Apa yang perlu ialah kehandak dan komitmen bahawa perjuangan Palestin tidak boleh dibiarkan bersendirian. Kita perlu segera membantu dengan apa jua upaya dan kesempatan. Usaha yang kelhatan sebenarnya besar ertinya untuk diri, keluarga malah penduduk di Palestin
Aqsa2Gaza
Sunday, July 22, 2012
Gaza Walk di bazar Ramadhan Puncak Alam
Imam Muda Tahfiz Dari Gaza
Mingguan Malaysia 22 Julai 2012 - Berita ketibaan 4 imam dari Gaza. Sambutan sederhana tetapi meriah menyelubungi ketibaan para imam mudah tahfiz dari Palestin yang diusahakan oleh Aqsa Syrif dan pertubuhan Ikram Malaysia dengan kerjasama PCOM dan NGO di Gaza.
Friday, July 20, 2012
4 Imam Hafiz dari Gaza dalam penerbangan dari Cairo menuju KLIA
Empat Imam hafiz dari dari Gaza yang akan menjadi tetamu Aqsa Syarif dan Pertubuhan Ikram Malaysia sedang di dalam penerbangan dari Cairo menuju KLIA. Mereka di hantar oleh wakil Presiden Ikram Malaysia di Mesir yang berbahagia Ust Abd Haris Bain dan aktivis Kelab Ikram Mesir.
Keempat-empat imam dari Gaza ketika menunggu penerbangan di lapangan terbang Cairo
Bersama-sama mereka di penerbangan ialah beberapa pelajar Malaysia yang juga di dalam perjalanan balik ke Malaysia untuk bercuti. Urusetia projek membawa Imam Gaza ke Malaysia dan Pengurus-pengurus negeri di seluruh Malaysia sedang menyusun untuk membawa imam-imam tersebut ke seluruh daerah-daerah di Malaysia untuk menjadi imam di masjid-masjid yang terpilih.
Orang ramai dipersilakan ke masjid-masjid di mana imam-imam tersebut akan mengimamkan solat tarawikh. Sila huungi ibu pejabat atau pengurus-pegurus negeri Aqsa Syarif dan ketua-ketua sekretariat daerah.
Thursday, July 19, 2012
Aqsa Syarif Menerima Tetamu Imam Muda al-hafiz dari Palestin Ramadhan ini
Hubungan Akrab Aqsa Syarif dan beberapa NGO di Gaza telah memungkin Aqsa Syarif menerima kunjungan empat (4) orang Imam yang hafiz Qur'an dan lunak suaranya bagi bersama-sama mengimamkan bersolat tarawikh di masjid-masjid di seluruh Malaysia yang akan diurus oleh Pengurus-pengurus Aqsa Syarif Negeri dan Ketua-ketua Daerah.
Di dalam kemelut cengkaman zionis yahudi, rakyat Palestin tetap tabah menjalani tarbiyah dan pengajian Al-Qur'an dan akhirnya mereka berjaya menghasilkan para Hufaz atu menjadi penghafaz Al-Qur'an. Mereka akan berada di sini Insya Allah untuk mengimami solat Tarawikh. Di samping itu mereka akan berkongsi menganai pengalaman hidup sebagai anak-anak mujahid yang mempertahankan bumi Palestin untuk terus dijajah oleh Zionis Israel.
Berikut adalah 4 orang yang akan mendarat di KLIA pada 1 Ramadhan 1433 dan akan disambut oleh aktivis Aqsa Syarif dan media-media utama di Malaysia;
Apakah Objektif Projek Membawa Imam Muda Gaza ke Malaysia ?
Misi membawa Imam Muda Gaza ke pada
masyarakat Malaysia oleh Aqsa Syarif mempunyai beberapa objektif sebagaimana
dalam kertas kerja projek:-
1. Agar masyarakat merasai
dekatnya mereka dengan rakyat Palestin melalui kehadiran Imam-imam muda Gaza di
Malaysia yang mengimamkan Solat Tarawih.
