jelas tergambar khususnya di akhir Ramadhan dan di awal Syawal. Apabila mereka menghadapi sedikit halangan untuk berlepas dari KLIA, mereka sanggup membelanjakan duit yang mereka ada asalkan dapat terbang balik ke Palestin.

Mereka adalah pemuda-pemuda yang benar-benar baik ... pemuda yang telah menjalani proses didikan yang praktikal di Gaza. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana para pemimpin dan ulama' yang ikhlas mendepani serangan dan tekanan rejim zionis yang zalim. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana serangan kejam rejim zionis ke atas kampung halam mereka pada 2008/09 yang merosakkan segala bangunan, infrastruktur dan jiwa manusia. 

Perjalanan mereka dipermudahkan Allah. Mereka mendarat di lapanganterbang Cairo pada pagi Sabtu 25 Ogos 2012 dan disambut oleh aktivis Aqsa Syarif Mesir (KIM - Kelab Ikram Mesir). Kemudian mereka menaiki kenderaan darat menuju AL-Arish dan melepasi sempadan Rafah pada 26 Ogos 2012.

"Assalamualaikum Dr Zin, we already arrived in Gaza and thanks for everything. We are all safe and all of us and our parents send salam to all brothers & sisters in Aqsa Syarif & Ikram and all Malaysian.." "We miss all of you..." Begitulah panggilan telefon yang dibuat oleh Imam Muhammad Yaakub Sulaiman yang mewakili rakan-rakannya setibanya di Gaza pada 26 Ogos 2012 t hari (sekitar 6.30pg waktu Malaysia).

Berikut adalah rakaman oleh Unit Media KIM ketika pendaratan imam-imam di Cairo Airport. Ucapan-ucapan mereka ditujukan khas kepada rakyat Malaysia;

http://www.youtube.com/watch?v=sHDiul8czN4&feature=youtu.be (link vdeo terjemahan dari Imam Muda Raed)

http://www.youtube.com/watch?v=GXJmUzmCRhY&feature=youtu.be (ucapan wakil Imam-imam muda Palestin)

http://www.youtube.com/watch?v=GreYpPrRuUc&feature=youtu.be (ucapan oleh Ustaz Abd Haris Bain - Wakil Khas Presiden Ikram di Mesir)

Saturday, August 25, 2012

Imam-imam Muda Palestin Berangkat Pulang ... ada yang menitiskan airmata

25 Ogos 2012, jam 3.15am dengan penerbangan Kuwait Airways .... Para anak-anak muda imam al-hafiz Palestin dari Gaza memulakan penerbangan kembali ke tanah air mereka. 


Mereka tiba di KLIA untuk daftar masuk seawal 12.00 tengah malam dan meelpasi imegresen 1 jam sebelum penerbangan. Di pintu masuk penerbangan antarabangsa mereka bersalaman dan berpelukan dengan para aktivis yang mengiringi dan menghantar kepulangan mereka. Majoritinya adalah anak-anak muda aktivis Aqsa Syarif. Turut hadir ialah wakil ahli pemegang amanah Aqsa Syarif, PM Dr Mohd Zin Kandar dan CEO Koperasi Islah Malaysia Berhad, Dr Ahmad Zainuddin Abdullah.

Dr Mohd Zin memberi ucapan ringkas dan kemudian dengan berpegangan tangan membentuk satu bulatan, imam Taha membacakan do'a perpisahan. 

Suasana sayu dan syahdu menyelubungi majlis perpisahan di awal pagi yang hening. beberapa orang imam memeluk erat sahabat-sahabat mereka yang menghantar dan menitiskan air mata. Program imam-imam muda Palestin mengimami solat tarawih di seluruh Malaysia anjuran Aqsa Syarif dengan kerjasama Ikram adalah suatu program yang unik dan menjadi memori kepada bukan sahaja para imam-imam muda tersebut, tetapi para ahli jamaah masjid-masjid yang diziarahi di seluruh negara.

Sejumlah hampir 200 masjid dan surau diziarahi imam-imam untuk mengimami solat tarawih sepanjang ramadhan. Puluhan surau diziarai untuk meingimami qiyamulail dan solat zuhur serta tazkirah Palestin.

Tidak kurang pula institusi pendidikan yang diziarahi mereka seperti rangkaian sekolah-sekolah Muslih-Ikram, SMKA Johor, Inst Perguruan Gangi, Pusat Dakwan Kota Kinabalu,  dan banyak lagi di seluruh negara. Para imam muda sememang membawa bersama mereka semangat muda dan sukakan menziarahi rakan-rakan muda mereka di Malaysia. 

Imam-imam muda juga sesekali di bawa mendapatkan pemeriksaan kesihatan di awal kehadiran mereka di Malaysia. Di antaranya ialah pemeriksaan kesihatan dan pakar di Hospital An Nur Bangi.

Para imam juga berkesempatan melawat pejabat Musleh-Ikram, salah sebuah agensi pertubuhan Ikram yang memberi fokus kepada pembangunan dan pengurusan sekolah-sekolah Islam di Malaysia. Para imam sempat berbincang dengan Pengarah Eksekutif Musleh akan kemungkinan khidmat mereka diperlukan bagi membangun modul-modul Qur'an (hafazan dan bacaan berlagu), kem tahfiz, kem bahasa arab dan sebagainya. 

Imam-imam muda juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik di tanah air di waktu siang dan lapang. Di antaranya mereka berpeluang melawat KL Tower, Zoo Negara, Taman Negara, Pusat membeli belah, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya dan wilayah seperti Wilayah Iskandar di Johor, taman-taman dan sebagainya.

Pendaratan di Airport Cairo pada 11.30pagi waktu Mesir disambut oleh Wakil Khas Presiden Ikram di Mesir (Ustaz Abdul Haris Bain) dan ahli-ahli kelab Ikram Mesir (KIM) sebelum mereka terus di bawa dnegan kenderaan khas menuju Al-Arish dan kemudian ke Pintu Rafah bagi memasuki Gaza menemui keluarga masing-masing.