Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, July 19, 2013

Ramadhan Bersama Imam Gaza | Masjid Wilayah | 16 Julai 2013





Kuala Lumpur, 16 Julai 2013 - Sekretariat Aqsa Syarif Petaling Jaya dengan kerjasama Pihak Pengurusan Masjid Wilayah telah menggandingkan 2 imam muda jemputan; imam jemputan tetap Masjid Wilayah untuk sepanjang Ramadhan, Imam Mohamad Munji, dan Imam Muda Gaza, Imam Ismail Musa Ismail Matar, untuk mengimamkan solat fardhu Maghrib dan Isyak serta solat terawih semalam. 

Imam Mohamad Munji yang berasal dari Mesir telah menjadi imam jemputan tetap sempena Ramadhan di Masjid Wilayah buat tahun ketiga berturut-turut. Beliau juga merupakan imam tetap di salah sebuah masjid di Kuwait. 

Ketibaan Imam Ismail di Masjid Wilayah disambut mesra beberapa pegawai masjid dan juga Imam Mohamad Munji. Kedua-dua imam sempat berbual mesra sementara menunggu waktu berbuka puasa dan tidak kelihatan seperti baru pertama kali berjumpa.

Setelah solat fardhu Maghrib dan Isya`, Imam Mohamad Munji telah mengimamkan solat terawih sehingga rakaat kesepuluh sebelum Imam Ismail menyambung sehingga selesai solat witir. Dilaporkan lebih 1000 orang tetamu yang hadir untuk bersama-sama solat fardhu dan solat terawih berjemaah di Masjid Wilayah semalam.

Jika anda terlepas peluang sebelum ini untuk bersama-sama Imam Muda Gaza di Masjid Wilayah, Aqsa Syarif akan membawakan 2 lagi imam pada 25 Julai, Imam Raid Khalid Abdullah Abu Makhdah, dan 30 Julai, Muhammad Naji Ibrahim Abduh, untuk mengimamkan solat fardhu dan solat terawih. Jangan lepaskan peluang kali ini. 

Anda boleh melihat jadual Imam Ismail dan Imam-Imam Muda Gaza yang lain di laman Facebook ‘Imam Gaza Aqsa Syarif 2013’. Sumbangan dana Palestin boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic (551575-004299) atau Bank Islam (12092010034904). Jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi kami di talian 03-87334636. 

Gmabar : Kelihatan Imam Ismail sedang beramah mesra dengan tetamu setelah selesai solat terawih semalam.







Operasi Badar - Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973)

Jangan dilupakan. 10 Ramadhan.
Ulang Tahun Operasi Badar - Perang Ramadhan 1393H 
(Perang Oktober 1973)


Hari ini genaplah ulang tahun Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) yang ke 43. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.

Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan. Perang 6 hari juga menyebabkan Jalur Gaza, Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat di kuasai oleh Israel sepenuhnya. Mengambil peluang dari Hari kebesaran orang Yahudi iaitu Yom Kippur, di mana sebahagian besar tentera Israel sedang bercuti, Mesir telah mengatur serangan mengejut. Keupayaan tentera Mesir untuk menembusi garisan Barlev yang dianggap kebal oleh pertahanan Israel benar-benar menjadi kejutan.

Dalam masa yang sama tentera Syria megambil semula sebahagian dari Tanah tinggi Golan yang dikuasai Israel. Kejayaan tentera Mesir dan Syria tidak kekal lama kerana mereka terpaksa berundur ekoran serangan balas oleh Israel. Bahkan ketumbukan tentera ke tiga Mesir terkepung sepenuhnya dan bakal menghadapi kemusnahan. Israel juga mengalami kemusnahan yang besar dengan hampir 3,000 tenteranya terbunuh dan 9,000 mengalami kecederaan. Buat pertama kalinya dalam sejarah Israel menerima hakikat bahawa ia sedang menghadapi satu peperangan yang sebenar, sedangkan konflik yang berlaku dengan negara-negara Arab sebelumnya hanyalah sebuah pertempuran. Di samping itu hampir 500 kereta kebal dan 200 pesawat udara tentera Israel berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir dan Syria. Mesir dan Syria menerima kemusnahan yang jauh lebih besar, namun kejayaan pada peringkat awal peperangan memberi satu suntikan kepada seluruh dunia Arab dan negara Islam terhadap kemampuan berhadapan dengan regim Zionis di medan peperangan.