2. Memantapkan kempen kesedaran
Palestin dan meningkatkan dan meluaskan kutipan untuk taung dan Projek Ramadhan di Palestin oleh Aqsa Syarif.
3. Aqsa Syarif reaching out –
media, agensi-agensi kerajaan, NGOs, masjid dan individu-individu strategik.
4. Pendedahan imam-imam muda mengenai akrivis Palestin di Malaysia dan kehidupan
di Malaysia.
Projek: Solat Tarawikh bersama Imam Muda Al-Hafiz dari Gaza, Palestin yang diusahakan oleh oleh Aqsa
Syarif dan Pertubuhan Ikram
Malaysia adalah salah satu dari siri
kempen penerangan isu-isu terkini Palestin dan mendekatkan rakyat Malaysia
dengan perjuangan di Palestin. Empat (4) orang imam muda tahfiz akan berada di Malaysia mu
lai 1 Ramadhan sehingga 4 Syawal dan akan dibawa oleh wakil-wakil Aqsa Syarif ke seluruh Malaysia. Mereka akan menjadi imam solat tarawih di masjid-masjid yang telah dan akan ditentukan di setiap daerah di Malaysia. Sekitar 50 Daerah telah dikenal
pasti dan 100 masjid akan dikunjungi oleh imam-imam muda hafiz dari Gaza itu.
Imam-imam muda yang dilahirkan dan berasal dari Gaza itu
berumur dari 23 – 26 tahun dan mereka adalah graduan dari Pengajian Islam dan
hafiz al-Qur’an.
Aqsa Syarif juga sedang menjalankan kutipan dana untuk
projek-projek yang sedang dan akan dijalankan di Palestin yang diuruskan Aqsa
Syarif. Aqsa Syarif menawarkan orang ramai dan pemimpin-pemimpin persatuan dan
organisasi untuk mengadakan ceramah2/tazkiran Palestin di setiap masjid, surau,
pejabat dan sekolah-sekolah, dengan memanggil wakil-wakil Aqsa Syarif seluruh
negara bersama imam-imam muda hafiz dari Gaza itu pada waktu solat Tarawih
mahupun pada siang hari sepanjang Ramadhan.
Kehadiran para imam muda tahfiz di Malaysia secara langsung
juga mendedahkan mereka dengan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia ketika
menyambut bulan Ramadhan dan usaha-usaha rakyat Malaysia membantu perjuangan
pembebasan Palestin.
Aqsa Syarif yang mempunyai pejabat operasi di Gaza kini telah
bekerjasama dengan 7 pertubuhan NGO dan 3
agensi awam di Palestin. Lebih 20 projek bantuan kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan sosio-ekonomi sedang giat dilaksanakan melalui sumbangan rakyat Malaysia. Pada Ramadhan tahun lalu Aqsa Syari
f telah menghantar 11 sukarelawan dan meng
agihkan sejumlah RM1.5j dalam bentuk projek bantuan kemanusiaan. Dua misi kemanusiaan akan dihantar Aqsa Syarif Ramadhan tahun ini dan orang ramai dijemput menyumbang bagi membiayai 13 projek-projek yang telah dikenalpasti termasuk 2000 hidangan berbuka puasa di Gaza dan di Masjidil Aqsa, 1500 pek bungkusan makanan untuk keluarga miskin, 1500 set bag dan uniform sekolah, 250 set sumbangan pesakit di Hospital dan lain-lain.
agensi awam di Palestin. Lebih 20 projek bantuan kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan sosio-ekonomi sedang giat dilaksanakan melalui sumbangan rakyat Malaysia. Pada Ramadhan tahun lalu Aqsa Syari
f telah menghantar 11 sukarelawan dan meng
agihkan sejumlah RM1.5j dalam bentuk projek bantuan kemanusiaan. Dua misi kemanusiaan akan dihantar Aqsa Syarif Ramadhan tahun ini dan orang ramai dijemput menyumbang bagi membiayai 13 projek-projek yang telah dikenalpasti termasuk 2000 hidangan berbuka puasa di Gaza dan di Masjidil Aqsa, 1500 pek bungkusan makanan untuk keluarga miskin, 1500 set bag dan uniform sekolah, 250 set sumbangan pesakit di Hospital dan lain-lain.
