Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, January 17, 2013

A2G12-ER Lawatan dan Serahan Bantun di Khanyounis


Isnin 7hb Januari 2013, Deligasi A2G12-ER telah dibawa ke Khan Younis yg merupakan kawasan pekan di Selatan Gaza. Kami berkesempatan melihat Rumah As Syahid Basil Qadhiah (Pejuang Jihad Islamiyah). Rumah beliau teruk dibedil bertalu2 hingga hancur oleh rejim Zionis melalui serangan udara pada 20hb November lalu.image. 
Seterusnya kami kebeberapa lokasi yg dibangunkan melihat beberapa projek bantuan "Micro Credit Project" yg membantu penduduk disini dgn memberikan modal membuka perniagaan & menjana pendapatan serta membantu membuka peluang pekerjaan seterusnya mengharapkan mudah2an dpt mengurangkan kadar peratusan pengangguran dikawasan ini. 
Antaranya ialah: Al - Wadi Kitchen & Al-Majd Furniture. (lihat gambar). Projek Micro Credit diusahakan kerjasama Aqsa Syarif dan Emaar Association di Khanyounis. Projek ini telah membiayai 60 usahawan kecil di Gaza sebagai usaha membantu sosio-ekonomi rakyat. Seterusnya kami ke majlis Perasmian "Finishing Asklan Prayer Room Project (Musolla)". Setelah itu kami dibawa untuk majlis santai makan tengahari & solat Zuhur di Kediaman Dr Yahya Ahmad (Ahli Parlimen Selatan Gaza). Alhamdulillah turut hadir sama Dr Yaseer Abu Jamei yg merupakan Project Department Officer @ Emaar for Development & Rehabilition. Alhamdulillah cantik Ukhuwah ini & semuanya adalah atas kasih Sayang serta persaudaraan kita Demi Membebaskan Al Aqsa. Regards; Azan (Al Mathaf, Gaza City)












Projek-projek Aqsa Syarif, sila ke;





No comments:

Post a Comment