Perjuangan Afdlin Shauki Di Bumi Gaza
“Sepanjang 22 tahun menjadi artis, saya hanya menggunakan platform ini untuk kepentingan diri saya sendiri dan juga keluarga. Saya rasa kini sudah tiba masanya untuk saya guna status saya sebagai artis bagi melakukan kebajikan pula,” ujar pelakon, pengarah serta pengacara terkenal, Afdlin Shauki ketika ditemui pada majlis sidang akhbar perlantikan beliau sebagai duta Aqsa Syarif di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, petang Rabu.
Aqsa Syarif merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2010 yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan dengan visi untuk menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Kehadiran Afdlin selaku duta adalah bertujuan untuk menzahirkan sokongan serta merancakkan lagi usaha bagi membantu rakyat Palestin yang dizalimi.
“Saya mula terpanggil untuk melakukan perkara seperti ini bila pulang dari India tahun lepas. Saya dapat lihat kesusahan yang mereka alami. Kita juga tahu dan selalu dengar masalah yang berlaku di Palestin dan saya rasa bersalah jika tidak melakukan sesuatu.
“Selain itu, saya seorang yang mudah tersentuh dengan hal yang berkaitan kanak-kanak. Saya nampak mereka macam anak saya sendiri dan bila lihat video kekejaman yang dilakukan Israel kepada kanak-kanak yang tidak berdosa, saya rasa tersentuh dan itu merupakan salah satu sebab saya berada di sini sekarang.”
Tambah Afdlin lagi, “Saya dapat tawaran dari pihak Aqsa Syarif pada tiga hari lepas. Mereka ingin saya menjadi duta selepas tengok profil saya di Facebook dan memberitahu ada peningkatan derma bila saya letakkan nombor akaun mereka di Facebook saya.
“Saya agak terkejut kerana seminggu sebelum itu saya turut ditawarkan menjadi duta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi misi ke Gaza. Namun, di sini bukan niat utama saya untuk menjadi duta kerana niat saya ikhlas untuk membantu mereka yang ditindas. Lagipun, saya belum buat satu perkara bagi memperjuangkan sesuatu yang penting dalam hidup saya. Ini adalah salah satu benda baru yang saya cinta untuk buat iaitu membantu sahabat-sahabat di Palestin,” ujar Afdlin lagi.
Sebagai duta, Afdlin akan terlibat dengan misi ke-11, ‘Aqsa Syarif ke Gaza’ di mana beliau akan berangkat bersama lima belas ahli rombongan yang lain ke Gaza pada 3 Disember ini. Afdlin yang turut membawa lima krew beliau dari syarikat produksi Vision Works dijangka akan berada di sana sehingga 10 Disember depan.
Diambil dari http://www.gua.com.my/berita-artis/Perjuangan_Afdlin_Shauki_Di_Bumi_Gaza.html