
Di dalam sidang media tersebut, Prof Dr Walid mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudah sekian lama menykong perjuangan pembebasan Palestin dan menghulurkan pelbagai bantuan dari segi kepakaran dan kewangan melalui beberapa NGO di Malaysia dan disalurkan melalui pelbagai NGO dan badan-badan kemanusiaan di Gaza.

Dr Walid turut mengumumkan Prof. Dr Mohamed Hatta Shaharom (Pakar Psikiatri Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS), selaku Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia) sebagai Duta Rasmi Kerajaan Palestin di Malaysia.

Dr Walid turut menjelaskan peranan dan kepentingan Tajammu' di dalam urusan mengkoordinasi bantuan-bantuan daripada luar negara kepada rakyat Palestin di dalam pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan dan projek-projek pembangunan fizikal dan infrastruktur. Tedapat 203 NGO yang berada di bawah seliaan Tajammu' di Palestin. Kepada rakyat Malaysia, bantuan masih diperlukan dan dipergiatkan bagi membebaskan Palestin.
Sedutan Berita sidang media: http://www.imrnetwork.my/tv/index.php/component/contushdvideoshare/player/BERITA-TERKINI/28-Juta-untuk-Palestin
No comments:
Post a Comment