Aqsa Syarif mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua
pihak khususnya agensi-agensi media yang membantu menyebarluaskan maklumat
menganai Palestin kepada masyarakat Malaysia.
Jika orang ramai berminat untuk menjemput mereka ke Masjid tuan/puan sila hubungi Pengurus-pengurus Aqsa Syarif negeri atau hubungi Ibu Pejabat. Juga boleh hubungi Ust Qamr : 0196822445; Nor Syazli : 0123614874 atau Dr Mohd Zin di 013-4352539. Semoga Ramadhan kali ini kita lalui dengan penuh ketakwaan dan keinsfan.
Jom bersama mereka di masjid-masjid yang akan disusun di seluruh Malaysia Insya Allah.
Sunday, July 15, 2012
Majlis Makan Malam Amal Rose2Rose AQSA Cemerlang & Menyentuh Perasaan Mereka Yang Hadir
Dr Mahmoud Hirthani, Pensyarah di University AL-Quds Gaza yang turut hadir di majlis makan malam Amal R2R AQSA menyatakan bahawa beliau jarang menangis di Gaza walaupun berhadapan dengan pelbagai situasi kerana mereka memang perlu sentiasa tabah, tetapi pada malam tersebut beliau menetiskan air mata beberapa kali khususnya apabila beberapa acara pentas dipersembahkan.
Begitulah suasana yang berjaya diwujudkan oleh Penganjur hasil perancangan rapi, kejelasan objektif dan gandingan mantap semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran Mjlis Makan Malam Amal R2R AQSA yang di adakan pada 14 Julai 2012 mulai 8.30 malam di Dewan Kristal TM Convention Centre, Menara Telekon Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur.
Sejumlah 100 meja dijual (1000 kerusi) dengan kehadiran hampir 100% dari kalangan orang awam, wakil badan-badan korporat, wakil-wakil NGO dan para tetamu dari dalam dan luar negara khususnya dari Palestin. Di antara VVIP yang hadir iaitu dari Palestin ialah Sister Tahani Ramadan Abu Jazar (Ummu
Moaz), pengurus Dar Al Quran wa sunnah Rafah; Dr Khalid Mahmoud Abu Nada,
Chairman Darul Quran Wa Sunnah, Rafah; Dr Dr Mahmod Al- Hirthani, Adik Aya Sad Mussa Abu Jazar (Anak Ummu Moad's), penghafal 30 juzuk dalam masa 2
bulan, pelajar Dar Al-Quran dan Sister Syaama Shehab, pengurus Al-Rahma society Jabalia.
Manakala tetamu dari Malaysia ialah Prof Madya Dr Hafidzi bin Mohd Nor - Pengerusi Aqsa Syariff
, Tn Syed Ibrahim bin Syed Noh - Vice President, IKRAM, Dato' Dr Musa Mohd
Nordin - Chairman, Viva Palestina Malaysia, Datuk Bazlan Osman - Group Chief
Financial Officer –TM, Hj Ahmad Azman Azizul Rahman Pemangku CEO World Wide Holdings, Tn Hj Mohd Adam Mohd Said - CEO Irshad, dan Wakil kepada Tan Sri Azman
Mokhtar - Managing Director Khazanah.
