UCAS menawarkan lebih 15 kursus di peringkat diploma dan Ijazah sarjana muda. Aqsa Syarif menerima tiga cadangan kemungkinan menyalurkan bantuan ke UCAS, iaitu;
(1) Cadangan melengkapkan makmal perkakasan kursus pembantu perubatan.
(2) Cadangan pembelian generator untuk kegunaan kecemasan di UCAS.
(3) Biasiswa untuk pelajar-pelajar miskin dan yatim yang belajar di UCAS.
Di dalam pertemuan singkat dengan pegawai-pegawai di Ibu Pejabat Aqsa Syarif dan dengan salah seorang ahli pemegang amanah Aqsa Syarif (Prof Madya Dr Mohd Zin di Kuala Lumpur), perbincangan adalah posiitif dan pihak Aqsa Syarif akan berusaha membuka peluang kepada orang ramai dan mana-mana IPT di Malaysia untuk menawarkan bantuan kepada UCAS di Gaza. Perbincangan lanjut Insya Allah akan di adakan.
No comments:
Post a Comment