Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, October 13, 2012

Rakyat Malaysia Menaja Majlis Berbuka Puasa di Masjidil Aqsa Melalui Aqsa Syarif

Alhamdulillah sejumlah 1000 pack juadah berbuka puasa dengan nilai RM50.00 setiap pack telah berjaya ditaja oleh rakyat Malaysia melalui sumbangan dan tajaan khas berbuka puasa di Masjdil Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis.









Aqsa Syarif di dalam program "Ramadhan bersama Aqsa Syarif di Palestin" telah mendapat kerjasama yang sangat memberangsangkan oleh rakyat Malaysia melalui aktivis-aktivis Aqsa Syarif yang bertungkus lumus menjana dana dan membuat kutipan. Kutipan telah di lakukan di seluruh Malaysia melalui masjid-masjid, surau-surau, pejabat-pejabat dan termasuk di pasar-pasar dan bazar ramadhan. Para pelajar di luar negara seperti di England, Rusia, Mesir dan Jepun turut menjalankan aktiviti kutipan derma dan tajaan Ramadhan 1433.

Hasil dari pengemblingan tenaga dan sokongan rakyat Malaysia khusunya, pada tahun ini sejumlah 1000 pack juadah berbuka puasa yang secara purata dinikmati oleh 4000 umat Islam di Baitul Maqdis telah berjaya dilaksanakan.

Oleh kerana pihak Aqsa Syarif belum lagi mempunyai rancangan untuk ke Masjidil Aqsa, sesuai dengan fatwa Sheikh Yusof Al-Quardhawi yang tidak membolehkan umat Islam di luar Palestin pergi ke Baitul Maqdis pada ketika ini disebabkan akan membantu industri pelancungan Israel dan sekali gus mereka menggunakan hasil tersebut untuk menekan rakyat Palestin, Aqsa Syarif menggunakan laluan di Gaza bagi menyalurkan sumbangan berbuka puasa tersebut. Melalui pejabat Aqsa Syarif di Gaza dan institusi badan kemanusiaan di Gaza, Aqsa Syarif berjaya menyalurkan sejumlah RM50,000.00 untuk tujuan di atas. Projek ini di salorkan kepada Az-Zakah Committee of Jerusalem di Baitul Maqdis.

Pada awal minggu lalu, ibu Pejabat Aqsa Syarif telah menerima laporan lengkap mengenai program iftar sumbangan rakyat Malaysia di Masjidil Aqsa. Berikut disertakan beberapa keping gambar untuk penelitian. Tahniah dan Insya ALlah Aqsa Syarif berhasrat meneruskan penajaan iftar di Masjidil Aqsa pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment