
Ceramah dimulakan dengan mengajak para hadirin mempertingkatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan Allah kepada kita dengan memelihara kesucian Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat. Ramai manusia di luar sana yang tidak mendapat hidayah ALlah, mereka hidup di dalam serba tidak menentu tanpa panduan hidup dan tanpa tahu bagaimana hendak menjalani hidup dan menjalani ibadah kepada pencipta sebagaimana yang diturunkan di dalam ajaran suci Islam.

Perjuangan umat Islam dari dahulu hingga kini perlu terus dihidupkan. Isalm adalah agama kebenaran dan sebarang kezaliman perlu ditentang. Semenjak seawal 1940'an lagi dan sejarah penaklukan Palestin 1948 adalah titik hitam di dalam sejarah umat Islam dan hingga kini bumi Palestin masih dijajah rejim zionis Israel. Menjadi tanggungjawab seluruh umat bekerjasama dan membantu untuk membebaskan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Dr ZIn juga menjelaskan bahawa Aqsa Syarif akan menghantar misi bantuan kemanusiaan pada ramadhan kali ini dan menyeru para hadirin menghulurkan bantuan bagi dibawa ke Palestin.
Pengerusi Suaru, Penegrusi Masjid berhampiran, Ketua kampung, AJK surau dan kampung serta penduduk kampung, yang muda dan yang tua sekitar 200 orang menghadiri ceramah tersebut. Wakil Aqsa Syarif Pontian turut hadir mengadakan pameran dan jualan produk-produk Aqsa Syarif dan yang istimewa ialah Kurma Aqsa Syarif.
Di hujung majlis, AJK surau menyerahkan kutipan derma Palestin kepada Dr Mohd Zin dan Wakil Aqsa Syarif Pontian, En Kasfi.
No comments:
Post a Comment