Amerika Syarikat telah bersetuju sepenuhnya dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya resolusi 338 dilaksanakan iaitu gencatan senjata antara kedua pihak. Ini adalah suatu yang jarang berlaku kerana Amerika telah terbukti sepanjang konflik timur tengah tidak akan memihak kepada keputusan Majlis Keselamatan atau Persidangan Agung PBB jika ia dilihat merugikan Israel. Bahkan acapkali AS akan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan mana-mana resolusi yang diputuskan jika dianggap tidak memenuhi kepentingan strategik Israel. Dalam Perang Oktober 1973, AS mengambil pendirian yang sebaliknya. Ini adalah berdasarkan kepada congakan bahawa Israel mungkin mengalami kekalahan dan terpaksa membuat beberapa konsesi yang menjejas kelangsungan negara zionis tersebut.

Gencatan senjata ini bagaimanapun dicabuli oleh Israel yang terus mara sehingga ke Terusan Suez. Ini memaksa Majlis Keselamatan bersidang sehari selepas Resolusi 338 diluluskan. Resolusi 339 diluluskan untuk menguatkuasakan Resolusi 338. Motif sebenar Amerika terbongkar apabila pada 18 Oktober Presiden Nixon meluluskan peruntukan senjata tambahan kepada Israel disamping bantuan kewangan sebanyak USD 2.2 bilion. Keadaan ini telah menyebabkan Arab Saudi melakukan reaksi balas dengan mengurangkan pengeluaran petroluem sebanyak 5% sebulan kepada AS. Embargo ini kemudiannya di lanjutkan ke atas Netherland dan negara-negara lain mencetuskan krisis tenaga pada tahun 1973 yang menyaksikan ekonomi Amerika terjejas teruk. Ini adalah satu contoh bahawa negara-negara Arab mampu untuk menggunakan kuasa petrodollar untuk mencabar hegemoni politik AS di timur tengah.

Dalam masa yang sama AS telah menggunakan situasi perang Oktober untuk menghapuskan ancaman Mesir ke atas Israel. Oleh kerana objektif Mesir ialah untuk mendapatkan semula Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh Israel, AS telah menjadikan ia sebagai umpan supaya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Presiden Sadat telah menyatakan persetujuannya untuk datang ke Baitul Maqdis dan mencari jalan perdamaian. Kehadiran Presiden Sadat ke Baitul Maqdis yang dikuasai Israel adalah satu isyarat pengiktirafan ke atas negara haram Israel. Perdana Menteri Israel, Menachem Begin telah mengambil peluang ini untuk memalukan Sadat dengan menyebut dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan Sadat ke Baitul Maqdis, ibu negara Israel ’yang abadi’. Ucapan ini adalah merupakan satu tamparan kepada perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Ia adalah sesuatu yang mencalar maruah dunia Islam seluruhnya.

Hasil dari rundingan diplomatik antara Mesir dan Israel yang di’broker’ oleh AS akhirnya membuahkan Perjanjian Camp David pada tahun 1978. Perjanjian ini telah mengeluarkan Mesir dari persamaan (equation) yang menentukan hala tuju konflik di Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan pembebasan Bumi Palestin. Sehingga hari ini Mesir adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak menjejaskan keselamatan Israel. Tindakan Mesir pada hari ini yang menutup sempadan di Rafah dan tidak membenarkan bantuan menyeberang ke Gaza yang dikepung Israel, bahkan menghalang rakyat Gaza masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan adalah sebahagian dari memenuhi syarat Perjanjian Camp David tersebut.
6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh untuk menyambut hari kebangsaan kedua negara. Mesir turut memilih 6 Oktober sebagai hari angkatan Tentera Mesir. Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun perang Oktober, Presiden Sadat mati ditembak kerana tindakannya berdamai dengan Israel dan mengiktiraf entiti haram tersebut dianggap suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan agamanya.

