Eng Abdel Rahim Shehab (ARS) sememang tidak asing kepada semua peserta-peserta misi A2G. Ketangkasan, kecekapan mengurus, keprihatinan, 'ever ready", kesungguhan dan kehangatan ukhuwwah yang dipamerkan setiap kali misi A2G memasuki pintu Rafah sememang tidak dapat disangkal. Sehingga kini 14 misi A2G telah memasuki Gaza dan setiap kali peserta misi tiba di pintu Rafah, ARS pasti menunggu dengan senyum penuh girang.
Aturcara yang disusun lazimnya akan mendedahkan para peserta dengan pelbagai pendedahan. Pengenalan mengenai realiti Gaza, meziarahi keluarga syuhada', anak-anak yatim, keluarga miskin, para NGO, sekolah, hospital, hingga menteri-menteri malah Perdana Menteri sering tidak ketinggalan disusun bersama agensi-agensi terbabit di samping membuat serahan-serahan bantuan dan perbincangan cadangan-cadangan projek untuk diusahakan Aqsa Syarif bila para peserta misi kembali ke Malaysia.
Lawatan ke tapak-tapak projek sumbangan Aqsa Syarif juga tidak ketinggalan untuk dikunjungi para sukarelawan Aqsa Syarif yang menyertai misi. Kilang Roti, ternakan lembu, ternakan ikan, micro credit, pembinaan sekolah, pembinaan surau, sewing center, pusat komuniti wanita dan banyak lagi seting menjadi kunjungan bagi mendedahkan para sukarelawan akan hasil usaha kutipan derma rakyat Malaysia disalorkan untuk menaik taraf sosio ekonimi di Gaza.
Di antara projek-projek di atas adalah hasil usaha Islamic Society of Jabalia (ISJ) yang mana ARS adalah pengerusinya. Projek ternakan lembu, ternakan ikan dan kilang roti adalah di antara yang menyerlah dan sering mendapat liputan di dada akhbar di Malaysia dan dikaca-kaca TV di Malaysia.
Di antara sumbagan signifikan ARS didalam misi-misi bantuan kecemasan dan kemanusiaan ialah dua misi Ramadhan (2011 & 2012), lihat di SINI. Kecemerlangan khidmat beliau sekali lagi terserlah apabila Aqsa Syarif memutuskan untuk menyalurkan bantuan kecemasan pada hari pertama serangan Zionis terhadap Gaza 14 Nov 2012. Dengan ketangkasan dan kemahiran mengurus, bilik gerakkan diwujudkan dan bantuan kemanusiaan segera dilakukan walaupun peluru-peluru dan bom-bom Israel sedang menghujani bumi Gaza di dalam serangan tidak berprikemanusiaan Zionis, Lihat di SINI (dan banyak lagi) dan di SINI.
Kedatangan ARS kali ini bersama timbalan beliau (M G Attiya - Bertugas di Jabatan Polis di Gaza) sebenarnya adalah di atas undangan Viva Palestina Malaysia (VPM) yang turut memilih ISJ sebagai rakan pelaksana projek-projek VPM di Gaza. Beliau ke Malaysia kali ini untuk membentangkan projek baikpulih sekolah-sekolah di Gaza yang bernilai RM1.6 Juta hasil kutipan warga pendidik di Malaysia yang disalorkan kepada ISJ tahun lalu. Pelaksanaan projek dilaporkan telah dapat disempurnakan 100%.
Pertemuan singkat beliau dengan ahli-ahli Board of Trustee (BoT) dan Timbalan Presidan Ikram, Prof Dr Mohamed Hatta Shahrom di pejabat Aqsa Syarif pada hari Isnin lalu adalah sebagai kunjungan mengeratkan kerjasama dan penyataan terima kasih pihak Ikram dan Aqsa Syarif yang telah banyak menggunakan khidmat cemerlang beliau dan ISJ di dalam menaikkan nama Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia di mata masyarakat Pelestin khusunya di Gaza.
No comments:
Post a Comment