Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, November 17, 2012

Sukarelawan Aqsa Syarif di Gaza Menggadai Nyawa Menyalurkan Bantuan Makanan






17 Nov 2012, Sebahagian dari RM300,000 yang disalurkan Aqsa Syarif hasil sumbangan RAKYAT MALAYSIA telah diedarkan dalam bentuk makanan yang sudah siap (nasi maklubah). Juadah disediakan dan dimasak di pusat 'food bank' di Jabalia (utara Gaza), Para petugas Aqsa Syarif di Gaza menyediakan dan mengedarkan makanan panas kerumah-rumah sebagai suatu langkah memastikan tempat-tempat terjejas serangan zionis zalim mendapat bekalan makanan. 

Semenjak di kepung Israel, Gaza menghadapi kekurangan bekalan gas memasak, apatah lagi dengan suasana genting sekarang, oleh itu sukarelawan Aqsa Syarif juga menyediakan makanan siap (nasi) untuk diedar-edar rumah ke rumah. Para sukarelawan mengadai nyawa membuat edaran dengan kenderaan yang mana bila-bila masa peluru dan bom Israel boleh disasarkan kepada mereka. 

Ketua penyelaras "Aqsa2Gaza Emergency Relief - Selamatkan anak-anak Palestin dari Israel pembunuh...!" di Gaza, Eng AbdelRahem Shehab, berkata beliau memberikan semangat kepada para sukarelawan bahawa "tugas mereka adalah tugas mulia, seumpama para mujahidin. Kita dijaga oleh para mujahidin diperbatasan Gaza, dan kita membantu rakyat-rakyat yang berada di dalam kesusahan, maka sebenarnya kita juga mujahidin.

Bagi ibu-ibu yang menjaga anak-anak dirumah yang kelihatan (dalam gambar) begitu dhoif, kelihatan ceria di wajah masing-masing, begitu juga anak-anak (lihat di gambar), bagaimana girangnya menerima juadah untuk makan malam mereka. Tentunya mereka sangat berterima kasih dan tak henti-henti bersyukur di atas rezeki hasil bantuan rakyat Malaysia yang prihatin.

Sama-sama kita berdo'a dan teruskan menyumbang untuk tabung Kecemasan Aqsa Syarif. Orang ramai digesa untuk terus menghulurkan sumbangan dari rezeki yang Allah kurniakan sebagai tanggungjawab kemanusiaan dan tanggungjawab saudara seIslam. Salurkan sumbangan ke akaun Aqsa Syarif: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904. Tabung Pengurusan Aqsa Syarif : CIMB Islamic 12160000452101.

No comments:

Post a Comment