Majlis Makan Malam Charity R2R AQSA adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek-projek membantu wanita di Palestin, khususnya pembinaan pusat-pusat komuniti wanita di Gaza. Aqsa Syarif melalui projek R2R telah menyalurkan sejumlah RM300,000 untuk pembinaan bangunan pusat komuniti wanita di Rafah pada awal 2012. Dua pusat lagi akan dibina pada penghujung tahun ini pada Insya Allah.
Sister Tahani Ramadan Abu Jazar (Ummu Moaz) di dalam ucapannya menyatakan rasa terharu dan sangat-sangat menyanjung usaha Aqsa Syarif khususnya JK Pusat R2R serta JK Majlis Makan Malam R2R. Ucapan turut disampaikan oleh Sister Syaama Shehab serta bacaan hafazan Qur'an oleh Sister Aya Sad Mussa Abu Jazar. Adik Aya Sad Mussa Abu Jazar turut dijemput mempersemahkan bacaan ayat-ayat Qur'an - beliau adalah di antara penghafaz yang dihasilkan oleh organisasi Dar-Qur'an Wa Sunnah, Gaza.
Beberapa persembahan pentas termasuk tayangan montaj R2R, nasyid live oleh kumpulan Soff-one, sajak Palestin, Flash Mob oleh sekumpulan lebih 30 pelajar UiTM dan Ikramteen Subang Jaya, Jualan Lelongan produk Palestin, Deklamasi Sajak Palestin oleh Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan En.Munawer Ismail dengan iringan muzikal dan persembahan Sand-Art yang sungguh unik dan mengkagumkan oleh En Long Bee Gee.
Pengacara utama Dr Hafidzah binti Mustakim dengan dibantu DeeJay Idris dan Ust Roffazlin telah berjaya membawa hadirin kepada pelbagai segmen dan sudut yang istimewa termasuk juaan cenderahati meja ke meja yang dibawa oleh beberapa kumpulan anak-anak serta acara lelongan amal produk-produk seni kraf dari Palestin yang mencecah lebih RM1000.00 untuk satu-satu produk.
Jumlah kutipan sumbangan sampul yang diperolehi dari meja-meja hadirin pada malam tersebut berjumlah RM193,000. Ini tidak termasuk sumbangan wakaf dan jualan meja jamuan. Jumlah jualan pelbagai produk Palestin dianggaran berjumlah RM15,000, manakala sumbangan khas diterima dari Woldwide Holding berjumlah RM30,000 dan dari Pn Siti Haniza Mohd Nazri berjumlah RM140,000. Seramai 200 orang pelajar bersama meraikan dan memberi sokongan kepada program Rose2Rose. Tahniah kpd Ummi MedikMesir (Pn Siti Haniza Mohd Nazri) atas kejayaan dan santunan terhadap bakal-bakal pelajar aktivis yang akan bersama menggerakkan kesedaran Palestin bersama Aqsa Syarif Mesir.
Di luar dewan UmiMedikMesir turut memborong keseluruhan frame-frame bergambar Art4Palestine yang dihasillan melalui kompilasi imej secara digital oleh Muhammad Aiman, bekas pelajar UIA dari Johor dengan nilai RM1400 bagi disumbangkan untuk Palestin.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada Pn
Norsham Abu Bakar - Pengarah Program serta Dr Fauziah Hassan - Penasihat R2R serta semua ikhwah/akhawat, hadirin hadirat dan para penyumbang yang terlibat secara langsug dan tidak langsung bagi menjayakan program yang membawa misi khusus untuk membantu perjuangan Palestin dan Membela rakyat Palestin.
Maklumat Lanjut sila ke : http://www.facebook.com/myrose2rose?ref=ts
Friday, July 13, 2012
13 Program & Projek Bersempena Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan Di Palestin
Kejayaan menyalurkan sejumlah RM1.5 Juta sumbangan yang dikumpulkan Aqsa Syarif dari rakyat Malaysia pada Ramadhan tahun lalu mendorong JK Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Palestin tahun ini melipatgandakan usaha untuk membawa sejumlah RM3 juta bagi 13 Program dan Projek membantu dan membela rakyat Palestin.
