Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Sunday, February 3, 2013

Projek Ternakan Lembu Tenusu Aqsa Syarif di Gaza

Aqsa Syarif telah memulakan projek ternakan lembu tenusu pertama di Jabalia Gaza dengan diurus oleh Islamic Society of jabalia, iaitu sebuah badan kemanusiaan. 

Projek dimulakan pada bulan Mac 2010 dan bertujuan untuk;
a. Menyediakan bekalan susu kepada penduduk Gaza yang dikepung oleh zionis semenjak 2006.
b. Membekalkan susu ke kilang produk tenusu bagi menghasilkan keju yang merupakan antara makanan utama penduduk Palestin.
c. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Gaza yang kehilangan pekerjaan setelah 'blockade' dikenakan oleh rejim Israel keatas Gaza mulai 2006.

Fakta:
a. Jumlah sumbangan disalorkan Aqsa Syarif untuk projek ini : RM349,000.00
b. Bilangan lembu ditaja rakyat Malaysia semenjak 2010 : 70 ekor
c. Bilangan anak lembu dilahirkan : 9 ekor
d. Bilangan perahan susu sehari : 2 kali.
e. Jumlah perahan diperolehi : average 15liter sekali perah (30liter sehari).
f. Kaedah perahan susu : Otometik.
g. Bilangan pekerja di ladang lembu : 5 orang (seorang darinya pengurus ladang lembu).
h. Sumbar makanan lembu : Rumput diperolehi melalui ladang rumput dengan menyewa tanah. Dedak lembu dibeli dari Israel (Israel membenarkan makanan lembu di import dari Israel).
i. Sumber benih lembu : Dari Mesir dan dibawa melalui terowong.
j. Hasil susu : Dijual terus dalam bentuk susu dan sebahagiannya diproses di kilang keju untuk menghasilkan produk tenusu dan keju.
k. Hasil signifikan : Keuntungan dari projek ini telah mampu menaja makanan kepada keluarga miskin secara bulan seramai 100 keluarga.
l. Aqsa Syarif bercadang menambahkan bantuan sejumlah RM135,000 untuk 15 ekor benih lagi pada 2013 Insya Allah.


Sumbangan disalurkan.


Sehingga Ogos 2012 sejumlah RM349,000.00  telah dibelanjakan untuk membeli benih-benih lembu dan keperluan prasarana untuk kandang dan ladang lembu.



NAMA PROJEK Penyaluran dana Tarikh-tarikh penyaluran Amoun Disalurkan mengikut misi2
RM
1. Ternakan Lembu Di Pej AQSA (11 cattle) Mac 2010 100,000
Sumbangan tambahan A2G2 (maintenance) Ogos 2011 25,000
Sumbangan tambahan B2G (maintenance) Jan-12 20,000
A2G4 (maintenance) 21 Mei 2012 9,000
Generator (Perkins) 50KVA & Sewage Pump: A2G7 Jun-12 60,000
A2G8&9: 15 benih lembu tambahan @9000 Ogos 2012 135,000
Jumlah
RM349,000






CAPAIAN-CAPAIAN BERITA & PERKEMBANGAN PROJEK;

Lihat di SINI: Maklumat Lanjut
Lihat di 
SINI: Liputan Buletin Utama TV3 bersama Ust Hasanuddin & Ir Ibrahim Shehab.
Lihat di 
SINI: Lawatan pemantauan di ladang ternakan, hasil perahan susu 25liter/ekor/hari - Mei 2012.

Lihat di SINI: Liputen TV9 Ternakan Lembu dan Ikan.
Lihat di 
SINI: Lawatan pemantauan ternakan lembu tenusu oleh peserta-peserta misi A2G12-ER, Jan 2013. 









No comments:

Post a Comment