Alhamdulillah, imam-imam muda yang telah menyempurnakan misi lebih sebulan di Malaysia, iaitu sebagai imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah Ramadhan khususnya di dalam isu pembebasan Masjidil Aqsa, kini telah kembali semula ke medan perjuangan utama mereka - di bumi Palestin, khususnya Gaza.
Bila di tanya kepada Imam Raed beberapa hari sebelum berlepas balik ke Palestin: "Adakah kamu bersedia tinggal di luar Palestin jika ditawarkan pekerjaan yang baik dan memperolehi pendapatan lebih lumayan ?" Beliau menjawab: "Saya tidak akan tinggalkan bumi Palestin. Jika saya ada tawaran beekrja di luar Palestin pun hanya untuk sementara. Saya mesti kembali ke bumi yang penuh barakah, saya tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati keberkatan bumi Palestin, walaupun dalam kehidupan yang sukar".
Bila ditanya kepada mereka tentang perasaan dilahirkan dan menjadi rakyat Palestin yang kini begitu sukar untuk meneruskan kehidupan? Mereka menjawab: "Kami sangat bersyukur dan sangat bertuah menjadi anak Palestin kerana bumi Palestin disebut Allah dalam AL-Qur'an. Ini adalah bumi keberkatan, bumi perjuangan, bumi ambiya'.... Bumi ini memberikan peluang untuk meraih syahid dan keridhaanNya ... apa lagi yang lebih baik dari menjadi penghuni bumi yang dimuliakan Allah SWT ?"
Sambung mereka lagi .... "Kami tahu & kami dengar ... ramai orang dari luar Palestin yang sukakan Palestin ... seperti orang-orang di Malaysia, ... kami menjemput kamu menjadi rakyat Palestin... Palestin adalah bumi umat Islam dan marilah berjuang untuk membebaskannya ... agar kita semua dapat bersembahyang dengan penuh kemuliaan di Masjidil Aqsa".
Kerinduan mereka untuk segera balik ke Palestin sememang jelas tergambar khususnya di akhir Ramadhan dan di awal Syawal. Apabila mereka menghadapi sedikit halangan untuk berlepas dari KLIA, mereka sanggup membelanjakan duit yang mereka ada asalkan dapat terbang balik ke Palestin.
Mereka adalah pemuda-pemuda yang benar-benar baik ... pemuda yang telah menjalani proses didikan yang praktikal di Gaza. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana para pemimpin dan ulama' yang ikhlas mendepani serangan dan tekanan rejim zionis yang zalim. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana serangan kejam rejim zionis ke atas kampung halam mereka pada 2008/09 yang merosakkan segala bangunan, infrastruktur dan jiwa manusia.
Perjalanan mereka dipermudahkan Allah. Mereka mendarat di lapanganterbang Cairo pada pagi Sabtu 25 Ogos 2012 dan disambut oleh aktivis Aqsa Syarif Mesir (KIM - Kelab Ikram Mesir). Kemudian mereka menaiki kenderaan darat menuju AL-Arish dan melepasi sempadan Rafah pada 26 Ogos 2012.
"Assalamualaikum Dr Zin, we already arrived in Gaza and thanks for everything. We are all safe and all of us and our parents send salam to all brothers & sisters in Aqsa Syarif & Ikram and all Malaysian.." "We miss all of you..." Begitulah panggilan telefon yang dibuat oleh Imam Muhammad Yaakub Sulaiman yang mewakili rakan-rakannya setibanya di Gaza pada 26 Ogos 2012 t hari (sekitar 6.30pg waktu Malaysia).
Berikut adalah rakaman oleh Unit Media KIM ketika pendaratan imam-imam di Cairo Airport. Ucapan-ucapan mereka ditujukan khas kepada rakyat Malaysia;
http://www.youtube.com/watch?v=sHDiul8czN4&feature=youtu.be (link vdeo terjemahan dari Imam Muda Raed)http://www.youtube.com/watch?v=GXJmUzmCRhY&feature=youtu.be (ucapan wakil Imam-imam muda Palestin)http://www.youtube.com/watch?v=GreYpPrRuUc&feature=youtu.be (ucapan oleh Ustaz Abd Haris Bain - Wakil Khas Presiden Ikram di Mesir)