Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, August 24, 2012

33 SUKARELAWAN AQSA SYARIF BERJAYA SALUR BANTUAN RM2.5 JUTA KE PALESTIN



KENYATAAN MEDIA AQSA SYARIF
(BERSEMPENA KEPULANGAN MISI A2G8 & A2G9 AQSA SYARIF DI PALESTIN PADA  24 & 25 OGOS 2012 DI KLIA)

33 SUKARELAWAN AQSA SYARIF BERJAYA SALUR BANTUAN RM2.5 JUTA KE PALESTIN

Projek bantuan khas Ramadhan & Eidul-Fitri di Palestin = RM1.1 juta
Projek bantuan kritikal untuk membangun semula Gaza kesan sekatan bermula 2006 dan serangan rejim zionis yang kejam pada 2008/2009 = RM1.4 juta


36 Peserta misi A2G8 & 9

Aktivis AQSA dan sanak saudara menyambut kepulangan para peserta misi di KLIA

Anggota Pemegang Amanah AQSA menyambut kepulangan para peserta misi di KLIA

Para imam muda Gaza yang menjadi tetamu Aqsa Syarif dan Rakyat malaysia turut 
 menyambut kepulangan para peserta misi di KLIA

Sanak saudara menyambut kepulangan para peserta misi di KLIA

Anggota Pemegang Amanah AQSA menyambut kepulangan para peserta misi di KLIA 
bergamber bersama jurukamera TV3 yang hadir membuat liputan.

Aqsa Syarif dengan sukacitanya memaklumkan misi Ramadan/Shawal A2G8 dan A2G9 ke Gaza telah berjaya disempurnakan dengan cemerlang. Kedua-dua misi yang dijadualkan bertolak mulai 12 Ogos 2012 dalam dua peringkat telah diserpurnakan walaupun terpaksa berlepas lambat iaitu pada 14 dan 15 Ogos 2012 disebabkan suasana sementara ketegangan di Semenanjung Sinai yang akhirnya reda.
Seramai 22 sukarelawan Aqsa Syarif dari Malaysia, 3 wartawan dari Malaysia, 2 sukarelawan dari United Kingdom dan 9 sukarelawan Malaysia dari Mesir akhirnya telah berjaya memasuki sempadan Rafah dan berada di Gaza Palestin dari 15 Ogos – 22 Ogos 2012.
Kesemua 33 sukarelawan Aqsa Syarif dan  3 wartawan Malaysia (36 kesemuanya) telah berjaya berada di Gaza selama 3 hari diakhir Ramadhan dan 4 hari Syawal. Aktiviti padat telah disusun sepanjang sukarelawan di Gaza dengan 8 NGO tempatan dan 3 agensi awam di Gaza. Kesemua sukarelawan Aqsa Syarif yang mewakili aktivis-aktivis neger-negeri dan daerah-daerah dari seluruh Malaysia adalah dengan perbelanjaan masing-masing untuk tiket penerbangan, perjalanan darat, penginapan dan makan-minum dan tidak diambil dari peruntukan ibu Pejabat Aqsa Syarif.

Sejumlah RM2.5juta bantuan telah berjaya diagih-agihkan oleh para sukarelawan melalui kerjasama NGO dan agensi awam kepada rakyat Palestin yang merangkumi 4 projek / program khas Ramadhan & Eidul Fitri dan 12 projek-projek membangun semula Gaza. Kesemua di atas merangkumi empat sektor kritikal di Palestin iaitu;
a. Makanan,
b. Kesihatan,
c. Pendidikan dan,
d. Sosio-ekonomi.

Berikut adalah perincian program dan projek Aqsa Syarif Ramadhan & Syawal di Palestin tahun ini:-

A. Projek bantuan khas Ramadhan & Eidul-Fitri di Palestin.

1. Iftar (juadah berbuka puasa) 
Pengagihan 1000 set iftar di kem-kem pelarian di Gaza yang telah dapat dinikmati oleh  4000 rakyat Gaza.
- Pengagihan 1000 juadah untuk 1000 rakyat yang cacat tubuh badan disebabkan kecederaan di dalam serangan tentera-tentera Israel pada tahun 2008/09.
Pengagihan 1000 set iftar di Masjid Aqsa yang telah dapat dinikmati oleh  4000 rakyat di Baitul Maqdis / Tebing Barat.
>> Jumlah penerima Juadah Iftar : 9000 orang dengan nilai RM115,500.00