-MMM-

Sumber : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Sunday, July 14, 2013

MEJA PACAK AQSA SYARIF di Masjid - Untuk Kempen Projek Ramadhan di Palestin


Kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan sering memberikan peluang umat Islam menanam saham untuk akhirat sebanyak-banyaknya. Peluang Ramadhan sebagai bulan di mana amalan dilipatgandakan Allah memberikan motivasi aktivis Aqsa Syarif untuk membuka peluang kepada rakan dan taulan di kejiranan dan kariah masjid masing-masing.

Aqsa Syarif yang telah menyusun projek Ramadhan Bersam Aqsa Syarif di Palestin saban tahun merancang untuk menjana dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas dan dikepung oleh rejim israel laknatullah.

MEJA PACAK AQSA SYARIF adalah suatu idea yang simpel dengan kerjasama pihak masjid. Aktivis Aqsa Syarif yang sememang sudah mempunyai hubungan rapat kerana sentiasa berjamaah di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana Skudai dimanfaatkan bagi menjalankan kempen:-
a. Kempen tajaan program Ramadhan di palestin. 
b. Kempen sumbangan Palestin bulanan secara Direct Debit.

Konsep MEJA PACAK AQSA SYARIF di Masjid ini mula dibuka pada malam pertama solat tarawikh dan berterusan sehingga ke hari ini. Di meja tersebut diletakkan beberapa bahan dan maklumat:-

a. Buku gambar warna-warni yang menjelaskan (i) Penerangan Ringkas Sejarah palestin hingga kini; (ii) Profil dan latar belakang serta senarai penuh misi-misi Aqsa Syarif ke Palestin dan (iii) Senarai penuh projek-projek dan kejayaan bantuan Aqsa Syarif di Palestin. 

b. Brochure tajaan 10 jenis program dan projek Aqsa Syarif di Palestin. Orang ramai boleh menaja seumpama set buka puasa di Gaza atau Masjidil Aqsa bernilai RM50.00 satu set; Set Ramadhan Food Pack bernilai RM300.00 satu pack; Set Tajaan Eid Gift bernilai RM150.00 dan banyak lagi (ada 10 kesemuanya).

c. Tabung sumbangan atau tempat memasukkan borang tajaan beserta duit. 

d. Kurma kotak untuk jualan (walaupun harga RM12, sering ahli jamaah memasukkan RM50 untuk 1 kotak, maknanya lebihnya utk sumbangan.

e. Borang Direct Debit - untuk diberikan kepada sesiapa yang berminat menyumbang secara bulanan.

Sebelum dan selepas solat tarawih, aktivis akan berada di meja untuk melayan para pengunjung yang ingin mendapat makluamt lanjut dan membuat penyerahan borang tajaan dan borang Direct Debit.

Dengan demikian, mudahlah ahli kariah untuk memperolehi maklumat dan menghulurkan sumbangan untuk Palestin.


Gambaran MEJA PACAK AQSA SYARIF bersempena Ramadhan di Masjid-masjid

Bahan-bahan maklumat dan borang tajaan Ramadhan. Gambar-gambar warna warni tentang projek-projek Aqsa Syarif di Palestin menarik ramai pengunjug Meja Pacak.  

Seorang anak ahli kariah masjid meneliti borang tajaan & seorang lagi membelek buku A2G2.



Bunting Kempen Tajaan Ramadhan

 Borang Tajaan Ramadhan yang diedar kepada ahli kariah

RM500 diterima dari ahli jamaah masjid untuk 3 set tajaan, Alhamdulillah.

 Borang Sumbangan Direct Debit yang ditawarkan kepada ahli-ahli kariah


Aktivis AQSA menerangkan kepada ahli kariah bagaimana mengisi borang pakej Direct Debit


Setelah 4 malam Meja Pacak AQSA di Masjid, jumlah sumbangan & tajaan berjumlah RM1,700.00

Seorang aktivis AQSA mendapat izin pihak masjid memberikan penerangan 10 minit mengenai usaha Aqsa Syarif membantu Palestin di bulan Ramadhan serta menerangkan mengenai pakej brochure tajaan dan Direct Debit sebelum solat Tarawih.


