Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, December 7, 2012

KENYATAAN MEDIA AQSA SYARIF BERHAD Bersempena Pelepasan A2G11-ER yang disertai Afdlin Shauki, Duta Aqsa Syarif ke Misi Aqsa2Gaza-Emergency Relief











KENYATAAN MEDIA AQSA SYARIF BERHAD
Bersempena Pelepasan A2G11-ER yang disertai Afdlin Shauki, Duta Aqsa Syarif ke Misi Aqsa2Gaza-Emergency Relief

Tarikh: 3 Disember 2012
Masa: 7.00 malam




Tempat: KLIA, Balai Berlepas Antarabangsa.



Fakta Penting:
·      Bilangan Kumpulan Misi Bantuan Kecemasan Aqsa Syarif  A2G-ER  (Aqsa2Gaza-Emergency Relief), Nov – Dis 2012 : 4 Misi (iaitu Misi A2G10-ER, E2G11-ER, A2G12-ER dan A2G13-ER).






·      Sasaran Kuripan Aqsa Syarif sehingga Dis 2012 : RM3juta.





·      Kutipan dana A2G-ER sudah diperolehi : RM2.4juta.
·      Dana A2G-ER sudah disalurkan sehingga Misi A2G10-ER : RM1.6juta.
·      Dana akan diserahkan ke Gaza bersempena Misi A2G11-ER : RM400,000
·      Afdlin Shauki bersama 6 crew menyertai misi A2G11-ER.

Serangan terkini yang dilakukan oleh Israel bermula pada 14 November 2012 adalah siri-siri kebiadaban regim Zionis ke atas jalur Gaza yang dikepung sejak tahun 2007. Serangan kali ini telah mengorbankan lebih dari 150 penduduk Gaza dan hampir 2000 lagi mengalami kecederaan parah. Aqsa Syarif yang telah menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza secara berterusan sejak tahun 2010 tidak berlengah lagi untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat serangan terkini. Bermula hari kedua serangan, para sukarelawan yang berkhidmat bagi pihak Aqsa Syarif telah bertungkus lumus di Gaza menghantar makanan dan barangan keperluan asas yang lain kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat serangan. 











Sebagai melaksanakan amanah secara berterusan, Aqsa Syarif  telah menerima sumbangan dari orang ramai dan melalui pelbagai aktiviti dan kempen penjanaan dana bantuan kecemasan untuk Gaza. Sehingga kini dana kecemasan A2G-ER (Aqsa2Gaza-Emergency Relief) sudah mencecah lebih RM2.4 juta.

Sejumlah RM1.6juta telah disalurkan Aqsa Syarif ke Gaza dari 15 – 30 November 2012 (tidak termasuk RM200,000 projek khas Rose2Rose – Projek Pusat Komuniti Wanita Gaza sumbangan wanita Malaysia yang turut dibawa dalam misi A2G10).

Empat (4) misi A2G-ER dirancang Aqsa Syarif yang bertujuan memberi fokus utama iaitu Relief (Kelegaan) dan Recover (Pemulihan).

Misi kemanusiaan A2G10-ER (Aqsa2Gaza10 – Emergency Relief) yang telah bertolak pada hari Khamis 29 November 2012 diketuai oleh pengerusi Aqsa Syarif, Yg Bhg. Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor kini sedang berada di Gaza.

Misi A2G11-ER adalah misi kemanusiaan Aqsa Syarif  yang akan disertai Duta Aqsa Syarif iaitu Saudara Afdlin Shauki ikon komedi tanah air dan crew beliau dari Vision Works seramai 6 orang.

Selain Afdlin Shauki dan 6 crew Vision Works, dua wakil media TV Astro dan Saudara Zain Saidin yang terkenal dangan program ‘Oh My English’ di dalam rancangan TV di Malaysia akan menyertai misi yang juga memiliki tugasan khas. Beberapa sukarelawan dan aktivis Aqsa Syarif dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ketua Wanita Ikram – Yang Berbahagia Ustazah maznah Daud yang terkenal dengan program Seerah Nabawiah di Radio Ikim.FM) akan turut serta di dalam misi ini. Misi A2G11-ER dijangka membawa dana tambahan Bantuan Kecemasan berjumlah RM400,000.00

No comments:

Post a Comment