Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, February 5, 2013

Aqsa Syarif Bantu Bangunkan Upaya Rakyat Gaza dalam Pendidikan Tinggi




Selain dari usaha membantu dari aspek kemanusiaan dan keperluan asas seperti makanan, penginapan, pakaian dan perubatan untuk rakyat-rakyat Palestin khususnya di Gaza, Aqsa Syarif juga berusaha untuk membantu rakyat Gaza untuk bangun menghadapi masa hadapan dengan lebih mantap melalui bantuan terhadap usaha-usaha membangunkan upaya rakyat (Capacity Building). Ini dijalankan melalui bantuan membiayai yuran pengajian dan biasiswa pelajar peringkat PhD dan Master di Universiti-universiti tempatan. Usaha juga dilakukan membiayai pembelajaran pelajar di IPT di Gaza.

Bantuan Aqsa Syarif dengan Universiti Islam Gaza (IUG).

Hubungan Aqsa Syarif dengan Universiti Islam Gaza (IUG) sudah terbina sekian lama iaitu semenjak 2009 lagi apabila pengerusi Aqsa Syarif sekarang, iaitu Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor mengetuai PACE (Palestinian Center of Excellent).  Ketika pihak kepimpinan IUG melawat Malaysia pada 2009, PACE telah menghulurkan sumbangan sejumlah RM250,000.00 bagi membangun makmal di IUG (sila ke capaian di bawah). 

Ketika sukarelawan Aqsa Syarif seramai 7 orang menyertai Misi Global Konvoi Jalan Darat dari UK ke Gaza, buat pertama kalinya  (Oktober 2010), peserta misi  Aqsa Syarif melawat IUG dan meninjau kesan serangan rejim zionis keatas kampus IUG (lihat capaian di bawah).

Bermula dari itu beberapa lawatan telah dilakukan oleh sukarelawan Aqsa Syarif yang menyertai misi-misi ke Gaza, termasuk Pengerusi Aqsa Syarif sendiri yang melawat Gaza dan menemui Prof Dr Kamalain (Presiden IUG) dan menghulurkan sumbangan untuk pendaftaran pelajar-pelajar baru ke IUG pada Januari 2012 sebanyak USD15,000.00. 

Alhamdulillah pada hari ini, pada 5 Feb 2013 telah berlangsung Sidang Media di UTM Kampus antarabangsa, Jalan Semarak KL antara pihak UTM, Islamic University of Gaza (IUG) dan Aqsa Syarif. UTM telah menandatangani MoU untuk menaja 10 pelajar PhD di UTM. MoU ini adalah hasil daripada lawatan PM Dato' Seri Najib Razak ke Gaza yg antara ucapan beliau adalah untuk menaja pelajar di Gaza yang ingin melanjutkan pelajaran di Malaysia. Untuk semester depan Aqsa Syarif akan menaja 3 orang pelajar PhD dari Palestin. Prof Dr Kamalain yang merupakan Presiden/Rector IUG menandatangani MoU bagi pihak IUG dan rakyat Gaza.

Terima Kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang ke tabung Palestin Aqsa Syarif.


e. Inisiatif Aqsa Syarif dengan pihak UPM (Malaysia) dan IUG (Gaza) - Biasiswa Pengajian di Malaysia.



Bantuan Aqsa Syarif dengan Universiti Al-Aqsa Gaza.

Aqsa syarif juga telah mengadakan lawatan ke Universiti Al-Aqa Gaza. Tiga (3) cadangan telah diterima dan secara dasarnya akan dipertimbangkan iaitu untuk membantu Al-Aqsa Universiti di dalam projek:-
a. Pembinaan bilik kuliah,
b. Biasiswa untuk pelajar-pelajar Al-Aqsa,
c. Masjid di Universiti Al-Aqsa.



Bantuan Aqsa Syarif untuk Pelajar-pelajar Palestin di Malaysia.

a. Bantuan bulanan kepada 20 pelajar Palestin yang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan.










No comments:

Post a Comment