%%%%%%%%%%%%%%%%%

LAGI MEJA PACAK DI MASJID TMN SRI PULAI, SKUDAI (UPDATE)

Hanya pada lepas solat subuh Ramadhan ke tujuh, 6 minit penerangan menganai Nasib Baitul Maqdis dan perlunya membantu rakyat Palestin yang ditindas dan sedang berjuang mempertahankan bumi umat Islam serta berusaha merampas kembali, kemudian diikuti dengan pembukaan MEJA PACAK AQSA di lobi Masjid pada waktu berbuka puasa.

Makcik, pakcik dan para ahli jamaah berpusu-pusu menghulurkan sumbangan dan membuat penajaan pack berbuka puasa untuk penduduk kem-kem pelarian di Gaza dan di Masjidil Aqsa. RM50 satu set tajaan.

Alhamdulillah hari pertama di masjid ini;
a. RM937.00 Sumbangan diterima.
b. 11 pack iftar mendapat tajaan, 11 x RM50 = RM550.

JUMLAH : RM1,487.00

Semoga keberkatan untuk para penumbang dan Insha Allah digandakan ganjaran ke atas amalan-amalan mulia tersebut.

Diriwayatkan dalam shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas radiyallahu anhuma, ia berkata:

(( كَانَ النَّبِيُّ r أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ، حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ وَكَانَ جِبْرِيْلُ يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَكَانَ رَسُوْلُ الله r حِيْنَ يَلْقَاهُ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِن الرِّيْحِ المُرْسَلَةِ ))

“Nabi shallallahu alaihi wasallam adalah orang yang amat dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan padanya Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan padanya Al-Qur’an. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ketika ditemui jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”

Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan:

(( وَلاَ يُسْأَلُ شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ ))

“Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya.”

Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiyallahu anha:

((كَانَ رَسُوْلُ الله r إِذَا دَخَلَ رَمَضَانَ أَطْلَقَ كُلَّ أَسِيْرٍ وَأَعْطَى كُلَّ سَائِلٍ))

“Rasullullah shallallahu alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”

Kedermawanan adalah sifat murah hati dan mudah memberi, Allah pun bersifat Maha Dermawan, sebagaimana diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari sa’ad bin Abi Waqqash t bahwa Nabi r bersabda:

(( إِنَّ الله جَوَّادٌ يُحِبُّ الجُوْدَ، كَرِيْمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ))

“Sesungguhnya Allah itu Maha Dermawan, cinta kepada kedermawanan dan Maha Pemurah, cinta kepada kemurahan hati.”

Meja Pacak AQSA di Masjid Tmn Sri Pulai

Meja Pacak AQSA

3 kompilasi gambar-gambar maklumat penting AQSA

3 kompilasi gambar-gambar maklumat penting AQSA. Print atas card paper, full colour dan dalam bentuk folder

Sesuai untuk penerangan dalam keadaan multimedia tidak dapat digunakan kerana jamaah sedang consentrate beribadah / tilawah

Ahli jamaah bergambar kenang-kenangan bersama para aktivis AQSA

Ahli jamaah memasukkan sumbangan ke dalam tabung di meja Pacak.


Wednesday, July 10, 2013

Imam-Imam Muda Hafiz Gaza Kini Keseluruh Negara, Sasaran 400 Masjid & Surau


Dengan kerjasama institusi terkenal Darul Qur'an Al-Karim Wa Sunnah (DQWS) di Gaza, Aqsa Syarif telah berjaya menerbangkan 14 imam dari 18 imam muda yang telah dipilih melalui sesi interview oleh Pegawai Agama Wilayah Persekutuan, Ustaz Abdul Halim beberapa mingu lalu.


Bacaan yang sedap dan bertepatan dengan hukum-hukum tajwid adalah di antara kriteria utama pemilihan mereka. Kini di Gaza memiliki lebih 50,000 penghafaz Qur'an dan Aqsa Syarif menjalankan projek membawa imam-imam muda ini bagi memberi peluang rakyat Malaysia mengenali lebih dekat anak-anak muda Gaza yang begitu istimewa walaupun hidup di bawah cengkaman rejim zionis israel yang zalim, mereka masih berupaya membangun diri menjadikan dirinya para penghafaz al-Qur'an di samping pencapaian pelajaran dan kerjaya masing-masing. Di kalangan mereka ada yang berkelulusan akauntan, kejuruteraan, sains komputer dan syariah.

