Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, January 9, 2013

Gaza Yang Tenang



Permandangan dari bilik hotel peserta A2G12... anda dapat rasai ketenangannya?
Pemandangan pagi yang sangat indah dan cantik.Kelihatan beberapa orang nelayan bersiap untuk turun mencari sesuap rezeki demi menyara keluarga.Udara yang sangat nyaman diiringi deruan ombak kecil menghempas pantai.Suasana tenang seperti tidak pernah terjadi tragedi buruk menimpa mereka.Tenang dan sangat tenang.



Selepas subuh,kami telah dijemput oleh seorang penduduk tempatan untuk datang ke rumahnya.Rupa-rupanya salah seorang anaknya telah syahid pada Ramadhan lepas.
Anaknya bernama Salim berumur 27tahun.Beliau terlibat dengan kumpulan jihad islamiah sejak berumur 15 tahun.Beliau sering memyatakan..'Aku ingin syahid di malam lailatul qadar'..25 Ramadhan merupakan hari terakhir buatnya.Salim keluar rumah sementara menunggu azan berbuka.Tiba-tiba ayahnya terdengar bunyi roket dan letupan yang kuat.Terdetik di hati ayahnya..'mesti anakku yg kena'..ayahnya menerima panggilan telefon mengatakan anaknya telah syahid..ketika itu isteri Salim baru disahkan mengandung tetapi dia belum berpeluang untuk memberitahu berita baik itu..syahid terlebih dahulu menjemputnya..Subahanallah.



Pagi hari pertama di Gaza diisi dengan Tazkirah pagi dari Prof. Mohamed Hatta Shaharom berkongsi sedikit sebanyak mengenai sejarah Palestine untuk membangkitkan semangat para peserta misi. Dengan kata- kata semangat dari beliau, "Write your own history before others write erroneously about your history" dan "Create history before you become history", 

Kami di bawa melawat projek Bangunan Anak-2nak Yatim Jabalia yang diurus oleh ISJ: Selepas keluar daripada Bangunan yg sedang dibina untuk anak2 yatim di Jabalia, yg mana Aqsa Syarif salah satu penyumbang untuk perpustakaan, anak2 Palestin ini meraikan saya bergitu mesra dan terus ajak bergambar.. ini lah mereka wlwpun miskin harta tetapi kaya budi bahasa.


IKRAM Mesir 2013

No comments:

Post a Comment