Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Tuesday, January 29, 2013

Pengerusi Tajammu' Mu'asasat Gaza Melawat Malaysia






Sabtu 26 Januari 2013, Aqsa Syarif dikunjungi oleh Dr Walid al-'Amoudi dari  Tajammu' al-Mu'asasat, Gaza, dan timbalannya Syeikh Ahmad Harb Kurd (mantan Menteri Sosial Gaza). Pendaratan beliau di KLIA disambut oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Prof Dr Muhamed Hatta Shahrom serta beberapa orang ahli lembaga pemegang amanah Aqsa Syarif.

Rombongan Tajammu' ke Malaysia adalah di dalam rangka lawatan muhibbah dan meningkatkan kerjasama di kalangan NGO di Malaysia dengan NGO-NGO serta badan kemanusiaan di Gaza. 

Dr Walid dan rombongan telah dan akan menemui NGO-NGO di Malaysia di salah satu majlis Hi-Tea yang akan dianjurkan di ibu negara.

Di dalam pertemuan ulung dengan Aqsa Syarif, di Kuala Lumpur pada hari Ahad lalu, Tajammu' telah mengadakan perbincangan dengan Aqsa Syarif yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Prof Dr Muhamed Hatta Shahrom dan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negara Ikram, Ustaz Wan Subki Wan Salleh. Pihak Tajammu' telah membentangkan skop dan aktiviti mereka di Gaza sebagai penyelaras bantuan-bantuan kemanusiaan dari luar negara khususnya merangkumi bantuan berbentuk makanan, kesihatan, pendidikan dan infrastruktur di Gaza. Sesi bergambar dan bertukar-tukar cenderahati turut di adakan di majlis yang diadakan itu.

Dr Walid dan rombongan dijangka melawat di beberapa institusi pendidikan di Malaysia, menghadiri sesi temubual khas dengan beberapa stesyen TV dan akhbar serta menghadiri majlis menerima sumbangan untuk pembinaan semula Gaza dan masjid di Gaza.














No comments:

Post a Comment