Ketibaan mereka disambut oleh ahli lembaga dan pegawai-pegawai Aqsa Syarif di KLIA. Ikuti capaian berikut yang diterbitkan media elektronik tempatan;


Bagi mengetahui lokasi-lokasi imam muda Gaza dan mengikuti solat Tarawih sila ke capaian berikut untuk menghubungi wakil-wakil Aqsa Syarif seluruh negara: http://www.aqsasyarif.org.my/v3/index.php/hubungi-kami/direktori-cawangan-di-malaysia

Bagi mengikuti update imam-imam sila ke FB : https://www.facebook.com/ImamGazaAqsaSyarif2013


Kempen Sumbangan Ramadhan Untuk Rakyat Palestin



Berikan senyuman dan kegembiraan kepada anak-anak di Palestin 


Salurkan sumbangan anda kepada Tabung Projek Ramadhan bersama Aqsa Syarif di Palestin.

Aqsa Syarif telah merancang dan akan menghantar 2 misi Ramadhan ini, Satu ke Gaza dan satu lagi ke Beirut. Mereka akan membawa misi bantuan kemanusiaan khusu untuk bantuan makanan pada pertengahan Ramadhan nanti.


Antara Pakej sumbangan:

1) Iftar di Gaza & Masjid Al-Aqsa (RM50/set) ... sasaran 2500 set untuk Gaza dan 2,500 set untuk Masjidil Aqsa
2) Ramadhan Food Pack (RM300/set) ... sasaran untuk 2,000 keluarga dhoif di Gaza.
3) Eid Gift (RM150/set) ... sasaran untuk 500 set bagi orang yang cacat anggota disebabkan serangan israel durjana.
4) Back2School (RM150/seorang)  ... sasaran untuk 2,000 set pelajar-pelajar miskin yang akan ke sekolah pada Sept 2013.

Ayuh berikan sumbangan terbaik anda!



Dapatkan maklumat lanjut dari wakil-wakil Aqsa Syarif di Negeri & Daerah berdekatan anda. Maklumat dapat diperolehi dengan menghubungi ibu pejabat atau ke link: http://www.aqsasyarif.org.my/v3/index.php/hubungi-kami/direktori-cawangan-di-malaysia


Atau salurkan sumbangan anda ke;



1) Salurkan sumbangan anda ke akaun AQSA SYARIF BERHAD,

Maybank Islamic (551575-004299) atau Bank Islam (1209-20100-34904)
2) Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi:
Aqsa Syarif HQ: 03-87334636 



Tuesday, July 2, 2013

Aqsa Syarif, Maybank Jalin Kerjasama Laksana Sumbangan Palestin Direct Debit

Oleh NUR NAZLINA NADZARIekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Bhd. (Aqsa Syarif) dan Maybank Islamic hari ini melancarkan Kempen Direct-Debit bagi memudahkan orang ramai menyumbang kepada Tabung Palestin Aqsa Syarif.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, pihaknya yakin dengan adanya kerjasama tersebut, kutipan sumbangan dapat ditingkatkan.
Katanya, beliau menyasarkan dengan kempen Direct-Debit, pihaknya dapat meningkatkan sumbangan sehingga RM5 juta menjelang hujung tahun ini.
"Dari Julai 2012 hingga Jun tahun ini, Aqsa Syarif telah berjaya mengutip sumbangan sehingga RM11 juta.
"Kami yakin, dengan medium sumbangan yang lebih sistematik ini, orang ramai akan lebih mudah menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen tersebut di Dataran Maybank di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Bersekutu Jualan Korporat Pengurusan Kewangan, Transaksi Perbankan, Perbankan Global, Kaeyda Abdul Kadir.
Hafidzi memberitahu, orang ramai yang mahu memberi sumbangan tersebut boleh mendapatkan borang Direct-Debit itu dari wakil Aqsa Syarif dan juga cawangan Maybank.
Jelasnya, sumbangan yang ingin disalurkan boleh juga dibuat daripada bank yang lain selain Maybank.
Sementara itu, Kaeyda berkata, beliau berbangga kerana Maybank telah dipilih menjadi peneraju dalam kempen tersebut.
"Maybank akan berkerjasama dengan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) yang akan menjadi perantara untuk sumbangan kepada Aqsa Syarif.
"Melalui kerjasama ini, pemegang akaun Maybank dan juga akaun lain dapat memberikan sumbangan secara elektronik.
"Pemilihan Maybank sebagai rakan niaga adalah langkah bijak kerana bank ini mempunyai pemegang akaun terbanyak di pasaran dengan 30 hingga 40 peratus," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Video Direct Debit : http://www.youtube.com/watch?v=o2Qma8Rcm90

