Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, January 9, 2013

A2G12-ER Bawa RM2.56 juta ke Gaza




Misi AQSA2GAZA12 - Emergency Relief MyTrucAid. (2 -11 Jan 2013)

2 Jan 2013 merupakan hari perlepasan bagi misi seterusnya oleh Aqsa Syarif. Misi ini akan menghantar bantuan sebanyak RM2.56juta hasil daripada sumbangan anda semua beserta 26 insan (17 dari Malaysia, 9 dari Mesir) yang akan memberikan khidmat masing-masing.

Konvoi A2G13 akan mengiringi sejumlah 35 trucks yang berlepas dari beberapa bandar di Mesir. Melalui sumbangan orang ramai di dalam dan luar negara, Aqsa Syarif memutuskan untuk membelanjakan pembelian barang-barangan di Mesir dan dibawa masuk ke Gaza melalui pintu Rafah.


Barang-barang yang di bawa masuk ke Gaza dan akan diagihan adalah:-

>baik pulih rumah (RM1,000,000)
>makanan (rm430, 000)
>Pakaian/selimut musim sejuk (RM350, 00)
>BAHAN BINAAN (RM 350,000)
>UBAT-UBATAN (RM300, 000)
>keperluan sekolah (RM60, 000)
>peralatan pelajar sekolah (RM35, 000)
>LAMPU SOLAR 3000 unit (RM35, 000)

Antaranya adalah Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia yang juga merupakan Pakar Psikiatri di Fakulti Perubatan, Cuberjaya Universiti College of Medical Science (CUCMS) dan juga Dr. Zaharah Sulaiman, Pakar 

Perunding Laktasi (Penyusuan Ibu).

Bantuan misi kali ini akan dihantar menggunakan 35 buah trak (sepanjang 20 kaki) yang mengandungi makanan, ubat-ubatan, pakaian utk musim sejuk, barang-barang persekolahan, dan bahan binaan.

Rakyat Malaysia, semua ini sumbangan daripada keprihatinan anda mengenai kesengsaraan mereka! Allahu akbar!

Senarai nama 17 peserta misi ( lagi 9 akan diketahui kemudian) adalah seperti berikut:

Ahmad Shafiai bin Uda Jaafar (Ketua Misi)
Mohamed Hatta bin Shaharom
Syed Umar bin Syed Zakaria
Ahmad Daniel bin Sharudin
Md Nor Azan B. Said @ Abd Kadir
Azam Bin Che Idris
Nik Atikah Bt Nik Mustaffa Shapri
Eushahida farizza binti abdul raffar
Zaharah binti Sulaiman
Muhammad Hussaini bin Khairudin
Syed Noh bin Syed Abu Bakar
Azian binti Ariffin
Fadly bin Hasbi
Azura binti Mohd Noor
Mohd Hairozi Muhammad
Md Kasim bin Md Noh
Shamsirull bin Shamsudin


Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, seorang Pakar Psikiatri di Fakulti Perubatan, Cyberjaya Universiti College of Medical Science (CUCMS). Di Palestin nanti, beliau akan membimbing para Doktor dan Petugas Psikiatri di Pusat Kebajikan Palestin bagi membantu mangsa-mangsa serangan zionis Israel.

Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan dan tarbiah. Untuk pengetahuan umum, Aqsa Syarif adalah salah satu institusi di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Layari http://ikram.org.my/ untuk keterangan lanjut.



No comments:

Post a Comment