

Mereka adalah di dalam rangka lawatan ke beberapa universiti di Malaysia dan dilaporkan akan menandatanggani beberapa usaha sama di dalam pendidikan tinggi termasuk kerjasama pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan bantuan kewangan (biasiswa) bagi pelajar-pelajar Palestin yang akan menyambung pelajaran di peringkat ijazah pertama mahupun ijazah Master dan Doktor Falsafah.


Aqsa Syarif telah membantu membayar yuran pelajar-pelajar IUG sejumlah USD15,000.00 pada awal 2012. Sumbangan disampaikan kepada Presiden IUG di Gaza oleh Pengerusi Aqsa Syarif. Dr Hafidzi juga melalui PACE telah menyampaikan sumbangan sebaik serangan 2009 kepada IUG (Lihat di SINI).
Universiti Islam Gaza kini memiliki sejumlah 20,021 pelajar dan 1,047 dari mereka adalah pelajar di peringkat post-graduate. IUG menawarkan pengajian di 10 fakulti di pelbagai program dan kursus dan menawarkan ijazah B.A., B.Sc., M.A., M.Sc., Diploma dan diploma lanjutan. IUG adalah salah sebuah universiti di Gaza yang menawarkan peluang pengajian kepada lepasan sekolah di Gaza yang berjumlah sekitar 400,000 pelajar. IUG memainkan peranan penting khususnya apabila Gaza di tekan dan dikepung oleh Israel (blockade) dan para pelajar tidak dibenarkan keluar dari Gaza untuk menyambungkan pelajaran.
Pada Mei 2012, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (Pensyarah di UTM dan juga Ahli Pemegang Amanah IUG) pernah mengadakan lawatan dan perbincangan kemungkinan mengadakan kerjasama di dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan (Lihat di SINI).
No comments:
Post a Comment