
Hasil usaha sama dan sumbangan rakyat Malaysia, projek yang dijangka bernilai RM2.1juta (USD700,000) telah diputuskan untuk dibina pada masa terdekat. Sebahagian besar peruntukan sudah diperolehi dan dikenalpasti dan derma dari orang ramai masih di alu-alukan.
Masjid ini sangat penting untuk
dibangunkan, kerana sehingga ke hari ini, penduduk di Al-Sheikh Radwan
bersolat dikemah sementara yang dibangunkan (lihat gambar). Keadaan
bertambah kritikal apabila tiba musim dingin dan musim panas yang
teramat sangat yang menyebabkan ahli jamaah tidak selesa mendirikan
solat. Kawasan Al-Sheikh Radwan adalah di antara penempatan yang
terpadat di dunia iaitu dengan kepadatan 40,000 orang tinggal setiap km
persegi.
Dengan
pembinaan masjid yang dijangka bermula pertengahan Feb 2013, Insya
Allah keperluan asas beribadah dan beraktiviti penduduk akan dapat
disediakan.
Bersempena
lawatan Deligasi Tajammu' Al-Muassasat Gaza (Penyelaras NGO-NGO di
Gaza) yang diketuai Dr Walid Hamoudi, Aqsa Syarif telah memutuskan dan
membuat penyerahan bajet pembinaan masjid tersebut di dalam satu majlis
yang di adakan di Kuala Lumpur pada 31 Jan 2013 (Lihat di SINI).
Sumbangan-sumbangan terus diterima dari orang awam dan Dato' Sri Anwar
Ibrahim dan keluarga adalah salah seorang pendermanya yang
menghulurkannya terus kepada Aqsa Syarif dengan disaksikan rombongan
dari Gaza baru-baru ini di Pejabat PKR (Lihat di SINI).
Pandangan di dalam masjid sebelum di bom rejim zionis
Pandangan di dalam masjid sebelum di bom rejim zionis
Pandangan Masjid setelah dibom tentera zionis
Pandangan ahli jamaah sekarang, mereks bersolat di bawah kemah yang didirikan
Pandangan Masjid setelah dibom tentera zionis
Pelan cadangan pembangunan masjid
Pelan cadangan pembangunan masjid
Pelan cadangan pembangunan masjid
Pelan cadangan pembangunan masjid
2
No comments:
Post a Comment