Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, January 9, 2013

Universal Music Eratkan Hubungan AQSA & Cempaka Schools


Pada 5 Jan 2013, satu lagi sejarah tercipta bagi usaha-usaha Aqsa Syarif "memperkasa Ummah Membebaskan Al-Aqsa" di dalam pembelaan terhadap rakyat Palestin yang telah lebih 60 tahun ditindas dan dikesampingkan hak-hak mereka. Melalui inisiatif Universal Music Malaysia yang diketuai En Jes Izman Izaidin bersama isteri beliau Pn Noorhaiza serta anak beliau Jes Ebrahim iaitu seorang pemuzik, penyanyi dan ikon keamanan dan alam sekitar bangsa-bangsa bersatu, suatu pertemuan di antara Aqsa Syarif dan Cempaka International School telah berjaya diadakan. 

Dato' Freida Pilus yang merupakan Founding Prncipal Cempaka International Schools berkenan menerima kunjungan ahli-ahli pemegang amanah Aqsa Syarif (Dr Mohd Zin Kandar, Dr Tahir dan Hj Yusof) dan aktivis Aqsa Syarif saudara Azmi Katiman bersama En Jes Isman sekeluarga. 

Dato' Hamzah Majid, Pengerusi Chempaka Schools (suami Dato' Freida) turut bersama di dalam pertemuan yang juga lawatan kesekeliling kampus Cempaka International Ladies College (CILC) yang terletak di Enstek City, Sepang. Perbincangan dan lawatan yang memakan masa lebih dua jam telah mendapat penerangan berhubung konsep dan perjalanan Cempaka Schools yang mempunyai 6 cawangan. 
Lawatan di kampus CILC memberikan gambaran bagaimana fasiliti dan kualiti infrastruktur, kurikulum dan ko.q yang dilaksanakan di Cempaka Schools yang bertaraf dunia. Lawatan ini adalah sebahagian dari persiapan dan program menyeluruh jangka pendik dan panjang bersempena penyertaan Universal Music di dalam misi Aqsa Syarif ke Gaza, khususnya di dalam misi A2G13-ER yang akan berlepas dari KLIA pada 15 Januari 2013. 
Universal Music bersama Aqsa Syarif, Cempaka Schools dan Sek Keb Bandar Damansara sedang menyusun pelbagai aktiviti, program dan projek yang akan melibatkan pelajar-pelajar Malaysia, pelajar-pelajar Palestin di Gaza dan beberapa institusi di Malaysia dan Gaza. Penglibatan pelbagai pihak sebegini di dalam membantu rakyat Palestin sangat-sangat diperlukan dan di alu-alukan dan semoga perjuangan global kearah keamanan dan kesejahteraan sejagat menjadi realisasi kehidupan dunia yang aman. Terima Kasih Universial Music, Terima kasih Cempaka Schools dan khusuna Daro' Freida Pilus dan Dato' Hamzah Majid di atas peluang yang diberikan kepada Aqsa Syarif. Berikut di antara capaian berkaitan:- http://www.cempaka.edu.my/cilc/http://www.cempaka.edu.my/damansara/https://www.facebook.com/pages/Cempaka-Group-of-Schools/282852165091876 http://www.facebook.com/Jes.EbrahimMus




































No comments:

Post a Comment