Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, October 11, 2012

Retreat BoT AQSA: Memperkemas & Memperkasa organisasi

Alhamdulillah, kesemua ahli Board of Trustee (BoT) Aqsa Syarif (AQSA) berkampung di Kolej Komuniti Negeri Sembilan selama sehari pada 11 Okt 2012 bagi menjalankan retreat pentadbiran organisasi.


Pelbagai isu berkaitan organisasi, pentadbiran, skop AQSA dan pelaksanaan pelbagai aktiviti, program dan projek-projek AQSA disemak dan dibincang bagi tujuan mengemaskan perjalanan dan pelaksanaan.

Perjalanan dua setengah tahun AQSA disemak dan keseluruhan pencapaian AQSA sangat membanggkan sama ada di peringakat nasional mahupun antarabangsa melalui penglibatan aktif ahli-ahli BoT, pegawai-pegawai di ibu pejabat mahupun pengurus-pengurus dan ketua-ketua diperingkat negeri dan daerah serta para aktivis di pelbagai peringkat seperti di IPT dalam dan luar negara.

Melalui pengemblingan tenaga dan pemerkasaan ummah, kini lebih RM5juta telah disalurkan oleh AQSA kepada rakyat Palestin melaui pelbagai program dan projek  kemanusiaan. AQSA sudah dikenali dengan pendekatan mewujud dan membangunkan projek-projek penyediaan makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi di Palestin. Di antara yang menonjol ialah projek kilang roti, projek ternakan lembu, projek tajaan anak yatim dan mikro kredit. Pada tahun 2012, lebih banyak projek diteroka. Kini AQSA mempunyai lebih 30 projek dan program di Palestin khususnya di Gaza (Lihat di SINI).

Penghantaran misi-misi kemanusiaan ke Gaza juga menjadi perhatian media utama negara dan sering diterbitkan di dalam pelnagai segmen berita dan laporan khas sama ada di media TV mahupun akhbar serta majalah-majalah (Lihat di SINI).

Terima kasih kepada semua pihak dan khususnya para penderma, penaja dan penyumbang. Aqsa Syarif akan terus komited untuk "memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa" sehingga Palestin sebagai bumi ambiya' dan rakyatnya terbela dan dapat dibebaskan dri cengkaman rejim zionis yang zalim.

No comments:

Post a Comment