Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, December 7, 2012

Misi A2G11-ER Memasuki Gaza

UPDATE MISI A2G11-ER

Jam 7:30 mlm Palestin (12:30 mlm M'sia) : Anggota misi tiba di Gaza City, bandar utama di Semenanjung Gaza. Mereka diiringi oleh Engr. Abd Rahim Shihab dari Jabaliya Islamic Society dan Ust Haris Bain dari Pertubuhan IKRAM Mesir. Selepas menikmati makan malam di Gaza City, ahli misi akan bergerak ke hotel. Sebelum berehat, mereka dijangka mengadakan mesyuarat bersama NGO tempatan untuk merancang pergerakan esok.



Ketua Misi A2G11-ER, Tn. Hj. Norazmi Talib ditemuramah oleh Palestine TV sebaik tiba di Gaza City. Bersama beliau ialah Engr Abd Rahim Shihab, Chairman of Islamic City of Jabaliya, salah satu NGO pelaksana projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.


Menarik!
Bront dan zain pakai kain pelikat di Palestin. Rasa tenang sikit ada kengkawan bersama di tanah suci palestin ni. Mereka akan bersama Aqsa Syarif untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza alhamdulillah.

via Afdlin Shauki

Misi Aqsa2Gaza11-Emergency Relief seramai 18 peserta yang diketuai oleh Norazmi Talib dari Aqsa Syarif telah berjaya memasuki Gaza. Di sempadan, mereka di sambut oleh para aktivis kemanusiaan dan NGO. Di antar yang harid ialah Aqsa Syarif R

epresentative di Gaza, Eng Abdel Rahem Shehab dan Sheikh Yaakub dari Salam Soc. Turut hadir ialah Rep OIC. Duta Aqsa Syairf Afdlin Shauki serta beberapa pelakun terkenal Tanah Air (Malaysia) dan crew Vsion Works disambut mesra oleh masyarakt Gaza. Mereka kemudian diraikan di dalam majlis ringkas oleh beberapa pemuka masyarakat Gaza sebelum di bawa di penginapan di Gaza City.

Aqsa Syarif menghantar misi A2G10-ER sebelum ini dan akan menghantar dua lagi misi pada pertengahan dan akhir Disember. Sehingga kini hampir RM2juta sudah disalurkan ke Gaza oleh Aqsa Syarif hasil sumbangan masyarakat Malaysia.

.




Mereka sedang bertemu dan berbincang dengan wakil NGO Aqsa Syarif disana untuk merancang perjalanan misi selama seminggu.
Kita doakan agar misi mereka berjaya dan selamat!



Alhamdulillah ahli misi A2G11-ER selamat memasuki Gaza dan Bro Afdlin dapat bertemu sahabat dari OIC di Gaza, M Hasna. Sekarang mereka berada di hotel Utopia di Gaza.


Sebelum sampai ke hotel tadi M hasna telah membawa saya ke berberapa kawasan perumahan yang telah dibedil oleh F16, Masyaa allah... penempatan orang awam tu.. kejam betul zionis ni. Di pintu masuk ke palestin pula di pampang kereta Ahmed Jabaari yg telah di bom oleh Israel sewaktu dia dalam perjalanan pulang selepas menerima surat tawaran perjanjian perdamaian tetap dan gencatan senjata dari Israel. Banyak lagi cerita-cerita yg akan saya kongsikan esok selepas kami membuat lawatan seterusnya. Selamat malam.  Afdlin Shauki; 10:32 malam Gaza, Palestin.

Teruskan menyumbang untuk Palestin AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904

No comments:

Post a Comment