Alhamdulillah, Sukarelawan A2G12-ER telah memasuki sempadan Rafah dan mereka sekarang berada di bumi Anbiya', Bumi Syuhada' dan Bumi Perjuangan. Sejumlah 1.6 juta rakyat Palestin kini tinggal dengan serba kekurangan di semenanjung Gaza. Kedatangan para sukarelawan Aqsa Syarif dan Pertubuhan Ikram Malaysia yang mewakili seluruh rakyat Malaysia khususnya para penyumbang dana A2G-ER dismbut mesra oleh pimpinan NGO's dan menteri-menteri Palestin termasuk Dr Walid Hamudi yang bertanggungjawab di dalam mengurus misi-misi bantuan ke Gaza.
Misi A2G12-ER: Malaysian Emergency Relief Aid Convoy for Palestinians adalah suatu inisiatif segera yang dilaksanakan Aqsa Syarif sebaik mengetahui pintu raah di buka oleh kerajaan Mesir di bawah pimpinan Dr Mursi. Sejumlah 350 ton pelbagai barangan dibawa dengan 35buah trucks / kontena kini berada disempadan Rafah dan kerja-kerja memungah ke lori yang berdaftar di Palestin sedang dilakukan. Aqsa Syarif telah mempunyai hubungan yang sangat baik dengan organisasi kemanusiaan di Gaza semenjak kejayaan misi pertama A2G pada 21 Okt 2010 melalui penyertaan Aqsa Syarif dengan Flobal Land Convoy VP5, walaupun peserta Aqsa Syarif yang menyertai Mavi Marmara terpaksa ditangkap dan ditahan oleh tentera rejim pada 31 Mei 2010.
Kini , tahun 2012 & 2013 ... bermula era baru perjuangan. Rakyat Malaysia yang prihatin dan menyalurkan bantuan melalui Aqsa Syarif telah merialisasikan impian untuk rakyat Mlaysia seluruhnya menyalurkan bantuan dengan jumlah yang besar ke Gaza. Semoga bantuan rakyat Malaysia terus disalurkan sehingga Palestin dibebaskan 100%. Allahuakbar Walillahilhamd.
No comments:
Post a Comment