Sehingga kini Aqsa Syarif telah menjalankan 32 program dan projek semenjak awal 2010 di Gaza, di Tebing barat dan di kem-kem pelarian di luar Palestin. Pada akhir 2010, Aqsa Syarif bersama TV3 di dalam rancangan Bersamamu Palestin dengan penampilan artis Faizal Tahir telah menyalurkan bantuan tajaan Beras Faiza. Pada masa yang sama, Aqsa Syarif menyalurkan tajaan anak-anak yatim secara bulanan di kem-kem pelarian di Beirut. TV3 dengan penampilan pengerusi Aqsa Syarif ketika itu, Ustaz Hassanudin Mohd Yunos telah menghasilkan beberapa siri rancangan TV Bersamamu Palestin.
Setelah kejayaan Misi Kemanusiaan Global jalan darat dari UK ke Gaza pada pertengahan Sep - Akhir 2010 yang disertai Aqsa Syarif (lihat di SINI), sehingga Jun 2012, tujuh (7) misi kemanusiaan telah dianjurkan dan disertai Aqsa Syarif ke Gaza. Hasil kerjasama akrab di antara Aqsa Syarif dan 7 NGO serta 3 Agensi Kerajaan di Gaza, Aqsa Syarif telah berjaya membantu membangunkan empat (4) sektor fokus yang kritikal bagi membangun semula Gaza selepas Gaza diserang rejim zionis Israel pada Dis 2008 - Jan 2009.
Penganalisaan yang teliti oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta kepakaran para kakitangan dan aktivis Aqsa Syarif, 4 fokus projek yang kritikal dikenalpasti dan telah / sedang dijalankan iaitu merangkumi;
a. Sektor Makanan,
b. Sektor Kesihatan/Perubatan,
c. Sektor Pendidikan/Pelajaran dan
d. Sektor Sosio-Ekonomi.
Lihat di SINI senarai lengkap projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.
Lihat di SINI senarai lengkap projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

Berbekalkan komitmen para aktivis Aqsa Syarif yang bertebaran di seluruh Malaysia dan luar negara kini Aqsa Syarif mendapat kepercayaan dan dokongan yang padu oleh NGO-NGO dan agensi-agensi kerajaan di Gaza khususnya. Komitmen 14 Pengurus-pengurus Sekretariat Negeri-negeri dan lebih 70 Ketua-ketua Sekretariat Daerah di Malaysia (Lihat di SINI) telah menjadikan perancangan dan usaha Aqsa Syarif menjadi kenyataan.
Kewujudan dan aktiviti Aqsa Syarif bukan sahaja dilibati masyarakat di dalam negara, para pelajar dan rakyat yang berada di luar negara juga turut berminat untuk menjadi aktivis dan sukarelawan Aqsa Syarif. Sehingga kini beberapa inisiatif yang menjadikan Aqsa Syarif di Malaysia sebagai mentor telah memungkinkan kewujudan sekretariat Aqsa Syarif luar negara menjalankan aktiviti kesedaran dan kutipan dana. Di antaranya ialah Aqsa Syarif Europe, Misi Kasih Palestin (UK), Aqsa Syarif OZ, dan di beberapa negaa seperti Mesir, Jepun, China dan Korea.
Tambahan pula dengan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia, pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan korporat telah memampukan Aqsa Syarif menjana dana yang melebehi sasaran tahunan. Semenjak tahun 2010 sehingga pertengahan 2012, sejumlah RM5juta telah dapat dikumpulkan dan sejumlah RM4juta telah disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga Jun 2012.
