Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, December 7, 2012

ASTRO membuat liputan Kilang Roti Rakyat M'sia d Gaza



Sementara Pemberita ASTRO TV melawat dan membuat liputan mengenai kejayaan rakyat Malaysia membantu rakyat Palestin melalui projek yang sangat berkesan seperti pembinaan kilang Roti Malaysian-Palestinian Friendship Bakery di Gaza, TV Hijrah
 pula menjemput dua orang ahli Board of Trustee Aqsa Syarif yang baru balik dan membawa beberapa keping roti yang dihasilkan di Gaza untuk makluman para penderama dan rakyat Malaysia. Aqsa Syarif berusaha seupayanya untuk melaksanakan amanah dengan berkesan melalui penyaluran dana sumbangan rakyat Malaysia secara teliti dan berkesan mengkut PRIOROTI dan LESTARI. PROJEK KILANG ROTI yang bukan sahaja berupaya memenuhi keperluan rakyat Gaza di dalam keadan genting seperti ketika serangan Israel baru2 ini, semenjak ROTI PERTAMA dikeluarkan dari kilang ini pada 28 Jun 2011, kilang ini telah menyediakan PELUANG PEKERJAAN dan PELUANG PENGEDAR DAN PENIAGA mencari sumber pendapatan. KILANG INI juga berjaya diurus dengan cemerlang oleh ISLAMIC SOC OF JABALIA yang diketuai oleh Eng Abdel Rahim Shehab yang kini dilantik Aqsa Syarif sebagai WAKIL AQSA SYARIF D'GAZA telah berjaya menjana keuntungan. Sejumlah 200 KELUARGA MISKIN di Gaza kini menerima sumbangan bulanan dalam bentuk makanan. Allahuakbar Walillahilhamd...! Ya ALllah Engkau telah tunjukkan kepada kami semua bahawa inilah bumi penuh Barakah... Ya ALlah menangkanlah perjuangan rakyat Palestin...! Kembalikan hak mereka untuk kembali ke tanah halaman mereka ya Allah... mereka mempunyai hak untuk kembali ke tanah halam mereka ya ALlah ... tanah yang kini di rampas dan dijajah oleh zionis yang zalim.

Teruskan menyumbang ke : AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.












No comments:

Post a Comment