Khamis, 15 November 12
RAKYAT GAZA SAMBUT MUHARRAM DENGAN BOM ISRAEL LAKNATULLAH
1. Lazimnya, dunia akan menyambut Tahun Baru penuh kegembiraan dengan percikan bunga api dan azam baru masing-masing.
2. Semalam di Gaza, rakyatnya diberi sambutan tahun baru Hijrah 1434 dengan bom dan peluru berpandu Israel laklnatullah. Telah gugur syahid komander Briged al-Qassam, Ahmed Ja’bari dan anaknya ketika sedang memandu kereta setelah dibedil peluru berpandu Israel. Seperti biasa pihak Zionis mempertahankan tindakan biadap kebinatangan mereka dengan hujah memelihara keselamatan rakyat mereka dari serangan ‘pengganas’ Palestin. Serangan tersebut diikuti pula dengan sokongan oleh negara-negara yang tidak berprinsip, khususnya Amerika.
3. Jurucakap pertahanan Israel mengakui bahawa Ahmed Ja’bari adalah sasaran operasi mereka kali ini dan beberapa lagi pemimpin HAMAS, termasuk PM Ismail Haniyeh. Setakat ini 55 serangan udara Israel telah dilancarkan dalam operasi yang mereka gelar “Pillar/Column of Defence” atau “Pillar of Cloud”. Mereka juga sedang merancang operasi darat dalam masa terdekat, sebagai usaha memusnahkan kekuatan Palestin di Gaza.
4. Serangan kali ini bermula dari pembunuhan seorang anak Palestin 13 tahun yang sedang
bermain bola di Khan Younis oleh askar Yahudi yang mencerobohi masuk sempadan Gaza.
Sehingga kenyataan media ini ditulis, 15 penduduk Gaza telah syahid, termasuk kanak-kanak berumur diantara 11 bulan hingga 13 tahun. 50 orang mengalami kecederaan dan ramai mendapat kecacatan kekal. 30 buah rumah dan bangunan telah musnah.
5. Tanpa berselindung, pemimpin Israel telah menyatakan hasrat mereka untuk menghapus
lenyapkan rakyat Palestin dari muka bumi Palestine. Mereka menghukum rakyat awam. Mereka sengaja mensasarkan kanak-kanak untuk mempastikan tiada generasi pengganti pejuang Palestin.
Sebagai NGO yang khusus mengikuti perkembangan di Palestine, Aqsa Syarif:
1. Menyokong dan memuji tindakan tegas Presiden Mesir Dr. Morsi mengusir keluar duta Israel dari Mesir dan memanggil pulang dutanya di Tel Aviv.
2. Mendesak OIC dan PBB mengambil tindakan ke atas rejim Zionis yang membunuh orang
awam, dan melakukan sesuatu terhadap kesejahteraan rakyat Palestine di Gaza.
3. Mengutuk Presiden Amerika Obama dengan kenyataan berat sebelah mengiktiraf tindakan Israel melakukan serangan bersenjata ke atas Gaza sebagai mempertahan diri, sebaliknya beliau telah mengutuk Gaza kerana melancarkan roket ke selatan Israel.
4. Memohon laknat ke atas regim Israel kerana menjadikan serangan ini sebagai satu usaha
politik melonjakkan sokongan menjelang pilihanraya Januari 2013.
Sebagai NGO yang aktiviti utamanya menyalur bantuan kepada rakyat Palestin, Aqsa Syarif:
1. Akan menggerakkan kempen “A2G EMERGENCY RELIEF - Selamatkan Kanak-kanak Gaza” untuk membantu meringankan beban rakyat Palestine yang berada dalam darurat. Aqsa Syarif mensasarkan kutipan sumbangan RM1juta dalam masa beberapa minggu ini untuk di hantar segera ke Palestine.
2. Telah menetapkan sumbangan permulaan RM300 ribu dari Tabung Palestine yang sedia ada untuk dikirim dengan serta merta. Kelab Ikram Malaysia dan Aqsa Syarif Mesir juga sudah berada dalam keadaan siap-sedia untuk melaksanakan apa juga yang perlu.
3. Aqsa Syarif menyeru syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk sama-sama menyalurkan CSR mereka kepada masyarakat sejagat
4. Aqsa Syarif menyeru semua rakyat Malaysia bersedia membuat sumbangan mereka melalui akaun-akaun AQSA SYATRIF BERHAD seperti berikut:
• Maybank Islamic: 5515 7500 4299
• Bank Islam: 12 092 01 003490 4
Antara bantuan segera yang diperlukan adalah:
b) Ubat
c) Pakaian sejuk dan selimut
d) Pembiayaan rawatan di hospital Mesir bagi yang cedera parah
e) Pembiayaan kos baik pulih rumah-rumah yang musnah
5. Mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama turun
menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Gaza, seperti
berikut :
• Tempat : Masjid Tabung Haji , bergerak ke Kedutaan Amerika
• Tarikh : 16 November 2012 (Jumaat)
• Waktu : Selepas Solat Jumaat
-MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA-
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
PengerusiAqsa Syarif Berhad
No comments:
Post a Comment