A2G17-MyAM - Gandingan Aqsa Syarif, Kementerian Pelajaran, Wakil-wakil IPT dan PERINTIS


MISI AKADEMIA & DIALOG PENGAJIAN TINGGI KE GAZA 
(A2G17-MyAM : AQSA2GAZA Malaysia Academic Mission)
21 -28 June 2013

Kepedulian rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestine terutamanya di Gaza semakin terserlah dan sedang melangkah ke sektor pendidikan pengajian tinggi yang lebih strategik. Kesungguhan Malaysia di dalam membantu Gaza turut dibuktikan dengan lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak ke Gaza baru-baru ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM - Pengajian Tinggi) melaui agensinya iaitu Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) dengan kerjasama beberapa Universiti tempatan dan Aqsa Syarif Berhad sebagai sekretariat bersama misi pada hari ini menghantar MISI AKADEMIA & DIALOG PENGAJIAN TINGGI KE GAZA dari  21 - 28 Jun 2013. 
Delegasi seramai 11 orang yang diketuai oleh Dr Mohd Afandi bin Salleh (UniSZA) bersama wakil-wakil dari IPTA dan IPTS adalah terdiri dari penasihat-penasihat kementerian dan ketua-ketua Kluster MyCommunity, MyFellow kementerian di KPM, Aqsa Syarif dan Persatuan Saintis Islam Malaysia (PERINTIS). 
Bersama  dalam rombongan ini ialah Tan Sri Dato’ Profesor Dzulkifli bin Abdul Razak, Naib Canselor, Al-Bukhary International University dan Prof Madya Dr Abdul Razak Ahmad, Penasihat di Kementerian Pelajaran Malaysia Bhg Pengajian Tinggi. 
Misi Akademik ke Gaza ini mensasarkan empat objektif seperti berikut:-
  1. Menyediakan landasan ‘engagement’ bagi ahli-ahli  akademik Malaysia dan Palestin untuk menyuara dan menyebarkan pandangan tentang isu-isu pembangunan akademik serta berkongsi pengalaman pengurusan pengajian tinggi di Malaysia. 
  2. Mengenalpasti ruang dan peluang kerjasama akademik antara Malaysia dan Palestin dan seterusnya  membuka dan membina jaringan akademia serta mencetuskan program kerjasama yang lebih tersusun, formal dan efektif antara institusi –institusi pengajian tinggi Malaysia dan Palestin.
  3. Mengadakan dan memperkuatkan jaringan sosial dengan komuniti Palestin, serta menempat dan memperkukuhkan pengaruh Malaysia di persada dunia.
  4. Menyampaikan tambahan bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif khususnya untuk sektor Pendidikan di Gaza.
Delegasi Malaysia akan menghadiri Persidangan dan Dialog Pengajian Tinggi Malaysia-Palestin di Universiti Islam Gaza (IUG) yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2013. Enam (6) dari sepuluh (10) kertas kerja akan dibentangkan oleh delegasi dari Malaysia dan selebihnya oleh IUG, Universiti Al-Aqsa Gaza dan Kementerian Pelajaran Palestin. Selain dari Dialog Akademik Malaysia-Palestin, perbincangan menjalin kerjasama akademik dan penyelidikan akan di adakan diantara universiti-universiti di kedua-dua negara.  
Aqsa Syarif yang mempunyai pengalaman di dalam misi-misi kemanusiaan ke Gaza dan sudah menjalin  hubungan erat  dengan IPT-IPT serta NGO-NGO di Gaza berperanan sebagai sekrateriat bersama di dalam rombongan ini yang diwakili oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar iaitu Ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif dan juga Pensyarah dalam bidang Seni Bina, di fakulti Alam Bina UTM Skudai Johor.