2. Ramadhan Gift Pack – RGP (Pek Makanan / Hadiah) 
-   1,500 pek makanan (Ramadhan Gift Pack) telah diagih-agihkan kepada 1,500 keluarga yang secara purata akan memberi makan kepada lebih 10,000 rakyat miskin di Gaza menjalani Ramadhan dan menyambut Eidul Fitri.  
- 1000 bungkusan sumbangan Aidil Fitri untuk 1000 rakyat yang cedera di Gaza dan 250 pesakit-pesakit di Hospital Rantissi.
- 300 bungkusan makanan kepada rakyat yang dicedrakan/hilang anggota tubuh oleh serangan Israel yang dapat memberi makanan 1,200 orang.
- 1000 bungkusan hadiah Eid-ul Fitri kepada rakyat yang dicedrakan/hilang anggota tubuh oleh serangan Israel yang dapat diterima oleh 1,200 orang.
>> Jumlah penerima RGP : 13,400 orang dengan nilai RM605,500.00

3. Back to School – B2G (Projek Sumbangan Set Bag Sekolah berserta uniform) 
- 2000 set bag sekolah yang mengandungi pakaian seragam untuk 2000 pelajar miskin di Gaza telah di agih-agihkan dengan nilai setiap set RM150.00.
 >> Jumlah penerima B2G : 2000 pelajar-pelajar miskin dengan nilai RM300,000.00

4. Pembelian ubat-ubatan hospital disalorkan kepada kementerian kesihatan Gaza.
 >> Jumlah disalorkan misi A2G8 & 9 = RM10,000.00



B. Projek bantuan kritikal untuk membangun semula Gaza kesan sekatan bermula 2006 dan serangan rejim zionis yang kejam pada 2008/2009.

Selain dari sumbangan-sumbangan khas Ramadhan, Aqsa Syarif juga telah berjaya menyalurkan sumbangan-sumbangan untuk membantu rakyat Gaza membangun semula pelbagai sektor penting untuk beberapa projek kritikal seperti berikut:-

1. pembinaan kilang roti ke dua bernilai RM600,000. Majlis perletakan batu asas dan menandatangani (MoU) telah diadakan di antara Aqsa Syarif dengan Emaar Association for Releive & Development, Khanyounis, Selatan Gaza.
>> Nilai sumbangan permulaan projek di serahkan = RM100,000.00

2. Pembinaan 40 buah rumah  rakyat yang sangat dhoif setiap satunya RM15,000. Projek dijalankan oleh As-Salam Society, Jabalia;
>> Nilai sumbangan permulaan projek di serahkan peserta misi A2G8&9 untuk 10 buah rumah/keluarga = RM150,000.00

3. Pembinaan pusat kesihatan RM1.5j di daerah tengah Semenanjung Gaza yang diuruskan oleh Palestinian Welfare House (PWH);
>> Nilai sumbangan permulaan projek dan perletakan batu asas di serahkan peserta misi A2G8&9 berjumlah = RM100,000.00

4. Projek Pembinaan musolla untuk 10 buah sekolah di Gaza dengan kerjasama Emaar Association dan Kementerian Pelajaran Gaza. Setiap satu bernilai RM20,000;
>> Nilai sumbangan fasa kedua untuk 3 buah musolla di serahkan peserta misi A2G8&9 berjumlah = RM60,000.00

5. Bayaran permulaan projek pembinaan pusat komuniti wanita ke dua di Jabalia (projek Rose2Rose) sebanyak RM100,000. Projek pertama telah disempurnakan di Rafah pada Jun 2012 dengan nilai RM350,000;
>> Nilai sumbangan permulaan serahkan peserta misi A2G8&9 berjumlah = RM100,000.00

6. Sumbangan tambahan 20 ekor benih lembu tenusu setiap ekor RM9,000 kepada projek ternakan lembu di Jabalia;
>> Nilai sumbangan serahkan peserta misi A2G8&9 untuk 10 ekor benih berjumlah = RM90,000.00

7. Tambahan modal skim pembiayaan mikro (Qordhul Hassan) berjumlah RM67,500 yang akan menyediakan pembiayaan tambahan untuk 15 orang usahawan kecil;
>> Nilai sumbangan serahkan peserta misi A2G8&9 kepada Emaar Association berjumlah = RM67,500.00

8. Tambahan modal permulaan projek Malaysian-Palestinian Village Industry (MyPVI) yang bernilai RM3.5j. sebagai sumbangan ke-dua.
>> Nilai sumbangan serahkan peserta misi A2G8&9 kepada pelaksana projek iaitu Islamic Soc of Jabalia berjumlah = RM200,000.00

9. Bantuan keperluan asas kelengkapan rumah untuk 50 buah keluarga muda di Gaza.
>> Nilai sumbangan serahkan peserta misi A2G8&9 kepada pelaksana projek iaitu Islamic Soc of Jabalia berjumlah = RM80,000.00

