Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, February 2, 2013

Dato’ Seri Anwar Ibrahim Menyumbang Projek Masjid di Gaza





Jumaat, 1 Feb 2013, Kuala Lumpur, Cadangan Pembinaan Projek masjid An-Noor Al-Muhammady di Gaza yang sedang diusahakan oleh Aqsa Syarif telah mendapat perhatian Dato' Sri Anwar Ibrahim, Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bersempena lawatan deligasi Tajammu' Al-Muasassah (Penyelaras NGO-NGO dan badan kemanusiaan di Gaza) ke Malaysia yang diketuai oleh Prof Dr Abdul Walid Al-Amoudi, telah diundang Dato' Sri Anwar ke pejabat PKR pagi ini.


Suatu sidang media dan penyerahan bantuan untuk pembinaan masjid An-Noor di Gaza telah disampaikan sendiri oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim kepada pengerusi Aqsa Syarif sebagai NGO yang menjana dana untuk projek tersebut. Dato' Sri Anwar di dalam ucapannya menjelaskan bahawa sumbangan yang disampaikan merupakan sumbangan dari beliau, keluarganya dan rakan-rakannya sebagai sokongan terhadap perjuangan pembelaan rakyat Gaza yang sering di zalimi oleh rejim Israel.

Di dalam ucapan balas Dr Walid menyatakan terima kasih dan memuji Dato' Sri Anwar Ibrahim yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin. Dr Walid turut menyatakan bahawa Dato' Sri Anwar adalah seorang tokoh dan pemimpin politik yang terkenal. 

Turut hadir di majlis itu ialah barisan kepimpinan tertinggi PKR, Deligasi dari Gaza, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif) serta Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. 


Di dalam ucapan ringkas, Dr Hafidzi menyatakan rasa terima kasih dan menyanjung Dato' Sri Anwar Ibrahim yang turut menyumbang untuk kepentingan rakyat Palestin. Aqsa Syarif akan segera menyalurkan segala sumbangan diterima dari semua lapisan masyarakat ke Gaza. Aqsa Syarif bersyukur di atas penyelarasan yang dilaksanakan Tajammu' Al-Muasassah yang akan memudahkan segala sumbangan dari Malaysia dilaksanakan secara berkesan di Gaza. 

Dr Hafidzi turut mengambil kesempatan menghadiahkan beberapa naskah buku pelbagai tajuk berkaitan perjuangan di Palestin dan isu-isu perjuangan di Nusantara kepada Dato' Sri Anwar Ibrahim.











No comments:

Post a Comment