Bersempena misi akademik ini, Aqsa Syarif Berhad dengan ini memaklumkan bahawa semenjak 2010, sejumlah lebih RM16.5 juta telah dapat dikumpulkan melalui pelbagai kempen bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.  Sejumlah RM16.5 juta sudah disalurkan melalui 16 misi Aqsa Syarif sebelum ini. Aqsa Syarif telah berjaya menjalankan lebih 60 projek-projek kemanusiaan yang merangkumi sektor makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi. Dari sejumlah tersebut, sebanyak 23 projek yang nilainya RM3.785 juta (23%) adalah peruntukan projek-projek berkaitan pendidikan untuk rakyat Palestin. Sumbangan di sektor pendidikan yang disalurkan Aqsa Syarif merangkumi projek pembangunan (tadika, komuniti, sekolah dan Universiti), pentadbiran dan biasiswa untuk pelajar-pelajar Palestin melanjutkan pelajaran di peringkat kolej dan universiti di palestin dan di Malaysia.  
Bersempena Misi Akedemik ke Gaza ini, para delegasi Malaysia akan juga melawat beberapa projek yang sedang berjalan dan projek baru yang berpotensi untuk dibantu dan disumbangkan rakyat Malaysia. Bertepatan dengan misi A2G17 ini, Aqsa Syarif juga akan menanda tangani beberapa dokumen persefahaman (MoU) projek-projek baru dan menyampaikan serahan bantuan untuk projek-projek bantuan baru yang berjumlah RM1.08juta. Di anatranya ialah sumbangan untuk Universiti Al-Aqsa Gaza untuk projek penyiapan pembinaan dewan kuliah dan masjid di cawangannya di Khanyounis. ,Sumbangan untuk Universiti College of Applied Science Gaza pula ialah untuk projek menaiktaraf makmal perubatan, generator tenaga elaktrik dan sumbangan biasiswa kepada 10 pelajar UCAS di peringkat diploma. Sumbangan untuk IUG pula ialah untuk tajaan biasiswa 10 pelajar miskin belajar di peringkat ijazah.   
Aqsa Syarif juga kali ini menyalurkan bantuan pembinaan bangunan baru sekolah Agsan Wa Afnan di Beithlahya dan bantuan kelengkapan makmal sains di sekolah anak-anak yatim As-Solah & S. Khadijah di daerah Der-Al-Balah, pertengahan semenanjung Gaza.
Misi Akademia ke Gaza ini adalah suatu misi yang ulung dan unik kerana ianya adalah pengemblingan tenaga pihak kerajaan dan NGO Palestin dan akademik. Saya bagi pihhak ketua projek misi ini dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua IPT yang menghanatr wakil meneyrtai misi ini. Penyertaan oleh beberapa wakil IPTA & IPTS serta PERINTIS Insya Allah akan memberi peluang cendikiawan Malaysia memberikan sumbangan yang bermakna kepada rakyat Palestin khususnya dan akan meletakkan Pengajian Tinggi di Malaysia berperanan penting di dalam membela naib rakyat Palestin serta ummah keseluruhannya. 


Peserta-peserta Misi A2G17 / Delegasi Misi Akademik Malaysia ke Gaza;
  1. Dr. Mohd Afandi Salleh, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)-  Ketua Projek
  2. Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor, Albukhary International University 
  3. Prof. Madya Dr. Abdul Razak Ahmad, Penasihat KPT dan Pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia.
  4. Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar, Ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad dan Pensyarah UTM Skudai Johor. 
  5. Prof Madya Dr Badlishah Sham bin Baharin (UPM) dan PERINTIS.
  6. Prof Madya Dr Norita bt. Md Norwawi (USIM) dan PERINTIS.
  7. Dr. Zainal Amin Ayub, Ketua Kluster MyFellow, JPT dan Pensyarah UUM
  8. Dr. Mohd Fauzi bin Abu Husin, Pensyarah UTM
  9. Sdr. Bahrul Mazi Edrak, Ketua Kluster MyCommunity, KPT dan Pensyarah UCTI
  10. Sdr. Abdul Majid Hafiz bin Mohamed, Pensyarah UniSZA
  11. Sdr. Hamilludin bin Md Darus. (PERINTIS).

Berikut adalah capaian berita-berita dan laporan-laporan sepanjang misi berjalan;