10. Bantuan berterusan tambahan bulanan untuk  45 anak-anak yatim di Gaza (RM170.00 sebulan / anak yatim – anak syuhada’ dan miskin).  Aqsa Syarif telah menguruskan tajaan rakyat Malaysia kepada 1,500 anak-anak yatim Palestin secara bulanan.
>> Nilai sumbangan serahkan peserta misi A2G8&9 kepada pelaksana projek tajaan ini berjumlah = RM47,000.00

11. Tambahan peruntukan untuk membantu keluarga tahanan-tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. Mereka adalah di antara pemuda-pemuda dan ketua-ketua keluarga yang ditangkap secara tidak sah oleh tentera-tentera Israel yang kejam.
>> Nilai disalurkan misi A2G8 & 9  = RM16,000.00

12. Lain-lain peruntukan keperluan kecemasan bantuan untuk penduduk Gaza ketika misi A2G8&9 di Gaza.
>> Nilai peruntukan diberikan = RM100,000.00


Semua sumbangan orang ramai yang disalorkan melalui tabung Palestin Aqsa Syarif sama ada dalam bentuk sumbangan khas Ramadhan dan Tajaan bagi projek-projek pembangunan semula Gaza tersebut telah berjaya  disalorkan dengan jayanya oleh peserta misi sepanjang 7 hari di Gaza.

Pihak ahli pemegang amanah Aqsa Syarif mengucapkan syabas dan terima kasih kepada ketua rombongan misi A2G8 & A2G9 iaitu Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Dr Shamsuri Abdullah, semua sukarelawan dan tiga peserta media yang berjaya menyertai misi kali ini.

Aqsa Syarif mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan rakyat Malaysia yang sangat bermurah hati untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin terutama ketika mereka sedang menjalani ibadah puasa dan menyambut ketibaan Aidil Fitri. Aqsa Syarif juga mengalu-alukan sumbangan berterusan dari orang ramai kerana misi bantuan untuk rakyat Palestin akan diteruskan dan akan ditingkatkan dengan pelbagai projek baru Aqsa Syarif yang akan di war-warkan dari masa ke semasa.

Aqsa Syarif juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh masjid-masjid seluruh Malaysia yang memberi kerjasama ke atas kehadiran imam-imam muda al-hafiz dari Gaza yang menjadi imam-imam di hampir 200 masjid mengimami solat tarawih serta mambantu menjana dana kemanusiaan Palestin Aqsa Syarif.

Sumbangan kepada rakyat Palestin boleh disalurkan ke akaun Maybank Islamic 551575-004299 atau akaun Bank Islam Malaysia Bhd 12092010034904.

Maklumat terperinci dan laporan-laporan sepanjang misi A2G8 and A2G9 dapat dirujuk di;
Penyelaras Misi A2G8 & A2G9 : Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar : 013-4352539.
Sekretariat di Ibu Pejabat Aqsa Syarif : Ust Kamaruzaman : 019-6822445.
  

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah Aqsa 


Sumbangan Ramadhan Gift Pack (RGP) dan Eid Gift Pack (EGP) kepada rakyat yang 
tercedra dan hilang upaya oleh serangan Israel 2008/09

Agihan RGP kepada penduduk di Gaza

Agihan RGP kepada penduduk di Gaza

Agihan RGP kepada penduduk di Gaza

Majlis meraikan kanak-kanak yang sedang mendapat rawatan kanser di Hospital 
Kanser Kanak-kanak Rantissi

Package Eid Gift Pack di Gaza oleh Aqsa Syarif hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk 
anak-anak yatim & keluarga mereka

Package Iftar untuk Ramadhan di Gaza oleh Aqsa Syarif hasil sumbangan rakyat Malaysia

Sumbangan Ramadhan Gift Pack (RGP) dan Eid Gift Pack (EGP) kepada rakyat yang 
tercedra dan hilang upaya oleh serangan Israel 2008/09

Sumbangan Ramadhan Gift Pack (RGP) dan Eid Gift Pack (EGP) kepada rakyat yang 
tercedra dan hilang upaya oleh serangan Israel 2008/09

Agihan Iftar Ramadhan di Gaza

Banner Program meraikan kanak-kanak di Hospital Rantissi di sengarakan oleh Khatwa Association

Pertemuan ahli akademik dengan presiden Universiti Islam Gaza

Bertukar dokumen MoU pembinaan projek kilang roti ke-2

Tajaan Iftar di masjid di Khanyounis

Agihan Iftar Ramadhan di rumah-rumah di kem pelarian di Gaza

Penyerahan tajaan bulanan anak-anak yatim di Gaza

Penyerahan tajaan bulanan anak-anak yatim di Gaza

Tajaan iftar ramadhan di masjid di Khanyounis Gaza

Agihan tajaan perbelanjaan anak-anak yatim secara bulanan di Gaza




No comments:

Post a Comment