Projek dan Program Ramadhan 1433 / Julai 2012
Setelah kajian di buat dan perbincangan dengan rakan-rakan NGO di Palestin, pada Ramadhan tahun ini Aqsa Syarif telah mengenalpasti 13 program dan projek dan berusaha untuk menyalurkan dana sejumlah RM3 juta (TV Hijrah) yang akan menjurus kepada tiga fokus keperluan di Palestin iaitu;
a. Bantuan Makanan dan Keperluan Ramadhan dan Syawal.
b. Bantuan Asas Keluarga Miskin.
c. Projek Jangka Panjang Dalam Sektor Pendidikan, Makanan, Kesihatan dan Sosio-Ekonomi.
Untuk bantuan makanan dan keperluan Ramadhan dan Syawal, orang ramai ditawarkan menyumbang secara mudah dengan pakej serendah RM50 hingga RM300 dan ini adalah dibawah lingkungan upaya individu.
Di antara pakej yang ditawarkan ialah pakej berbuka puasa di Masjidil Aqsa & di kem-kem pelarian di Gaza dengan hanya RM50 untuk satu set yang boleh dimakan untuk jamuan berbuka oleh 2-4 orang. Eid Gift pack untuk para pesakit kanser di Hospital di Gaza (khususnya di Hospital Kanser Rantissi) dengan nilai RM250, Ramadhan Gift Pack yang mengandungi makanan dan lain-lain untuk keluarga miskin dengan nilai RM300 dan pakej Back to School (set bag dan uniform pelajar-pelajar yatim dan miskin dengan nilai RM150.
Untuk bantuan keluarga miskin dan dhoif pula, Aqsa Syarif dengan kerjasama Salam Society dan Emaar Association di Gaza telah mengenalpasti lebih 40 rumah untuk dibaikpulih dan harganya sekitar RM15,000. Perdana Menteri Palestin di Gaza, Dr Ismael Haniyeh telah memberi penekanan khusus menganai bantuan ini dan Aqsa Syarif menyahut seruan tersebut yang telah bermula projek tersebut pada Jun 2012.
Untuk Projek jangkapanjang, Aqsa Syarif telah membuat kajian dan mengambil strategi dan pendekatan memberikan "joran" dan bukan "ikan". Ini adalah bagi membantu rakyat Gaza dapat bangun semula dengan pendekatan mampan/lestari. Sebahagian projek telah mula berjalan semenjak akhir 2010 dan sebahagiannya baru dimulai yang menyentuh spektrum yang luas termasuk dalam sektor kesihatan, makanan, pendidikan dan pembuatan.
Bagi memberi peluang orang ramai dapat menyertai projek-projek yang berdaya saing dan telah terbukti berjaya seperti peojak kilang roti persahabatan Malaysia-Palestin, projek ternakan lembu, projek kilang keju, projek ternakan ikan dan projek pembiayaan mikro Qardhul Hassan, pakej kecil diwujudkan yang nilainya sekitar RM5,000 hingga RM9,000. Pakej ini boleh di sertai melalui pengemblingan secara berkumpulan seperti oleh satu keluarga, melalui persatuan dan kelab-kelab, masjid, pejabat dan badan korporat.
Pendekatan di atas akan memberikan kemudahan bagi orang ramai dan secara berkumpulan bersama-sama melibatkan diri di dalam beramal di bulan Ramadhan yang mulia untuk membela dan membantu rakyat dan perjuangan di Palestin.
Orang ramai boleh mendapatkan brosur dari wakil-wakil daerah Aqsa Syarif yang berdekatan yang menurunkan kesemua program/projek dan menggunakan borang khas. Orang ramai cuma perlu MEMILIH dengan menanda jenis tajaan yang dihajati, MEMBUAT PEMBAYARAN melaui Maybank atau Bank Islam dan MEMAKLUMKAN kepada ibu pejabat atau ketua Aqsa Syarif berdekatan. Pembayaran juga boleh dibuat dengan ketua-ketua daerah atau pengurus-pengurus Aqsa Syarif Negeri.
Subscribe to:
Posts (Atom)


































