
Hari
pertama, kami dibawa ke wilayah Jabalia oleh Ir Abdel Rahim Shehab, Pengerusi
Islamic Society of Jabalia (ISJ) merangkap wakil Aqsa Syarif di Gaza. Bermula
dengan melawat beberapa projek Aqsa Syarif di Jabalia, Hospital Ar-Rantisi di
Gaza City dan berakhir di rumah Khansa’ Palestin, Ummu Nidhal.
Orphan
Centre of Jabalia



Ladang oren
di Jabalia



Malaysian-Palestinian
Industrial Village (MyPIV) di Jabalia

Kos projek
industri yang bernilai USD1.15 juta (RM3.5 juta) telah dimulakan dengan
kerja-kerja meratakan tanah dan membina bangunan dengan bantuan awal RM100,000.
MoU projek ini telah ditandatangani pada 23 Mei 2012 semasa misi A2G4 yang
ditandatangani oleh BoT Aqsa Syarif, Dr Tahir yang turut menjadi ketua misi
kali ini.
Syahdu
melihat Dr Tahir memerhatikan serpihan batu asas projek yang dibom yang mana
beliau sendiri yang menandatangani projek tersebut. Anggota misi seterusnya
mencantumkan batu asas tersebut sebagai kenangan untuk misi kali ini. Tekad Dr
Tahir, projek tersebut akan tetap diteruskan.
Gudang
Islamic Society of Jabalia (ISJ)

Semasa
anggota misi tiba, barang-barang tersebut sedang dipunggah ke dalam lori untuk
diedarkan di Jabalia. Turut kelihatan lori Islamic Society of Khan Younis untuk
mengedarkan bantuan di sana. Edaran barangan bantuan masih diteruskan meskipun
serangan telah berlalu dua bulan, kerana masih ada lebihan sumbangan rakyat
Malaysia.
Kedai nasi
Arab, ladang lembu tenusu dan kolam ikan tajaan Aqsa Syarif


Di ladang lembu tenusu, sebanyak 26 daripada 72 ekor lembu ditaja oleh Aqsa Syarif. Lembu-lembu yang diimport daripada Belanda ini mampu menghasilkan isipada susu dua hingga tiga kali ganda daripada biasa dengan sekali perahan. Ya, hanya di Gaza susu ini berganda.

Di kolam
ikan berhampiran hotel penginapan kami, mengandungi ikan air tawar seperti
talapia tetapi dapat hidup dengan air masin menggunakan teknologi Israel.
Anggota misi sempat menikmati makan tengahari berupa nasi Arab bersama ikan bakar
daripada kolam ikan tersebut.


Hospital
Kanak-kanak Ar-Rantisi di Gaza City
Hospital ini
khusus untuk kanak-kanak yang mendapat penyakit kronik. Walaupun begitu,
hospital sangat kekurangan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan serta hanya
mampu memberikan rawatan asas dan sokongan.


Anggota misi
turut melihat mesin UPS (Uninterrupted Power Supply) sumbangan Aqsa Syarif yang
bernilai RM50,000 di hospital tersebut. Mesin ini digunakan untuk membekal
bekalan elektrik sementara untuk peralatan hospital ketika keputusan bekalan
elektrik seluruh hospital. Aqsa Syarif turut meneliti beberapa keperluan hospital
untuk disumbangkan pada masa akan datang.
Lawatan ke
rumah Ummu Nidhal di Gaza City

"Bumi
Gaza, tanah Gaza, langit Gaza, rakyat Gaza sangat gembira dengan kedatangan
kamu," sambut Ummu Nidhal dengan madah pengenalan yang menggetarkan jiwa
kepada anggota misi.
Digelar
Khansa’ Palestin, Maryam Muhammad Yusuf Farhaat atau Ummu Nidhal menjadi obor
kesyahidan tiga anaknya dalam Briged Izzuddin al-Qassam; Nidhal Farhat, Fathi
Farhat dan Rawad Farhat. Seorang lagi anaknya yang juga anggota al-Qassam,
Wesam Farhat kini berada di penjara Israel.
Sebahagian anggota
misi mengucapkan takbir, sementara sebahagian lagi tidak tertahan menitiskan
air mata mendengar setiap bait pesanan beliau yang dirasakan mempunyai roh dan
sangat menyentuh sanubari kerana setiap kata Ummu Nidhal bukan hanya
berdasarkan teori, bahkan berdasarkan pengalamannya yang mendidik anak-anaknya
hingga menjadi syuhada’.
Beliau
menyeru pemuda Islam supaya menggunakan segala pancaindera yang ada untuk
projek besar membebaskan al-Aqsa. Tegasnya, sebagai Islam, kita perlu memenuhi
intipati doa iftitah dalam kehidupan dan perjuangan kita iaitu:
“Sesungguhnya
solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah, Tuhan sekelian alam.”
Beliau juga
berpesan supaya kita menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan untuk ummah dan
bekerja keras untuk meningkatkan iman, lebih dan lebih lagi sepanjang masa.
Antara
pesanan bermakna beliau untuk ibubapa mendidik anak-anak ialah:
"Anak
saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa
yang menyayangi anak-anaknya, berikanlah sesuatu yang paling berharga
semampunya. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah
SYURGA."
Rumah beliau
sudah 3 kali runtuh diserang tentera Zionis kerana menyembunyikan tentera
al-Qassam, namun Allah melindunginya dan rumahnya dibina semula buat kali ke-4.
Catatan
pengalaman:
http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=801:travelog-a2g13-er-jabalia-hospital-ar-rantisi-dan-khansa-palestin&catid=1:berita-pusat&Itemid=9
No comments:
Post a Comment